Friday 28 November 2014

Maggie ketam - slero D timur


semalam mencari² tempat untuk meraikan si bujang..event tak dapt 5A tapi
aku sebagai parents rasa wajar untuk berikan dia sedikit penghargaan..
teringat entry cik ben ashaari yg selalu up entry pasal tempat makan² best..
salah satu tempat yg selalu aku baca slero D timur kat ayer@8..
so semalam dengan bantuan encik waze kami berjaya sampai dengan jayanya...
menu utama tentu la maggie ketam..
nak rasa sendiri ke-best-annya yang orang duk canang²...
anak² semua teringin nak order air buah..
sorang watermelon sorang orange jus dan aku carrot susu..
datang pelayan bawak tukul dengan penyepit..
sib baik aku dah tahu kegunaan benda alah tu..
tu pun baca kat blog cik yana ni..
dalam 15 minit makanan kami sampai...
tengok maggi ketam tu..hmmm nyum nyum..
mabeles r...sedap gilos....kepedasan + rasa + ketam nipah yang besau
banyak isi tau...rasa nak repeat lagi nanti..
tapi tunggu gaji le..rm38 semangkuk..huhuhu
tapi rasa amat amat berbaloi...

spagheti pilihan aiman dan maggi ketam ..
mula² ingat tak mampu nak habiskan maggi ketam tu
tapi tak cukup plak...sudahnya cik somi usik² plak...
sib baik ada order side menu kentang + sosej..
sosej yang besar dan panjang....lupa nk snap gambo
kedai ni kat ayer@8 putrajaya tu..guna waze
confirm sampai...kedainya kat bawah...nampak teh tarik place 
turun tangga kat sebelah tu...best lepak² sambil dengan ceramah 
dari masjid besi tu...
makan kat luar best..original aircond
si zara yang suka bergambar
si kecik zara ni pun layan maggie ketam yang
boleh tahan pedasnya tu...berselang seli sambil minum air
next boleh singgah cuba menu lain plak..
meh ore patta timor kita pakat g
slero D timur...



notahati : alhamdullilah dengan rezeki yang berganda²...syukur ya Allah

Thursday 27 November 2014

kisah anak² hujung tahun ...part 1: aiman


hujung tahun bersamaan cuti sekolah bersamaan ada exam seblm cuti sekolah...
tahun ni anak sulung aku ambik upsr 13 thn dah aku kawen rupanya
result dapat pada 26 nov 2014 
3 org anak aku dah bersekolah...tinggal si bongsu je...
bayangkan kalau aku tak keje duk rumah  pastu bila si kecik aku ni dah
start masuk sekolah..sengsorg aku kat umah...kan ada yg beranak lagi ni..
ok dah lari topik ngeeeeee...
result upsr aiman dapt  3A dan 2B..A bagi subjek penulisan dan pemahaman..
walaupun ada sikit frust sbb dia yakin dia boleh dapat 4A..dan dia 
paling frust bila sains dia dapat B..sedangkan dia tak pernah jatuh dari gred A...
mungkin bukan rezeki dia...insyAllah usaha lagi dan perbaiki untuk exam yang lagi besar..
aku tengah pertimbangkan untuk buat permohonan untuk semakan semula..
yang paling aku lega bila subjek BI dia dapat B..
thank you sayang...proud of you.. 
untuk kelas agama KAFA dia dapat 7A 1B dalam UPKK
 (ujian penilaian kelas kafa)
bila aku renung dan fikir² dia lebih ke arah subjek agama...
dari cara dia setiap hari pun seolah² jiwa dia cenderung kepada agama..
sblm waktu maghrib dia akan bersiap ke surau blkg rumah...
solat berjemaah..kemudian balik rumah mengaji dan ajar sufi ngn izara mengaji.
.kalau berkesempatan dia akan ke surau balik untuk solat isyak...
kalau hari khamis mlm jumaat dia akan duduk kat surau tu sampai waktu isyak...
khatam quran aku dah tak ingat berapa kali
yang pasti dah berkali²....dan dia lebih mengenali jiran² sekeliling berbanding aku malu seh
mungkin naluri dia sebagai abang long banyak
keje² rumah yang dia bantu.....memang ringan beban aku..
walaupun lelaki dia tak penah bantah arahan aku dan senang
mengikut kata...dah nama pun belum akil baligh..
perangai budak² mesti la tak habis lagi...
dia berjiwa sensitif dan mudah mengalirkan airmata..
 sampai sekrang tabiat dia suka menggetel rambut tu tak hilang..
dari baby dia suka hisap jari sambil gentel rambut...

sedikit memori kejayaan dia...
dari segi sukan dan permainan dia kurenngggg menyerlah...
hanya satu kejuaraan yang dia pernah rangkul..
pertandingan kompang formasi...alhamdullilah ke peringkat negeri...


kiri : gambar di awal persekolahan..darjah 1...
kanan : stlh 6 tahun berlalu..tamat graduasi darjah 6
tamat sudah perjalanan di sekolah rendah...selepas ini alam remaja menanti...
semoga kejayaan milik dia
amin..


