Friday 21 December 2012

20122012 Wedding anniversary@Wadihana Islamic Steak House

Semalam 20122012 merupakan ulangtahun perkahwinan ku yang ke11..waaaa pejam celik pejam celik dah 11 tahun....ank² semua dah besau....dan aku pun makin menjadi veteran..2 3 hari sebelum tu aku dah usha tempat nk sambut la kununnya...first choice nak pergi restoran istana bambu...tp pikir² balik tempat tu agak jauh lps tu nak merempuh jammed balik kerja maka dikanselkan la nak g situ...so cari tempat yg berdekatan sahaja...hasil mengoogle dan membaca pengalaman org yg dah ke tempat ni akhirnya kami pun pilih tempat ni...
V
V
V
Tak bleh ambik gambo kedai mkn sbb pegi mlm cahaya lampu kuat benor
dan siyes sungguh tak menyesal datang sini ...harga ok makanan seeeedapppppp dan layanan best dan mesra...kedai ni hari jumaat start pukul 300 ptg sbb semua pekerja lelaki..so lps solat jumaat baru dia bukak...bagus tak..??...kat bawah ni antara menu yang menjamah tekak kami..
seafood chowder/lamb shoulder/alfredo/angry chicken/ribena/orange juice
/chocolate milkshake/monin lemonade
ada yang tak sempat nk snap gambo...lepas makan² tu  kami menuju ke putrajaya untuk acara potong² kek...tgh² mlm buta tu potong kek tgh² padang berumput dan hanya kami sekeluarga..gile..tp best

si izara dah tido bangun tido bangun...melayan karenah mak ngan ayah dia..hehehe.....present ??? untuk cik suami aku bagi ni..

               
               

             >>>>>>>>>>>>>







aku dapat apa ek...tak dapat apa²...tunggu lagi 2 minggu lagi baru siap aku bagitahu ye..mmg dah lama aku mintak benda ni...
ok..tamat sudah coretan sambutan ulang tahun untuk kali ni...

Wednesday 31 October 2012

Balik kampung vs AES haram jadah

Selamat hari raya korban semuaaaaa...apa yg korang korban tahun ni..korban duit tak pyh ckap la ye sbb tu mmg hari² korban...raya korban tahun ni aku balik pada 10.30 mlm hari raya pertama sbb laki aku keje.....balik kampung kali ni ada kelainan sket sbb kena menghadapi AES haram jadah..nak tahu apa AES korg google le sendiri...sib baik cik somi dah siap² install kan AES DETECTOR kat phone dia..so bila dlm lingkungan 1000m ada AES makan berkata²  la robot wanita itu " AES detect in 500m" maka cik somi pun slow kan kete..bila dah lebih 1000m tu pecut r balik..trimas kepada yg cipta benda alah ni...kitaorg dah try dah keberkesanan AES detector ni kat putrajaya sblm tu..bersepah tahu dok kat putrajaya tu..skjp² mesti berbunyi la robot wanita tu..kalu dia manusia mesti dia cakp penat....tp kita tunggu le sampai ke tak surat samannya ye...

notakaki: sangat sibuk menyettlekan keje setlh 2 hari bercuti

Thursday 11 October 2012

Lelaki boleh jadi DAYUS...???

Lelaki jadi dayus...??? apa maksud dayus ni ye..jom tanya mr google:
Dayus bermaksud suami membiarkan isteri berterusan melakukan perbuatan
maksiat terhadap Allah SWT dan meredhainya.Ini selaras dengan maksud
hadis Rasulullah SAW. "Orang dayus tidak masuk syurga ". Amal ibadat suami
yang dayus terserah kepada Allah SWT.
Antara ciri-ciri orang dayus ialah;
i. Redha isteri tidak menutup aurat.
ii. Suami redha isteri tidak mematuhi perintah Allah seperti puasa, solat, zakat dan sebagainya.

