Tuesday 31 July 2012

Duit raya

diam tak diam ari ni dah 11 ramadhan...para² ibu tentu dah semakin sibuk nak buat persiapan raya...baju raya la kuih raya la duit raya la...macm²..untuk anak² dan untuk diri sendiri...antara yg byk² tu bab penyediaan duit raya tu la yg rasa nk tercekik leher...perkara yg wajib ada dan sentiasa bertambah jumlahnya setiap tahun...malu oooo klu pagi² raya anak² buah beratur pastu ckp xde duit raya...pastu mesti kena bagi duit kertas ...duit siling sori ye..budak² sekarang dah tak pandang duit siling tu..try la bagi kalau nak kena sound....aku masa bebudak dulu dapat 50sen tu dah besar rahmat dah...rasanya semua org dah tahu pasal duit kertas yang berwajah baru...siyes cantik dan unik..itulah tanggapan aku bila pertama kali melihat design duit tu di alam maya...tp bila dpat tengok dan sentuh dan dapat rasa² dengan tangan sendiri..hmmm apa punya duit nih..kertas ke plastik ni..duit ke ni..??mmg la kaler ngan corak²nya cantek tp dah mcm pegang plastik la plak...mmg sangat tak best..tp nak wat camne takkan nak boikot plok..pendapat aku lagi best duit yg lama...rasa cam itu adalah duit $$$$$
ni dari google
ni yg aku tukar kat bank.dah boleh pegang² rasa²
tahun ni bertambah lagi 2 org anak sedara baru..bertammmbahhhh lagi la duit raye...anak aku pun bertambah sorg maknanya bertambahhhh la budget raya dan berTAMBAHHHH la lagi collection aku....hehehehe
notakakiku: minggu depan nak bukak pose kat equatorial hotel bangi..anak2 bawh 12 thn FOC..

Monday 23 July 2012

Ramadhan dan tarawikh

Salam ramadhan buat semua....21 julai lalu bermula la ramadhan yang mulia..terimbas kembali setahun yang lalu dimana ramadhan aku berlalu kosong tanpa ibadah kerana mengalami alahan mengandung yang teruk..keluar masuk hospital...kerja pun aku ambik cuti tanpa gaji selama sebulan..alhamdullilah tahun ini aku berpeluang menjalani ibaadh tarawikh walaupun terpaksa osom ngan cik somi kerana si izara masih baby lagi..semlm 22/7/2012 malam pertama aku mengerjakan solat sunat itu...melihat suasana surau yang telah berubah wajah hati aku rasa sedih sebb terlalu lama aku tidak menjejakkan kaki ke sini...apabila bertemu para jemaah lagi la aku sebak apabila memandang ada sebarisan warga tua yg hanya mampu duduk diatas kerusi tetapi tetap gigih datang untuk berjemaah tp aku ????..masih sihat segar dan gagah tp menidakkan untuk ke sana...insyAllah 7 tahun lagi aku akan kesana bersama satu keluarga aku..semoga dipanjangkan umurku....dan satu lagi yang ingin aku lakukan ialah say no to BAZAR RAMADHAN....kalau nk beli kuih mcm murtabak tu boleh  ler...tahun lepas disebbkan alahan itu juge la cik somi dan anak2 terpaksa berbuke dengan lauk bazar ramadhan...dari awal puasa hingga la habis puasa semuanya diuruskan oleh cik somi...dan Alhamdullilah aku dah boleh harapkan anak bujang aku untuk  menolong aku ketika cik somi tak ada..semoga ramadhan tahun ini memberikan aku lebih keberkatan..amin

tarawikh mesir

tarawikh kelantan

Monday 16 July 2012

Personaliti


bagi aku yg sekolah tak tinggi ni maksud personaliti ialah perwatakan seseorg..dan kasar dan lembut tu termasuk dlam kategori itu..jom kita tanya encik google :

Personaliti (definisi Kamus Dewan Edisi Keempat – terkini) = (personaliti) membawa erti keperibadian dan perwatakan seseorang.

eh cam lebih kurang sama lak...ok..personaliti atau perwatakkan ni selalunya datang secara semulajadi dan mungkin juga turun temurun atau sbb baka kot..hehehe..boleh ke kita ubah perwatakkan kita ni.contoh : 

