Wednesday 31 October 2012

Balik kampung vs AES haram jadah

Selamat hari raya korban semuaaaaa...apa yg korang korban tahun ni..korban duit tak pyh ckap la ye sbb tu mmg hari² korban...raya korban tahun ni aku balik pada 10.30 mlm hari raya pertama sbb laki aku keje.....balik kampung kali ni ada kelainan sket sbb kena menghadapi AES haram jadah..nak tahu apa AES korg google le sendiri...sib baik cik somi dah siap² install kan AES DETECTOR kat phone dia..so bila dlm lingkungan 1000m ada AES makan berkata²  la robot wanita itu " AES detect in 500m" maka cik somi pun slow kan kete..bila dah lebih 1000m tu pecut r balik..trimas kepada yg cipta benda alah ni...kitaorg dah try dah keberkesanan AES detector ni kat putrajaya sblm tu..bersepah tahu dok kat putrajaya tu..skjp² mesti berbunyi la robot wanita tu..kalu dia manusia mesti dia cakp penat....tp kita tunggu le sampai ke tak surat samannya ye...

notakaki: sangat sibuk menyettlekan keje setlh 2 hari bercuti

Thursday 11 October 2012

Lelaki boleh jadi DAYUS...???

Lelaki jadi dayus...??? apa maksud dayus ni ye..jom tanya mr google:
Dayus bermaksud suami membiarkan isteri berterusan melakukan perbuatan
maksiat terhadap Allah SWT dan meredhainya.Ini selaras dengan maksud
hadis Rasulullah SAW. "Orang dayus tidak masuk syurga ". Amal ibadat suami
yang dayus terserah kepada Allah SWT.
Antara ciri-ciri orang dayus ialah;
i. Redha isteri tidak menutup aurat.
ii. Suami redha isteri tidak mematuhi perintah Allah seperti puasa, solat, zakat dan sebagainya.

Selepas aku menggodek² dalam internet ni maka secara kesimpulannya dpt la aku rumuskan betapa ramainya lelaki akan menjadi dayus apabila :
  1. membiarkan kecantikkan aurat, bentuk tubuh isterinya dinikmati oleh lelaki lain sepanjang wakt pejabat(jika bekerja) atau di luar rumah ..errr cik somi seluar mama byk yg dah ketat...bg duit boleh nk beli seluar baru.. 
  2. Membiarkan isterinya balik lewat dari kerje yg tidak diketahui bersama dengan lelaki apa dan siapa serta apa yg dibuatnya dipejabat dan siapa yg menghantarnya....ok yg ni aku lulus..sbb aku pegi keje drive sendiri... blik keje kul 530..kul 600 dah sampai umah..
  3. membiarkan aurat isterinya dan anak perempuan dewasanya terlihat(terselak kain) semasa menaiki motor atau apa jua kenderaan sepanjang yg menyebabkan aurat terlihat....InsyAllah lepas ni akan lebih berjaga² menjaga aurat terutama rambut.ayuni pun aku dah latih pakai tudung skrg...
  4. membiarkan anak perempuannya berdating dengan tunangnya atau teman lelaki bukan mahramnya...benda ni byk sgt terjadi sekrg..insyAllah anak² perempuan aku akan aku didik supaya tidak jadi begini..buat arwah bapaku maafkan izah sbb selalu gak dating ngan boypren masa dulu²
  5. Membiarkan anak perempuan berdua²an dengan pasangannya dirumah kononnya ibu bapa sporting yg memahmi...sori ye ayuni dan izara..mama tak sporting...dont u ever do tat..harus kena didik dr awal nih..
  6. Menyuruh, mengarahkan dan berbangga dgn ank perempuan dan isterin memakai pakaian seksi di luar rumah..Alhamdulliah setakat aku idup ni tak penah pakai seksi² lg kecuali seluar ketat yg nampak bentuk kaki...errrr sekali lg..cik somiiiiii..mitak duit bleh nk beli seluar longgar..hehehe
  7. membiarkan anak perempuannya memasuki akademi fantasia, mentor, gang starz dan yg sepertinya sehingga mempamerkan kecantikkan kpd jutaan manusia bkn mahram...hehehe masuk dlm list jugak..dannn NO NO No ye ayuni izara..masuk master chef bolh la...
  8. Membiarkan isteri bersalin dengan dibidani oleh doktor lelaki tanpa terdesak dan keperluan yg tiada pilihan...tp skrg ni byk doktor lelaki..camne..tp alhamdullilah terima kasih to Cik somi sbb mewajibkan doktor perempuan  yg jd bidan mama
  9. Membawa isterinya dan ank perempuan utk dirawati oleh doktor lelaki sedangkan wujudnya klinik dan hospital yg mempunyai doktor wanita..Alhamdullilah setakat ni mmg dptkan rawatan kat doktor perempuan saje..
  10. Membiarkan isteri pergi kerje menumpang dgn teman lelaki sepejabat tanpa sebarang cemburu...
  11. Membiarkan isteri kerap berdua²an dgn pemandu lelaki tanpa sebarang pemerhatian...
Akan tetapi harus diingat :Kedayusan ini hanya akan tersabit kpd lelaki jika maksiat yg dilakukan oleh isteri atau anaknua secara terbuka dan diketahui olehnya..jika berlaku secara sulit suami tidaklah bertanggungjawab dan tidak sabit dayus kepada dirinya "