Selepas aku menggodek² dalam internet ni maka secara kesimpulannya dpt la aku rumuskan betapa ramainya lelaki akan menjadi dayus apabila :
  1. membiarkan kecantikkan aurat, bentuk tubuh isterinya dinikmati oleh lelaki lain sepanjang wakt pejabat(jika bekerja) atau di luar rumah ..errr cik somi seluar mama byk yg dah ketat...bg duit boleh nk beli seluar baru.. 
  2. Membiarkan isterinya balik lewat dari kerje yg tidak diketahui bersama dengan lelaki apa dan siapa serta apa yg dibuatnya dipejabat dan siapa yg menghantarnya....ok yg ni aku lulus..sbb aku pegi keje drive sendiri... blik keje kul 530..kul 600 dah sampai umah..
  3. membiarkan aurat isterinya dan anak perempuan dewasanya terlihat(terselak kain) semasa menaiki motor atau apa jua kenderaan sepanjang yg menyebabkan aurat terlihat....InsyAllah lepas ni akan lebih berjaga² menjaga aurat terutama rambut.ayuni pun aku dah latih pakai tudung skrg...
  4. membiarkan anak perempuannya berdating dengan tunangnya atau teman lelaki bukan mahramnya...benda ni byk sgt terjadi sekrg..insyAllah anak² perempuan aku akan aku didik supaya tidak jadi begini..buat arwah bapaku maafkan izah sbb selalu gak dating ngan boypren masa dulu²
  5. Membiarkan anak perempuan berdua²an dengan pasangannya dirumah kononnya ibu bapa sporting yg memahmi...sori ye ayuni dan izara..mama tak sporting...dont u ever do tat..harus kena didik dr awal nih..
  6. Menyuruh, mengarahkan dan berbangga dgn ank perempuan dan isterin memakai pakaian seksi di luar rumah..Alhamdulliah setakat aku idup ni tak penah pakai seksi² lg kecuali seluar ketat yg nampak bentuk kaki...errrr sekali lg..cik somiiiiii..mitak duit bleh nk beli seluar longgar..hehehe
  7. membiarkan anak perempuannya memasuki akademi fantasia, mentor, gang starz dan yg sepertinya sehingga mempamerkan kecantikkan kpd jutaan manusia bkn mahram...hehehe masuk dlm list jugak..dannn NO NO No ye ayuni izara..masuk master chef bolh la...
  8. Membiarkan isteri bersalin dengan dibidani oleh doktor lelaki tanpa terdesak dan keperluan yg tiada pilihan...tp skrg ni byk doktor lelaki..camne..tp alhamdullilah terima kasih to Cik somi sbb mewajibkan doktor perempuan  yg jd bidan mama
  9. Membawa isterinya dan ank perempuan utk dirawati oleh doktor lelaki sedangkan wujudnya klinik dan hospital yg mempunyai doktor wanita..Alhamdullilah setakat ni mmg dptkan rawatan kat doktor perempuan saje..
  10. Membiarkan isteri pergi kerje menumpang dgn teman lelaki sepejabat tanpa sebarang cemburu...
  11. Membiarkan isteri kerap berdua²an dgn pemandu lelaki tanpa sebarang pemerhatian...
Akan tetapi harus diingat :Kedayusan ini hanya akan tersabit kpd lelaki jika maksiat yg dilakukan oleh isteri atau anaknua secara terbuka dan diketahui olehnya..jika berlaku secara sulit suami tidaklah bertanggungjawab dan tidak sabit dayus kepada dirinya "

Kalu suami tahu isteri dan anaknya buat mcm tu tp tak buat apa² pemikiran yg ada dlm otak aku ialah "dah kena manderam la tu.."hehehe

Kalu ciri² diatas dibaca betul² dan aku pusing persekitaran dan pengalaman aku..hmmmm berapa ramai lelaki dayus yg aku telah jumpe rupanya...tp selagi bernama manusia mmg tak lepas dari buat kesalahan..terpulang pada diri sendiri..terlalu ramai yg aku jumpa isteri bercinta dengan suami org/bujang dan suami bercinta dengan isteri org/bujang....Dunia sudah akhir zaman.. Semoga Allah menghindari perkara sebegini dalam hidup aku..aminnnn

Notakaki: Teringat cerekarama "jujur aku dayus"

Wednesday 10 October 2012

SApe Cakap kawEn ni Senang..??

Sape ckp kawen ni senang...nak kawen bukan setakat nk pakai glamer² masa sanding je tau..bykkkkk sgt perkara² lain yg kena pikir lepas tu....tugas suami sama berat dengan isteri....jgn pikir ko isteri ini keje ko dan ko suami yg ni keje ko..zaman sekrg ni kena SAMA-SAMA buat...terutama kalu sama² ada kerjaya...tp klau isteri tak keje jgn plak si suami lepas tgn plak hal ehwal kat rumah..siyesli duk rumah LAAAAAgi penat tahu.....masa aku baru² kawen dulu tak la rasa byk kejenya..ialah setakat aku berdua je..tp skrg bila dah berenam ni mmg berganda² benda yg nk kena buat...kalu semua benda kena buat sengsorg EMOOOO je 
perasaan ni....ye la kadang² kita ni pun ada jugak dtg perasaan malasnya...tp bila benda tak settle maka tergendala la semua benda...sesekali rasa kalu dpt g bercuti sengsorang alangkah bestnya..setakat ni tk dpt peluang lagi...tahun depan ank aku no3 tu si Che Nubhan Sufi nk start tadika plak..lagi kelam kabut la aku pepagi...cuba korang tengok aktiviti aku pepagi nih

pukul 6.00 : bangun,mandi, kejutkan aiman ayuni,solat subuh,iron baju,pakai baju,makeup,pakai   tudung,makan ubat,nenen izara,siapkan beg izara(letak susu/bubur),siapkan beg susu aku,angkut beg anak/aku masuk kete,hantar izara/sufi umah pengasuh,hantar ayuni sekolah(aiman pegi sendiri),kadang² singgah shell/bank,pastu g keje..sampai opis dlm lebih kurang kul 7.30...tahun depan sufi dah start sekolah kena hantar dia sekolah plak baru boleh g keje dan dijangka akan makin lewat sampai opis...segala²nya kena buat dgn cpt..

pukul 8.00 ~ 5.30 kat opis la kan..