1. dari seorg yg suka gelak kuat2 nak tukar jd seorg yg gelak sambil tutup mulut.
2. dari seorg yg panas baran kepada yg sentiasa sejuk  hati (apa punya cth ni..tak tahu wat ayat)
3. dan dari seorg yang kasar kepada seorg yg lemah lembut..

sbb apa aku citer psl ni sbb aku yakin aku seorg yg perwatakkan kasar..ckp pun cam marah2 dan tinggi suara..tp jap2..tinggi suara bukan marah2 org tp aku punya high note mmg camtu wpun sebenarnya nk cakap mcm biasa je...aku dah byk kali dah cuba utk berubah jd seorg yg soft spoken tp tak leh jugak nak tukar...kelakuan aku pun mmg kasar tp bukan le cam jantan...bila aku nak tukar watak yg aku idam2kan ni rasa sekjp je jadik pastu back to normal balik..hadoiii.....paling banyak kejadian yg berlaku bila aku deal ngan supplier..diorg selalu akan cakap" akak jangan la marah"..padahala masa tu aku tak marah pun tap nada suara dicampur dgn high note aku tu diorg igt aku marah...hahaha..maaf ye encik supplier saya tak marah pun tapi mmg nada suaraku macam ni....dan kekasaranku ini diturunkan kepada anak perempuan ku...itu sbb aku ckp kat atas personaliti ni  pun mungkin sbb baka & keturunan...mcm anak lelaki aku plak berpersonaliti manja dan sopan santun...bukan lembut bapuk ok...mungkin mengikut personaliti ayahnya..kalu bapuk xde la aku bunting 5 kali :)....aku dah malas dah nk ubah personaliti aku ni sbb kalu aku ubah itu bermakna bukan aku la tu..dah jadik orang lain..hmm ada pro and kontranya...tp lantak la aku nak jadi diri aku sendiri...tak perlu berpura2...

gamba ini xde kena mengena dengan entri ini
sekian..peace no war

notakakiku :nak cari tudung raya kat minazboutiquestudio

Wednesday 11 July 2012

pesbuk & PERSONAL INFORMATION...




Pesbuk skrg ni mmg paling pupular la..pendek kata sape yang xde pesbuk dan tak tahu pasl pesbuk ni hmmm weiii lu idup dlm gua batu keww...pendek kata klu takde pesbuk at least tahu apa itu pesbuk...tp sebb kecanggihan teknologi ni la tanpa kita sedari kita berada dlm bahaya..nape aku ckp gini sbb terbaca satu informasi psl kegiatan pengganas yg menggunakan pesbuk utk mendajalkan kita..camna dia wat tu..iaitu dengan menggunakan personal info yg kita letk dlm pesbuk tu..sebagai nasihat diberikan panduan seperti ini:

1. REMOVE semua maklumat berkenaan suami, isteri, anak, ibu, bapa, pakcik yang kita publish di Facebook. Tak perlu unfriend mereka, hanya tukar relationship sahaja.

2.JANGAN post gambar anda, anak-anak, keluarga dan sahabat handai. Jika perlu tetapkan setting SECURITY pada kiriminan. Tentukan org-org yg hanya boleh melihat gambar tersebut.

3. Aktifkan option untuk review TAG. Ada didalam ruangan Setting. Pilihan ini akan meminta anda utk approve gambar, post yang anda telah di tag. Jadi ini akan memberikan anda ruang untuk menilai kiriman tersebut samanda ianya akan mengamcam keselamatan

4. JANGAN lah nak bersayang-sayang, aniversary di FB. Buat offline sahajalah.Tindakan seperti ini akan memberitahu siapa orang kesayangan anda dan boleh jadi target

5. HENTIKAN post yang boleh menunjukan anda bersendiri. Sperti "Boringnya, sorang-sorang kat rumah" atau "I nak tido kejap"

6. MATIKAN fungi geo-location pada pengguna Android atau iPhone. Fungsi ini boleh mndedahkan lokasi anda.

7. Review friendlist adan dngan kerap. Ingat 80% penjenayah ni masih terlepas.

8. REMOVE no telefon dari FB. Kerana penguna Android boleh nampak no telefon anda

9. Gambo profile letak lah yang sopan santun

10. REVIEW semula album FB anda. Mana gambar yg tak patutu delete sahaja !

** Nampak paranoid, tapi kalau korang tgk sendiri baru korang tau. Jangan salahkan pihak berkuasa. Kita sendiri yg expose maklumat peribadi.
seram la pulok....

notakakiku : mcm kena batang idung sendiri la plak..