Kalu suami tahu isteri dan anaknya buat mcm tu tp tak buat apa² pemikiran yg ada dlm otak aku ialah "dah kena manderam la tu.."hehehe

Kalu ciri² diatas dibaca betul² dan aku pusing persekitaran dan pengalaman aku..hmmmm berapa ramai lelaki dayus yg aku telah jumpe rupanya...tp selagi bernama manusia mmg tak lepas dari buat kesalahan..terpulang pada diri sendiri..terlalu ramai yg aku jumpa isteri bercinta dengan suami org/bujang dan suami bercinta dengan isteri org/bujang....Dunia sudah akhir zaman.. Semoga Allah menghindari perkara sebegini dalam hidup aku..aminnnn

Notakaki: Teringat cerekarama "jujur aku dayus"

Wednesday 10 October 2012

SApe Cakap kawEn ni Senang..??

Sape ckp kawen ni senang...nak kawen bukan setakat nk pakai glamer² masa sanding je tau..bykkkkk sgt perkara² lain yg kena pikir lepas tu....tugas suami sama berat dengan isteri....jgn pikir ko isteri ini keje ko dan ko suami yg ni keje ko..zaman sekrg ni kena SAMA-SAMA buat...terutama kalu sama² ada kerjaya...tp klau isteri tak keje jgn plak si suami lepas tgn plak hal ehwal kat rumah..siyesli duk rumah LAAAAAgi penat tahu.....masa aku baru² kawen dulu tak la rasa byk kejenya..ialah setakat aku berdua je..tp skrg bila dah berenam ni mmg berganda² benda yg nk kena buat...kalu semua benda kena buat sengsorg EMOOOO je 
perasaan ni....ye la kadang² kita ni pun ada jugak dtg perasaan malasnya...tp bila benda tak settle maka tergendala la semua benda...sesekali rasa kalu dpt g bercuti sengsorang alangkah bestnya..setakat ni tk dpt peluang lagi...tahun depan ank aku no3 tu si Che Nubhan Sufi nk start tadika plak..lagi kelam kabut la aku pepagi...cuba korang tengok aktiviti aku pepagi nih

pukul 6.00 : bangun,mandi, kejutkan aiman ayuni,solat subuh,iron baju,pakai baju,makeup,pakai   tudung,makan ubat,nenen izara,siapkan beg izara(letak susu/bubur),siapkan beg susu aku,angkut beg anak/aku masuk kete,hantar izara/sufi umah pengasuh,hantar ayuni sekolah(aiman pegi sendiri),kadang² singgah shell/bank,pastu g keje..sampai opis dlm lebih kurang kul 7.30...tahun depan sufi dah start sekolah kena hantar dia sekolah plak baru boleh g keje dan dijangka akan makin lewat sampai opis...segala²nya kena buat dgn cpt..

pukul 8.00 ~ 5.30 kat opis la kan..

Pukul 5.30 ~ 6.00pm : balik keje ambik anak kat pengasuh..angkut balik baju/beg sekolah ayuni masuk kete,angkat beg baju kotor sufi/izara,sampai rumah angkut semua tu balik masuk rumah + beg susu aku..

Pukul 6.00 ~ 7.00 : apa lagi masak le untuk makan malam

boleh le rehat kejap sementara tunggu maghrib..

Pukul 8.00 ~ 11.00 : hidangkan makan malam,kemas rumah ala kadar, rilek jap tgk drama KOREA (wajib nih)..pastu tidur...

Pastu esok ulanggggg balik..gitu la jadual seharian..itu jadual isnin ~ jumaat...belum lagi sabtu ahad..tak pyh citer la...so pada sesape yg nak kawen tu siapkan fizikal dan mental anda....itulah jugak yg dilalui oleh mak ayah kita dulu dalam membesarkan kita..dah namanya putaran hidupkan...opsss ilmu dan amal jangan dilupa ye..utk amalan kita diSANA nanti...

notakaki : kena banyak² bersabar dan beralah..psst azizah cermin diri sendiri dulu bleh??