Pukul 5.30 ~ 6.00pm : balik keje ambik anak kat pengasuh..angkut balik baju/beg sekolah ayuni masuk kete,angkat beg baju kotor sufi/izara,sampai rumah angkut semua tu balik masuk rumah + beg susu aku..

Pukul 6.00 ~ 7.00 : apa lagi masak le untuk makan malam

boleh le rehat kejap sementara tunggu maghrib..

Pukul 8.00 ~ 11.00 : hidangkan makan malam,kemas rumah ala kadar, rilek jap tgk drama KOREA (wajib nih)..pastu tidur...

Pastu esok ulanggggg balik..gitu la jadual seharian..itu jadual isnin ~ jumaat...belum lagi sabtu ahad..tak pyh citer la...so pada sesape yg nak kawen tu siapkan fizikal dan mental anda....itulah jugak yg dilalui oleh mak ayah kita dulu dalam membesarkan kita..dah namanya putaran hidupkan...opsss ilmu dan amal jangan dilupa ye..utk amalan kita diSANA nanti...

notakaki : kena banyak² bersabar dan beralah..psst azizah cermin diri sendiri dulu bleh??

Thursday 4 October 2012

Goyang baby (shaken baby syndrome)

Pada semua yg ada anak² kecik termasuk le diri aku sendiri....sejak my izara sofea dah pandai duduk ni suka sangat goyang²kan dia camni..bila tengok dia mengekek suke lagi la aku buat..sbb terhibur dengar dia gelak yg hingga ilang² sore...tp rupanya tindakkn tu membahayakan baby sebenarnya..tobat lps ni tak buat dah...Shaken Baby Syndrome (SBS) ini boleh mengcederakan otk bayi kerana pergerakkan kepala yang kuat dan boleh menyebabkan kecacatan otak yang lama, serius dan kekal pada bayi *nauzubillah*..
jom sama² kita elakkan dan amalkan pencegahannya..
  1. Jangan sesekali menggoncang bayi ketika anda marah atau untuk bermain
  2. Jangan memegang bayi anda ketika marah
  3. jikalau anda tidak dapat menenangkan bayi anda lebih baik anda tinggalkan bayi anda untuk sementara waktu didlm katil bayi atau kepada org lain aku nak tinggal kat sape ek..laki aku asyik xde je.
  4. Minta bantuan orang lain.
Reminder 1
Tangisan adalah satu²nya cara bagi bayi menyampaikan perasaan dan keinginannya.jika kehendak mereka tidak dipenuhi mereka akan terus menangis*mmg aku fil le..sbb selalu tak tahu izara nak apa*  tangisan bayi bukanla suatu bunyi yg terhasil secara rawak ttp merupakan satu bentuk komunikasi.sekiranya bayi anda kerap menangis itu merupakan satu petanda buruk.segera dapatkan rawatan kerana kita tidak tahu apa yg bayi sedang hadapi..

Reminder 2
Tangisan bayi sekiranya dibiarkan akan memberi kesan buruk terutamanya kepada bayi itu sendiri,ibu bapa bayi dan org² persekitarannya.

Reminder 3
Bayi yg dibiarkan menangis akan berhenti menangis dan akan menjadi semakin kurang menangis bukan kerana dilatih ttp kerana putus asa dengan ibu bapa sendiri.berkemungkinan dia akan membesar menjadi seorg yg pendiam dan pendendam...*gulppp*

~~kredit : Persatuan Ibu Muda Muslim~~

Wpun dah lebih 10 thn aku memegang titlle seorg ibu tp masih kurang pengetahuan rupanya aku ni....Maklum la zaman tu penggunaan internet ni terhad....g kedai buku beli novel je.....*agak² blh terima tak alasan nih :)*


Wednesday 3 October 2012

walker buruk vs walker baru

sedey malu tp aku pedulik apa...pengasuh mintak walker sbb senang nak jaga my izara sofea...aku ckp walker aku buruk dah zaman anak aku yg sulung tu..dah 10 tahun..dia ckp xpe....tu..aku mmg malas dah nk beli sbb membazir pakai sekejap je..lain le kalau aku nak beranak lagi..ni dah pencen...harga walker sekarang ni kalu rmnya tak bunyik ratus² tak sah...aku pun bagi le walker aku yang buruk tu...xpe la asalkan boleh pakai lagi..cuma tak canggih manggih le....masa aku hantar walker tu aku dah cakap aku wakafkan je la kat sini..lgpun mmg takde walker pun kat situ...tp semalam aku tgk ada satu budak ni naik walker cantekkk dan baruuuu...dan maknya ada kat situ..mesti dia pikir apa le mak ayah budak ni nak beli walker baru pun kedekut..huhuhu
ni le my izara sofea dgn walker buruknya...kain tu mmg wajib ada kat tgn dia..hmmm..burukkan
ni walker cantik...beza tak..huhuhu
takpe le..mungkin dia ada adik²nya nk mewarisi walker ni..bukan mama ngan abah tak nak beli baru tp adikkan yg bongsuayat cover malu...