Friday 21 November 2014

anak dan pengasuh

Dari anak pertama sampai la yang bongsu masalah
nak cari pengasuh anak memang tenggelam timbul...masalah
biasa yg dihadapi ibu² yg berkerja...
sampai aku sendiri pun dah lupa sape yang penah 
jaga anak² aku sbb silih  berganti....
alhamdullilah tiada kejadian yang serius pernah berlaku...
cuma ada 2 3 peristiwa yang aku ingat
salah satunya masa taska ayuni  kantoi ngan aku
 ayuni tido kat luar antara grill & pintu masuk...siyes
menangis aku tgk anak aku tido macam org merempat tu...
bila aku komplen tp cam biasa pengasuh tu nak salahkan anak aku
then aku tukarkan terus ayuni ke tempat lain..
yang kedua bila sufi lahir..masa tu aku baru pindah ke rumah aku sekrg ni...
mcm biasa cari pengasuh & jumpa kat kawasan perumahan seblh..
jaga tak sampai sebulan aku tukar pengasuh bila
jari sufi tersepit dan bengkak dan menanah...baby ye baru 3 bln...
alhamdullilah jumpa pengasuh btl² blkg rumah....bila aiman masuk darjah 1
aku hantar ke tempat yang sama sbb pengasuh sekrg ni ada ambik
untuk transit...masa tu tak ramai bdk bawah jagaaan dia...
dan aku masih hantar ke tempat yang sama sehingga la
sekarang anak keempat izara yang dah berusia 2 tahun....
so kira aku ni pelanggan lama vs jiran la...
semalam balik dari keje cam biasa ambik izara dan sufi..
tetiba pengasuh bagitahu tahun depan dia dah tak boleh jaga
izara...alasannya sebab dia akan apply lesen dengan JKM..
so statusnya sekrg bertukar la ke pusat jagaan
dulu takde lesen
bila pusat jagaan syarat mesti jaga bdk 4 tahun ke atas..katanya...
sebelum tu aku ada inform dia yg tahun depan aku akan
hantar sufi ke komples pendidikan islam secara full day...
and seblm ni aku banyak kali jugak beritahu dia
beberapa issue bila aku tak puas hati dengan satu² perkara...
aku cuba untuk berfikiran positif bahawa dia memang 
terpaksa walaupun sebenarnya dia nak jaga anak aku
tapi fikiran negatif tu mesti ada...
pagi tadi aku cuba google tentang syarat² perlesenan
seperti yang dia bagitahu....
cuba klik link kat atas...sebenarnya dia boleh ambik kanak²
bawah 4 tahun tapi tak boleh melebihi jumlah yang dibenarkan...
so camana aku nak positif thinking....mungkin anak² aku tak
termasuk dalam kesukaan dia untuk dijaga...
mungkin sebab aku bayar dia murah...tapi itu dia yang tetapkan bukan aku..
atau mungkin aku ni dia tak suka sbb terlalu byk komplen...well itu hak
aku sebagai ibu bapa...bayar ye bukan free....aku dah anggap dia
macam family dah memandangkan aku ni takde sedara mara
kat sini...lagipun duduk setaman..ok la takpe..bisnes dah maju...bila
tengok pelanggan² dia semua pakai kete beso² made in luar negeri...
semalam kebetulan cik somi ada kat rumah...kami terus
ke rumah yang selalu sufi tunjukkan kawan dia ada kat situ
alhamdullilah dia sanggup jaga izara..dan dia mmg tak ramai jaga 
anak org pun...orgnya peramah dan muda lagi..umur 40 tahun anak 7..
tapi semua dah besar ye...yg sulung dah berusia 23 tahun...yang paling kecik
umur 9 tahun...so takde masalah bagi aku....dia pun dah lama jaga ank org...
ini kesimpulan yg aku buat bila pertama kali jumpa dia...cuma satu je aku
risau..izara dari usia 2 bulan dengan pengasuh sekarang..risau
jika dia buat perangai dan menyusahkan 'mak' barunya nanti..
semoga Allah permudahkan segalanya...

hari ini tepat 6 ptg berakhir la pkhidmatan pengasuh sekarang...
aku ucapkan terima kasih dan mintak halalkan segala 
makan minum...maafkan terlebih dan terkurang dan terkasar bahasa
semoga bisnes dia terus maju dan maju....
kosong  - kosong...ok bai







notahati : hati aku makin lama makin kosong kosong kosong....mimpi plak yang pelik²..apakah... ???

Monday 3 November 2014

UPAH + POSTAGE



sejak kenal dengan tudung AJ ni baru dengar istilah ni..
dulu masa ambik subjek marketing tak penah dengar..