Thursday 4 October 2012

Goyang baby (shaken baby syndrome)

Pada semua yg ada anak² kecik termasuk le diri aku sendiri....sejak my izara sofea dah pandai duduk ni suka sangat goyang²kan dia camni..bila tengok dia mengekek suke lagi la aku buat..sbb terhibur dengar dia gelak yg hingga ilang² sore...tp rupanya tindakkn tu membahayakan baby sebenarnya..tobat lps ni tak buat dah...Shaken Baby Syndrome (SBS) ini boleh mengcederakan otk bayi kerana pergerakkan kepala yang kuat dan boleh menyebabkan kecacatan otak yang lama, serius dan kekal pada bayi *nauzubillah*..
jom sama² kita elakkan dan amalkan pencegahannya..
  1. Jangan sesekali menggoncang bayi ketika anda marah atau untuk bermain
  2. Jangan memegang bayi anda ketika marah
  3. jikalau anda tidak dapat menenangkan bayi anda lebih baik anda tinggalkan bayi anda untuk sementara waktu didlm katil bayi atau kepada org lain aku nak tinggal kat sape ek..laki aku asyik xde je.
  4. Minta bantuan orang lain.
Reminder 1
Tangisan adalah satu²nya cara bagi bayi menyampaikan perasaan dan keinginannya.jika kehendak mereka tidak dipenuhi mereka akan terus menangis*mmg aku fil le..sbb selalu tak tahu izara nak apa*  tangisan bayi bukanla suatu bunyi yg terhasil secara rawak ttp merupakan satu bentuk komunikasi.sekiranya bayi anda kerap menangis itu merupakan satu petanda buruk.segera dapatkan rawatan kerana kita tidak tahu apa yg bayi sedang hadapi..

Reminder 2
Tangisan bayi sekiranya dibiarkan akan memberi kesan buruk terutamanya kepada bayi itu sendiri,ibu bapa bayi dan org² persekitarannya.

Reminder 3
Bayi yg dibiarkan menangis akan berhenti menangis dan akan menjadi semakin kurang menangis bukan kerana dilatih ttp kerana putus asa dengan ibu bapa sendiri.berkemungkinan dia akan membesar menjadi seorg yg pendiam dan pendendam...*gulppp*

~~kredit : Persatuan Ibu Muda Muslim~~

Wpun dah lebih 10 thn aku memegang titlle seorg ibu tp masih kurang pengetahuan rupanya aku ni....Maklum la zaman tu penggunaan internet ni terhad....g kedai buku beli novel je.....*agak² blh terima tak alasan nih :)*


Wednesday 3 October 2012

walker buruk vs walker baru

sedey malu tp aku pedulik apa...pengasuh mintak walker sbb senang nak jaga my izara sofea...aku ckp walker aku buruk dah zaman anak aku yg sulung tu..dah 10 tahun..dia ckp xpe....tu..aku mmg malas dah nk beli sbb membazir pakai sekejap je..lain le kalau aku nak beranak lagi..ni dah pencen...harga walker sekarang ni kalu rmnya tak bunyik ratus² tak sah...aku pun bagi le walker aku yang buruk tu...xpe la asalkan boleh pakai lagi..cuma tak canggih manggih le....masa aku hantar walker tu aku dah cakap aku wakafkan je la kat sini..lgpun mmg takde walker pun kat situ...tp semalam aku tgk ada satu budak ni naik walker cantekkk dan baruuuu...dan maknya ada kat situ..mesti dia pikir apa le mak ayah budak ni nak beli walker baru pun kedekut..huhuhu
ni le my izara sofea dgn walker buruknya...kain tu mmg wajib ada kat tgn dia..hmmm..burukkan
ni walker cantik...beza tak..huhuhu
takpe le..mungkin dia ada adik²nya nk mewarisi walker ni..bukan mama ngan abah tak nak beli baru tp adikkan yg bongsuayat cover malu...

notakaki: menghitung hari nak balik raya haji pulok

Tuesday 2 October 2012

Aku dah pandai jalan²

Pandai jalan² kemana??? jalan² ke blog² org le...atau bahasa blognye blogwalking baru blaja dalm satu blog td perkataan ni..dah 6 bln lebih aku berjinak² ngan dunia blog ni baru reti menyinggah blog yg best²..terima kasih to my fren cik tina kerana memperkenalkan dunia blog  ni kepada aku...dan hasil ajaran dia le aku dah pandai menerjah  blog org lain...dan yg paling aku suka singgah blog ben ashaari..hehehe..dan yg terbaru coretan diari seorg abah..melihat gaya penceritaan dlm blog tu membuat aku terpikir nape tak terlintas dlm otak aku ni untuk membuat entry² yg sebegitu..walhal ianya berkitar pasal kehidupan seharian kita je sebenarnya...tak pyg nk ada tema² bagai..apa yg kita rasa nk tulis kita tulis je..blog kita suka hati kita la kan...org lain baca ke tak baca ke suke ker tak suke ker apa ada kisah...hmmm sedang mencari lagi blog² yg best untuk dibaca sambil mengisi masa terluang...

notakaki: nak tukar blog template uh nampak cantik camne ek...

Template by:

Free Blog Templates