notakaki: menghitung hari nak balik raya haji pulok

Tuesday 2 October 2012

Aku dah pandai jalan²

Pandai jalan² kemana??? jalan² ke blog² org le...atau bahasa blognye blogwalking baru blaja dalm satu blog td perkataan ni..dah 6 bln lebih aku berjinak² ngan dunia blog ni baru reti menyinggah blog yg best²..terima kasih to my fren cik tina kerana memperkenalkan dunia blog  ni kepada aku...dan hasil ajaran dia le aku dah pandai menerjah  blog org lain...dan yg paling aku suka singgah blog ben ashaari..hehehe..dan yg terbaru coretan diari seorg abah..melihat gaya penceritaan dlm blog tu membuat aku terpikir nape tak terlintas dlm otak aku ni untuk membuat entry² yg sebegitu..walhal ianya berkitar pasal kehidupan seharian kita je sebenarnya...tak pyg nk ada tema² bagai..apa yg kita rasa nk tulis kita tulis je..blog kita suka hati kita la kan...org lain baca ke tak baca ke suke ker tak suke ker apa ada kisah...hmmm sedang mencari lagi blog² yg best untuk dibaca sambil mengisi masa terluang...

notakaki: nak tukar blog template uh nampak cantik camne ek...

Thursday 27 September 2012

AHlong..saya cuma nak tolong

"Ya Allah jauhi la aku dari bala petaka-Mu ya Allah..sesungguhnya segala yang baik itu datan dariMU dan kekurangan itu datangnya dari diriku sendiri" berdoa dulu tanda kesyukuran dan terima kasihku padaNya atas  nikmat dan kurniaaNya padaku sekeluarga...Ahlong adalah satu nama yang aku cukup geruni...dan aku percaya semua org pun sama..dulu aku  mmg  tak faham mengapa masih ada yg sanggup membuat pinjaman dengan ahlong ni...bila ada permintaan maka ada la penawarannya...tp sekarang bila aku berkawan dengan org² yg buat pinjaman dgn ahlong ni aku tetiba rasa bersyukur sbb tidak perlu mengalami kesempitan duit seperti mereka bukan nak riak ok.pinjam setakat rm5ribu dengan bayaran rm500 sebulan tp dah lama pinjam bunga pun blm habis bayar lagi belum masuk pokok....kad dan buku bank dikawal mereka...tertinggal sebulan saje tak bayar maka depan rumah/tempat keje siap menunggu...aku ada bertanya pada mereka yg berkenaan kenapa pinjam ngan ahlong dan tak pegi bank..jawapn diorg mmg terdesak nak pakai duit.."kami bukan org kaya...nk besarkan anak²,makan minum sangkut belum campur masalah harian yang biasa..pegi bank mmg bank tak terima"..dan disaat ini la aku begitu bersyukur kerana tidak perlu melalui semua tu...*terima kasih to cik somi*


notakaki: lambatnya duit cukup nak renovate umah

Monday 24 September 2012

Tilik nasib..

memula aku nk g tau aku wat saje je untuk suke² dan ofkos la tak percaya pun..kelakor dan senyum sorg² bila si penilik nasib tu ckap..alkisahnya bertemu budak penjaga store yg tengah duk menilik nasib dgn seorg yg lain yg kononnya pandai menilik nasib..ok machaaa kasi tilik saya punya nasib boleh...secara ringkasnya aku senaraikan hasil tilikan dia ok...

Luck:
  1. umur aku 40 tahun aku akan mempunyai kedudukan kerjaya yg amat baik
  2. seseorg yg ada hubungan persaudaraan dgn aku dan dia tiada anak akan memberikan sedikit hartanya kepada aku
  3. jika aku berkeinginan untuk berpolitik dia sarankan aku untuk teruskan sbb aku mempunyai harapan yg cerah dalam politik * poyo je..Rosmah wait for me muahhaha*
  4. dlm masa beberapa tahun lagi aku akan dapat membeli lagi satu rumah
bad luck:
  1. ketika umur aku 45 tahun aku akan ada penyakit yg akan menyebabkan aku membelanjakan banyak duit untuk mengubatinya
  2. aku tak pandai saving duit
  3. garisan suami tiada pada tapak tangan aku
  4. aku ada keinginan utk sambung belaja ke level yg lg tinggi tp terhalang oleh sesuatu sebb jadi cukupla setakat ni asalkan mampu makan minum sudah cukup..
  5. suami aku seorg yg tidak bertanggungjawab dan tiada perempuan akan bertahan lama dengan dia kecuali aku..**muahahahaha...gelak dan gelak lagi*
sekian rumusan si tukang tilik nasib...