Mengumpat sket...

Bila sebut je pasal mengumpat ni mesti dikaitkan ngan org perempuan..pelik aku..macm la orang lelaki ni takde mulut nak mengumpat..kekadang lagi over dari org pompuan..skrg nk cermin2 diri aku nih penah ngumpat tak..eleh menipu sangat ler klau aku kata aku tak penah mengumpat orang...SELALU SANGAT....kalu jumpe org yg mengaku dia tu tak penah mengumpat macm nampak sgt nipunye..mesti ada wpun siket sbb apa..sbb kita ni manusia yg bukan nabi...manusia yg sentiasa ada perasaan tak puas hati la dengki la dan lagi dan lagi...bln pose yg suh pose mulut pun kadang2 terrrngumpat gak..meh check it out apa itu ngumpat wokey :
Mengumpat ialah menceritakan atau menyebut
keburukan atau kekurangan seseorang kepada orang lain.

Rasullah S.A. W. menjelaskan mengenai mengumpat seperti sabdanya bermaksud
"Mengumpat itu ialah apabila kamu menyebut perihal saudaramu dengan sesuatu
perkara yang dibencinya"(Hadis Riwayat Muslim)

Mengumpat berlaku sama ada disedari atau tidak. Perbuatan itu termasuk
apabila menyebut atau menceritakan keburukan biarpun tanpa menyebut nama
pelakunya tetapi diketahui oleh orang yang mendengarnya.

dan apa yg paling menyentap naluriku ini ialah :

Dosa mengumpat hanya layak diampunkan oleh orang yang diumpatkan. Selagi

orang yang diumpatnya tidak mengampunkan, maka dosa itu akan kekal dan

menerima pembalasannya diakhirat. "

gulppp..camne aku nak mintak maaf kat org2 yg berkenaan tu ye...cam ramaiiiii je..tp kan setiap hari raya dah mintak maaf pastu cakap 0-0 ngan kawan2 semua..itu boleh kira dah diampunkan ke..hehehe.
camne nak elakkan dari mengumpat ni ye...wahai setan iblis jin jangan le kau menghasut aku utk mengumpat..tp ttp jugak ada selagi bernama manusia....
"perbanyakkanlah zikir supaya dapat menghindarkan diri daripada
mengumpat."




notakakiku: bulan pose lagi 9 hari

Monday 9 July 2012

Kawan karib...




kawn karib atau kawan rapat ialah seseorg yg takde hubungan kekeluargaan dengan kita...camna dapt kawan karib tu mungkin dari tempat keje atau dari zaman sekolah atau zaman belajo tinggi2 dulu...kawan karib ni merupakan seseorg yang lagak cam tido sebantal makan sepinggan/tempat berkongsi cerita..dimana ada kau disitu ada aku...kalu berpisah pun 'u keep in touch ya'...aku??? xde kawan karib..tak tahu kenapa susah sangat aku nk mencipta seorg kawan yang boleh aku beri gelaran tu...sbbnya aku tak tahu kenapa..masa aku blaja sekolah rendah bila habis sekolah rendah hilang la kwn2 aku tu...masa sekolha menengah pun cenggitu gak..bila dah keje ni..hmmm lagi la..dah byk tempat aku keje..bila berenti kat situ habis la situ wpun dulu masa keje sama2 rasa2nya ko la kawan karib aku...tp bila dah berenti semuanya ilang...nape ye...wpun aku dah lama mencari seseorg yg boleh diberi tittle tu tp mcm bila agak2 nak jadi je mesti tak jadi..aku pun tak tahu nape..so aku dah bosan bosan dan bosan akhirnya aku redho je la..dah mcm terhegeh2 plak nak jadikan org tu kawan karib kitew kannnnn...tp aku teringin nak ada keluarga angkat sbb kat sini aku sebatang kara je...

Template by:

Free Blog Templates