" satu istilah baru yang digunakan bila seseorg tu
tolong pergi beli barang untuk seseorang yang tak boleh
pergi beli sendiri" ...

muahahaha..aku tak reti nak wat ayat..
ni tafsiran ikut pemahaman aku la..
macam lebih kepada perkhidmatan...tolong menolong gitu
tapi ada upah..dan kalau ko nak pos sila bayar kos pos
aku tolong beli dan tolong pos untuk kau...
sekarang ni aku nampak yang buat camni para²
peminat tudung AJ...sbb susah nak dapatkan stok tudung 
disebabkan CS *concept store yg jual brand AJ *  tak banyak cawangan
kat malaysia ni....
tapi baru ni aku jumpa org dah start guna konsep upah + postage
untuk barangan IKEA / DAISO...maklum la bukan semua negeri ada ikea /DAISO
dan sambutan amat amat amat menggalakkan.....
cuma untuk barangan kaca sahaja dia akan COD...
yang order bukannya org jauh..kajang ada bangi ada putrajaya ada...
mungkin diaorang susah dan ada masalah lain
yang sebabkan diorg takleh pegi sendiri tapi dalam hati teringin
sesangat nak barang tu....
kalau tudung AJ upah setiap helai dalam
rm2 ~ 3...untuk barangan ikea/daiso ni diorang ambik
upah 2 jenis barang rm5..kalau 4 barang rm10 dan seterusnya...
dan kos postage pembeli bayo ler....
bijak bijak jugak diorg ni.....barang ikea tak perlu
ko nak qc check yang macam sekarang seller AJ buat
sehari suntuk kat CS atau Mobile store...pastu kalau terlepas pandang
defect dan terpos kat customer kena *$*)$_*%$# plak...
kat ikea ko dah habis ambik barang terus bayar dan pos...
panjang betul pikiran diorang ni....


berbaloi ke wat meniaga macam ni..???...tepuk dada tanya selera..


Saturday 1 November 2014

oh ibu bapa mertua ku

kali ni nak up entry pasal ibubapa mertua ku...
mereka ini la yang aku ada sekarang..tempat aku menumpang kasih
walaupun tak sama macam ibubapa kandung sendiri...
alfatihah untuk arwah cik dan ayah aku...
walapun status ibubapa mertua ni adalah sama dengan ibubapa kandung
tapi keserasian itu pasti berbeza dengan ibubapa kita yang
membesarkan kita...walaupun *byk ye walaupun*  dah hampir 13 tahun
aku kawen tapi sebab aku ni merantau di key ell jadi tak byk
sangat masa aku bersama dengan diorg...
balik kampung baru ni sebenarnya teringin nak makan makanan
yang memang aku tak tahu buat dan payah nk jumpe yang
sedap macam mek ibumertuaku  masak...
kerisik jantung pisang dan solok lada...perghhh..telan air liur je..
segan aku nak bagi tahu...nape segan ??kan  aku dah kabo
aku ni pemalu sket..muahahaha....mmg ler dah 13 tahun kawen
tapi tetap terbatas percakapan tu....nak manja² rasa tak kena..
dalam hati ni tetap rasa was² boleh ke nak wat macam tu macam ni...
alah bukan aku sorg la aku rasa...contoh kalau masa pantang...ko rasa
selesa mak sendiri jaga atau mak mertua jaga.....
tu sebab aku rela je berpantang sorg² kat key ell lepas 
arwah cik aku takde...tapi mek tetap dihati..dia je yang aku ada
untuk aku cium tangannya dan aku peluk sebagi pengubat rindu...
satu lagi mek aku ni sporting....dan macam aku sket perangai..
skeeeeetttt je...suka berjalan.....i love you my mek...hehehe

cam terer je main boling kan...action jew lebih...ahak ahak

seeeee...mek aku ikut kami g main boling tuuuuuu...
aku suh dia baling dia kata toksey aku...hehehe....

ayah mertua aku pulak susah sikit nak ikut berjalan...
bukan susah sikit la,,susah banyak...kalau kes² kecemasan 
sahaja baru la dia ikut...sayang nak tinggal lembu kambing kebun tu....
rumah aku yang kat key ell ni pun sekali pun dia tak jejak lagi...
sedey tau... tapi ada satu benda yang aku tak penah lupa...
masa mengandung si zara...aku balik kampung..
masa tu ada buah salak banyak..
aku duk makan la sikit²..ada sehari tu aku cari nak makan dah habis..
sebak weh...rupanya ayah aku ni perasan....tiba² petang tu dia bawak
balik buah salak tu..banyakkkkkk...bila ada anak² buah aku yang
nak ambik dia siap cakap " tok soh usik la mokteh mung nok make tuh"...
touching tau ayoh...mekasih ayoh i love biu toooo

gamba ni dah cantik tapi background tak cantik plak..kalu tak boleh frame kat umah
gamba ni kat kedai makan yg baru berusia 2 tahun...biras aku yang tukang
masak....aku balik lepak kedai ni je la...sejak ada kedai ni la aku
dah kureng merasa air tangan mek.....selalu makan air tangan biras aku
tu je plok...anak² aku suke la...order macam²...sib baik balik
sekali sekala..kalau tak lingkup ayoh su tu...
semoga mereka dipanjangkan usia dimurahkan rezeki..amin






Template by:

Free Blog Templates