Tuesday 18 September 2012

Raya last episode : jalan² raya

ye ye saya tahu syawal dah habis raya dah habis...tp nk wat camne baru ari ni rasa nk menulis lagi..mood menulis pun up and down..ni last episod utk raya 2012 n3....raya kedua my sis buat makan²....baru perasan aku ni dah lamaaaaa tak bergambo dgn adik² aku dihari raya..maklum la masing² dah ada family pastu raya je kakak aku yg sorg tu mesti balik kelantan..tahun ni dia tak balik sebb baru lps bersalin dan suaminya ada kuliah awal......so ada kesempatan ari tu bergambo le...siyes semua kakak² dah kurus..yg paling ketara yg ada kedai makan tu..sbb dia le yg tukang masaknya...dulu aku le paling kecik dlm family tp sekarang dia la paling kecik...

yg tudung pink tu tokey kedai makan, yg tudung oren cikgu,yg tudung hitam tu house wife..apa² pun aku le yg paling manis...sbb tu paling awal kawen..muahahaha
kat umah dia makan nasik boli..itu permintaan aku le..sbb dia masak mmg mabeles r...klu ada kenduri kawen je dia mmg fullbook...macmne rupa nasik boli tu aku tak reti nk citer..lupe plak ambik gambar...lps acara makan² tu aku terus ke Kuala terengganu umah kakak ipar aku plak...angkut skali ngan mak mertuaku...sampai sana dah mlm...tgh ralit² melayari fb tiba² dpt info yg zizan wat open house raya ketiga..."oooo kat jln tekukur..alaaa 10 minit je dari sini.."hooreeyyy esok blh raya umah zizan le jwbnya...
raya ketiga - sblm berangkat ke umah zizan tu my mak mertua ajak pegi soping tudung dulu....aku on aje sbb kedai tudung tu mmg terkenal dgn harga murahnya..harga serendah 5 sen..ye serendah 5 sen..tak tipu pun...aku borong le dlm 15 lai..ttl rm tak sampai seratus pun...huhuhu..lps habis menyoping terus pegi umah zizan..mak aiii kat jerat cina umah dia..nampak ada khemah...fuyoooo besarnya umah dia..erkk kejap² salah umah daaaa..umah dia kat blkg lagi...alllaaaa teciknya umah dia..umah quarters gitu...tak padan dgn gelaran pelakon fofular tu...aduhaiii ramainya makhluk..artis fofular katakan...ok zizan dah keluar..berebut² ambik gambo..ok le dari jauh je la...
tu le zizan..dlm bulatan..bersesak² aku tgh dukung izara nak ambik ambo ni...
ambik dgn banner pun jadik le....
penat giler berebut²..walau apapun aku ttp jugak dpt merasa laksa penang air tgn mak zizan yg dia ckp sedap sangat tu..dannn mmg sedap la zizang...tahung depang aku mari lagi umoh mung...the end

notakaki: raya haji ni balik trg lagi nk makan nasi boli lagi...

Friday 7 September 2012

Besday my anak bujang...

Alhamdullilah...sekejap aje masa berlalu...sedar tak sedar anak sulung aku si Che Nabihan Aiman dah berusia 10 tahun...dah jadi anak bujang..size selipar dia pun dah sama size ngan kaki aku...mcm terasa² lagi  saat pertama aku mengalami sakit bersalin...even skrg pun sakit akibat bersalin tu pun ada lagi...pagi² semalam seblm dia pegi sekolah aku dah wish hepi besday kat dia...mcm biasa la tersengih²...aku dan cik somi dah plan nak wat surprise kat dia...dah lama dia mintak basikal baru sbb basikal lama dia tu tayar kaler² merah kuning biru..dia segan dah nak bwk sbb dia dah besar katanya...asyik naik basikal ayuni aje...bila dia balik dari sekolah semalam aku cakap kat dia malam ni nk g makan² je besday dia so xde r hadiah..mama xde duit...muka dia dah sedey....bila dia masuk bilik dan tgh solat aku ngan hubby pegi la keluarkan basikal yg awal² lg kitaorg dah beli dari kereta...basikal tu aku pun boleh naik..so aku kayuh la dulu..pastu bila dia keluar nampak le basikal tu ..tersengih² dia menjerit..."mamaaaaaaaaaa aiman punye..."hehehe...tersengih²...sgt best rasanya bila dapat menunaikan impian anak² kan.....
seat pun tak sempat adjust lg....
makan² besday aiman
malam tu gerak pergi makan utk celebrate besday dia...dia dah awal² ckp nk makan steamboat...puhhhh selera mengalahkan aku...tp berbaloi la sbb dia mmg makan banyak...aku plak yg makan sket sbb siangnya dah makan byk kat jamuan raya opis...

notakaki: makin besar makin banyak demandnya...

Thursday 6 September 2012

Raya Episod 3 : Di pagi syawal

Apabila takbir kedengaran terasa sayu sangat hati ni mengenangkan kedua arwah ibubapa aku yang dah lama pergi....hanya ada ibu bapa mertua sebagai pengganti..walaupun tak sama mcm ibubapa sendiri tp kehadiran mereka lah yang mewarnai hidup aku terutama di aidilfitri...selps berkahwin suasana di pagi raya sangat² berbeza di seblah mertua aku ni..dulu seblm kawin selepas sembahyang raya je salam mak ayah pastu tgk tv sambil tunggu tetamu datang...tp selps kawin selpas sembahyang raya semua adik beradik mesti tunggu utnuk berkumpull beramai²..pastu yg tua mesti mulakan untuk bersalam dengan mek *panggilan biasa  utk ibu bg org pantai timur* dan ayoh...lepas tu baru salam adik beradik ipar duai...dan berakhir dengan sesi bagi² duit raya untuk anak² buah...bg duit raya ni pun anak² buah dah tahu kena beratur kat sape dulu...lepas tu baru la pergi ziarah jiran tetangga..dan bagi aku selps semua sessi ni berakhir aku bergerak ke kuburan ibu bapa aku dan ziarah sanak saudara di sebelah aku pulak..sampai la ke ptg..gitu la setiap tahun..raya kedua baru start pegi umah kawan²...layankan gambar² di pagi raya...tahun depan dah xleh merasa mcm ni sbb beraya di perantauan..huhuhu...
tema tahun ni...BIRUUUU
duit raya tokki
ini le MIL & FIL aku..yg ats meja tu la menu pagi raya hasil gotong royong..si FIL aku plak duk berborak ngan izara yg br pandai start menegur org..
duit raya makcik dan pakngah

turn aku bagi duit raya...makde dan akhir sekali maksu

Gambar maklong bagi duit raya takde la pulok...macmni la kemeriahan di pagi syawal..begitu la turutan yang berlaku saban tahun...salam mak ayah pastu salam adik beradik pastu bagi duit raya kat anak buah ikut turn pastu aktiviti bebas.... mungkin akan berubah buat pertama kalinya tahun hadapan buat aku & family sbb tak dapat balik...mesti  menangis gile r bebudak diorg tu tak dapat balik raya..tp dengar² macam cik somi nk pos diorg naik bas dengan sepupu deme..wellllll wait and see...














Thursday 30 August 2012

Raya episod 2 : Persiapan Raya

baru berkesempatan untuk menyambung episod 2 raya 2012...dah balik kg pastu bermula la episod buat persiapan raya...sehari sebelum raya tu ari sabtu wpun tv tak umum lg ari ahad raya tp persiapan raya tu mcm dah konpem ahad raya...cam biasa setiap kali raya MIL mesti wat ketupat..itu menu wajib...so hari jumaat tu gigih la menggulung daun palas..tujuan dia untuk memudahkan keje² membungkus...ari sabtu pagi² lg dah bingit bunyi mesin kelapa...byk tul guna santan *berlemak tuuuu..tp cedap*...

tu aku sedang menyucuk ayam kat lidi *wat satay le tu* dan my MIL tgh membungkus ketupat palas..dah bertahun aku blaja bungkus ketupat ni...asyik tak jadik je..asal raya je aku blaja asal raya je aku blaja wat tp tetapppp juge tk jadi2..last² aku tgk dan makan je..hmm sodap...satay aku tu mlm karang turn bapak² la plak yg membakonya...yg seronok tentu la budak²..bila aku ckp tahun ni takde beli bunga api tak caye..habis digeledahnya bilik..last² bapak budak yg joint skali melebihi budak²..nampak tak meriahnya raya....

notakaki: tahun depan raya kat bangi bako satay guna panggang letrik pastu mkn ngan nasik impit segere je le...

Friday 24 August 2012

Raya episod 1 : Balik kampung

catatan raya 2012...balik kampung adegan biasa bila nk sambut raya...yg terlebih penatnya tentula para ibu yang harus memastikan rumah bersih seblm ditinggalkan, baju raya anak² ada cukup lengkap, baju raya bapak ada,samping ada tak, songkok ada tak, kasut raya,kuih raya untuk mak ayah,duit raya dah letak dlm beg belum...mercun??? ok ada..selit2 sket celah beg, susu anak ??ok ada..botol susu dan bla bla bla..dan hasilnyaaaa.
                                                                            
                                                             V
                                                                             
                                                             V
                                                                             
                                                             V
                                                                              
                                                             V
sumbat aje dlm kete..anak bertambah beg pun bertambah ler
yg cik somi pulak harus la memastikan kete dah diservis dan selamat untuk perjalanan balik kampung..juga budget yg mencukupi untuk isi minyak keta dan isi perut anak bini disepanjang perjalanan....hehehe..semoga perjalanan selamat pergi dan balik.*dah selamat balik bangi pun sebenarnya*

notakaki: tahun depan cik somi cakap tak balik raya sebb turn dia kena keje..uwaaaaaaa

Thursday 9 August 2012

Iftar sana sini

Ramadhan sudah hampir ke penghujungnya...aku nk tabik kat diri aku sendiri kerana hampir berjaya melaksanakan misi No Bazar ramadhan..tepuk tepuk tepuk...hanya tinggal 9 hari sahaja lagi untuk menamatkan misi....sepanjang ramadhan tahun ni hanya 2 kali sahaja berbuka kat luar...kali pertama 3 ogos di Tnb generation putrajaya *ni tempat keje cik somi*.majlis iftar ini sekali dengan anak² yatim dan menyampaikan sumbangan hari raya untuk mereka.
sempoi tp bermakna
makan sambil bersila beramai²....selepas itu solat maghrib berjemaah seterusnya menyampaikan sumbangan hari raya...sedih tengok budak² ni takde mak ayah dan gembira tengok wajah mereka hepi dapat sumbangan baju raya dan duit raya dari bos besar Tnb tu..selepas tu ada solat terawikh plak tp aku tak dapat joint sbb si kecik aku tu nk menempel aje..so tunggu la cik somi berterawikh dan pastu makannn lagi..kenyang dan balik..

kali kedua di hotel equatorial bangi...kat sini takde acara solat maghrib + terawikh berjemaah ye..mmg acara  makan² je..mmg kenyang giler dan berbaloi²..suke tengok anak² makan macam tak penah jumpe makanan..hehehe *first time bawak diorg makan kat hotel*..lepas bukak puasa pegi sembahyang maghrib kejap pastu sambung makan balik...baru acara makan² je  tp kul 9 lebih baru keluar dari hotel...
belah kiri : tamak ambik byk²..mknnya sikit
belah kanan : aiman dan spagetinya..
my little princes izara.cubaan untuk merampas aiskrim....
tinggal beberapa hari sahaje lg nk balik kampung..apa lagi berbuka di kampung la plak with my big big family...

notakakiku:mcm tak habis soping raya je lagi ni..sambung kat kampung pulok..♫oooo balik kampung♫♫




Tuesday 31 July 2012

Duit raya

diam tak diam ari ni dah 11 ramadhan...para² ibu tentu dah semakin sibuk nak buat persiapan raya...baju raya la kuih raya la duit raya la...macm²..untuk anak² dan untuk diri sendiri...antara yg byk² tu bab penyediaan duit raya tu la yg rasa nk tercekik leher...perkara yg wajib ada dan sentiasa bertambah jumlahnya setiap tahun...malu oooo klu pagi² raya anak² buah beratur pastu ckp xde duit raya...pastu mesti kena bagi duit kertas ...duit siling sori ye..budak² sekarang dah tak pandang duit siling tu..try la bagi kalau nak kena sound....aku masa bebudak dulu dapat 50sen tu dah besar rahmat dah...rasanya semua org dah tahu pasal duit kertas yang berwajah baru...siyes cantik dan unik..itulah tanggapan aku bila pertama kali melihat design duit tu di alam maya...tp bila dpat tengok dan sentuh dan dapat rasa² dengan tangan sendiri..hmmm apa punya duit nih..kertas ke plastik ni..duit ke ni..??mmg la kaler ngan corak²nya cantek tp dah mcm pegang plastik la plak...mmg sangat tak best..tp nak wat camne takkan nak boikot plok..pendapat aku lagi best duit yg lama...rasa cam itu adalah duit $$$$$
ni dari google
ni yg aku tukar kat bank.dah boleh pegang² rasa²
tahun ni bertambah lagi 2 org anak sedara baru..bertammmbahhhh lagi la duit raye...anak aku pun bertambah sorg maknanya bertambahhhh la budget raya dan berTAMBAHHHH la lagi collection aku....hehehehe
notakakiku: minggu depan nak bukak pose kat equatorial hotel bangi..anak2 bawh 12 thn FOC..

Monday 23 July 2012

Ramadhan dan tarawikh

Salam ramadhan buat semua....21 julai lalu bermula la ramadhan yang mulia..terimbas kembali setahun yang lalu dimana ramadhan aku berlalu kosong tanpa ibadah kerana mengalami alahan mengandung yang teruk..keluar masuk hospital...kerja pun aku ambik cuti tanpa gaji selama sebulan..alhamdullilah tahun ini aku berpeluang menjalani ibaadh tarawikh walaupun terpaksa osom ngan cik somi kerana si izara masih baby lagi..semlm 22/7/2012 malam pertama aku mengerjakan solat sunat itu...melihat suasana surau yang telah berubah wajah hati aku rasa sedih sebb terlalu lama aku tidak menjejakkan kaki ke sini...apabila bertemu para jemaah lagi la aku sebak apabila memandang ada sebarisan warga tua yg hanya mampu duduk diatas kerusi tetapi tetap gigih datang untuk berjemaah tp aku ????..masih sihat segar dan gagah tp menidakkan untuk ke sana...insyAllah 7 tahun lagi aku akan kesana bersama satu keluarga aku..semoga dipanjangkan umurku....dan satu lagi yang ingin aku lakukan ialah say no to BAZAR RAMADHAN....kalau nk beli kuih mcm murtabak tu boleh  ler...tahun lepas disebbkan alahan itu juge la cik somi dan anak2 terpaksa berbuke dengan lauk bazar ramadhan...dari awal puasa hingga la habis puasa semuanya diuruskan oleh cik somi...dan Alhamdullilah aku dah boleh harapkan anak bujang aku untuk  menolong aku ketika cik somi tak ada..semoga ramadhan tahun ini memberikan aku lebih keberkatan..amin

tarawikh mesir

tarawikh kelantan

Monday 16 July 2012

Personaliti


bagi aku yg sekolah tak tinggi ni maksud personaliti ialah perwatakan seseorg..dan kasar dan lembut tu termasuk dlam kategori itu..jom kita tanya encik google :

Personaliti (definisi Kamus Dewan Edisi Keempat – terkini) = (personaliti) membawa erti keperibadian dan perwatakan seseorang.

eh cam lebih kurang sama lak...ok..personaliti atau perwatakkan ni selalunya datang secara semulajadi dan mungkin juga turun temurun atau sbb baka kot..hehehe..boleh ke kita ubah perwatakkan kita ni.contoh : 

1. dari seorg yg suka gelak kuat2 nak tukar jd seorg yg gelak sambil tutup mulut.
2. dari seorg yg panas baran kepada yg sentiasa sejuk  hati (apa punya cth ni..tak tahu wat ayat)
3. dan dari seorg yang kasar kepada seorg yg lemah lembut..

sbb apa aku citer psl ni sbb aku yakin aku seorg yg perwatakkan kasar..ckp pun cam marah2 dan tinggi suara..tp jap2..tinggi suara bukan marah2 org tp aku punya high note mmg camtu wpun sebenarnya nk cakap mcm biasa je...aku dah byk kali dah cuba utk berubah jd seorg yg soft spoken tp tak leh jugak nak tukar...kelakuan aku pun mmg kasar tp bukan le cam jantan...bila aku nak tukar watak yg aku idam2kan ni rasa sekjp je jadik pastu back to normal balik..hadoiii.....paling banyak kejadian yg berlaku bila aku deal ngan supplier..diorg selalu akan cakap" akak jangan la marah"..padahala masa tu aku tak marah pun tap nada suara dicampur dgn high note aku tu diorg igt aku marah...hahaha..maaf ye encik supplier saya tak marah pun tapi mmg nada suaraku macam ni....dan kekasaranku ini diturunkan kepada anak perempuan ku...itu sbb aku ckp kat atas personaliti ni  pun mungkin sbb baka & keturunan...mcm anak lelaki aku plak berpersonaliti manja dan sopan santun...bukan lembut bapuk ok...mungkin mengikut personaliti ayahnya..kalu bapuk xde la aku bunting 5 kali :)....aku dah malas dah nk ubah personaliti aku ni sbb kalu aku ubah itu bermakna bukan aku la tu..dah jadik orang lain..hmm ada pro and kontranya...tp lantak la aku nak jadi diri aku sendiri...tak perlu berpura2...

gamba ini xde kena mengena dengan entri ini
sekian..peace no war

notakakiku :nak cari tudung raya kat minazboutiquestudio

Wednesday 11 July 2012

pesbuk & PERSONAL INFORMATION...




Pesbuk skrg ni mmg paling pupular la..pendek kata sape yang xde pesbuk dan tak tahu pasl pesbuk ni hmmm weiii lu idup dlm gua batu keww...pendek kata klu takde pesbuk at least tahu apa itu pesbuk...tp sebb kecanggihan teknologi ni la tanpa kita sedari kita berada dlm bahaya..nape aku ckp gini sbb terbaca satu informasi psl kegiatan pengganas yg menggunakan pesbuk utk mendajalkan kita..camna dia wat tu..iaitu dengan menggunakan personal info yg kita letk dlm pesbuk tu..sebagai nasihat diberikan panduan seperti ini:

1. REMOVE semua maklumat berkenaan suami, isteri, anak, ibu, bapa, pakcik yang kita publish di Facebook. Tak perlu unfriend mereka, hanya tukar relationship sahaja.

2.JANGAN post gambar anda, anak-anak, keluarga dan sahabat handai. Jika perlu tetapkan setting SECURITY pada kiriminan. Tentukan org-org yg hanya boleh melihat gambar tersebut.

3. Aktifkan option untuk review TAG. Ada didalam ruangan Setting. Pilihan ini akan meminta anda utk approve gambar, post yang anda telah di tag. Jadi ini akan memberikan anda ruang untuk menilai kiriman tersebut samanda ianya akan mengamcam keselamatan

4. JANGAN lah nak bersayang-sayang, aniversary di FB. Buat offline sahajalah.Tindakan seperti ini akan memberitahu siapa orang kesayangan anda dan boleh jadi target

5. HENTIKAN post yang boleh menunjukan anda bersendiri. Sperti "Boringnya, sorang-sorang kat rumah" atau "I nak tido kejap"

6. MATIKAN fungi geo-location pada pengguna Android atau iPhone. Fungsi ini boleh mndedahkan lokasi anda.

7. Review friendlist adan dngan kerap. Ingat 80% penjenayah ni masih terlepas.

8. REMOVE no telefon dari FB. Kerana penguna Android boleh nampak no telefon anda

9. Gambo profile letak lah yang sopan santun

10. REVIEW semula album FB anda. Mana gambar yg tak patutu delete sahaja !

** Nampak paranoid, tapi kalau korang tgk sendiri baru korang tau. Jangan salahkan pihak berkuasa. Kita sendiri yg expose maklumat peribadi.
seram la pulok....

notakakiku : mcm kena batang idung sendiri la plak..

Template by:

Free Blog Templates