Wednesday, 10 September 2014

Untuk terakhir kali....

Entry yg terdelay hampir seminggu...
Tajuk posting macam seram je.....macam suspen je...
sebenarnya nak story pasal besday si anak bujang...
6 september hari tu genap la 12 tahun umurnya..pejam celik
sekejap je..tahun depan dah masuk remaja...
pastu tak lama lagi aku dapat menantu
dah masuk remaja secara rasminya title 
budak² tu dah takde..sooo remaja dah
tak layak dapat hadiah okey...itu
perjanjian kami suami isteri...anak² akan diraikan
besday dan diberikan hadiah sehingga berusia 12 tahun sahaja
after that no more hadiah²...anak² pun dah sedia maklum..
ini bermakna ini la kali terakhir si bujang ni dapat hadiah dari kami
atas nama harijadi...
tapi kami postpone dia punya hadiah..
kami akan berikan setelah mendapat result upsr nanti..
jika result dia memuaskan hati kami maka dia akan
dapat dua hadiah...satu hadiah sempena harijadi dia
yang terakhir kali
dan satu lagi atas pencapaian dia...tapiiiiii
kalau result dia so-so saje..maka dia hanya akan dapat
satu hadiah sahaja.....
walaupun dia nampak macam frust tapi dia menerimanya
dengan redho nangis
tapi kami ni xde la kejam sangat....esoknya kami bawak
dia dan adik²nya merayau² ke putrajaya....dan...
bukan 1 tapi empat jenis kek ye..walaupun sepotong je :)
dah hampir sama saiz dengan aku dah..hmmm..tayang lesung pipit ye..:)
lepas lepak² situ kami merayau² melihat matahari terbenam
kemudian teringin pulak nk memanjat puncak roket
tu..bak kata anak aku la...
si bongsu aku
saje pilih nak tepek gambar ni sbb aku rasa sweet ...sila muntah :)
Bukan bermakna selepas ni bujangan aku ni
takkan dpt hadiah lagi...mungkin akan diberi atas sebab
lain seperti kejayaan dia dapat 9A
dalam pmr atau 10A dalam spm atau
dihari konvokensyen dia ke..
tinggi angan mak kau ni nak oi....takpe berangan
tak rugikan sape pun...
moga jadi kenyataan...amin

Friday, 5 September 2014

Bilik si bujang

Sekarang dalam proses menyambung bilik tido
anak bujang yang dua kerat tu....rumah kecik ada 3 bilik je..alhamdullilah
satu bilik untuk aku..satu utk gigurl gigurl dan satu untuk boboy boboy
masalahnya bilik si boboy boboy ni kecik pastu share berdua....
pastu asyik gaduh memanjang...terutama bila nak tido..berebut tempat tido..
katil mmg double decker tp masing² nk tido bawah..sudahnya
pukul 3 - pagi mesti sebelah izara tiba² ada org....
InsyAllah tak lama lagi siap la besarkan bilik si boboy boboy ni...
kalau lepas ni bergaduh lagi bila nak tido 
aku suruh dua² tido atas jalan raya....
sekarang ni tengah menggoogle mcamana nk susun atur bilik diorg...
masalah utama sekarang ialah katil...masing² mmg tak nak tido atas..jadi
kena asingkan katil..habis tu xkan aku nak buang katil double decker tu...
jadi solution sekrg ialah katil tu potong dua..sib baik blh potong
sebab dari kayu...tapi macamana nak potong and nak kasi katil tu nampak
macam xde cacat hasil dari potong tu..itu kemudian pikir....
idea² yg ada dkt cik goggle ni mmg aku langsung tak terpikir..
kreatip and inovatif...
yang ni pilihan pertama...mmg kreatif  dan cantik

yang ni pilihan kedua...


yang ni ke - 3
tapiiiiiiiii semua pilihan diatas hanya dpt direalisasi kalau ada
ongkosnya...muahahaha...sekarang hanya mampu gunakan
apa yang ada je..kita DIY..pusing sana sikit sini sikit..
asalkan nampak bersih dan kemas pasti selesakannnnnnnn....

notahati : cuci kete kat kedai dan hantar baju ke dobi termasuk dlam aktiviti org kaya ke..konpius

Monday, 25 August 2014

Makan makan raya 2014

Alhamdullilah..raya 2014 hampir menutup tirainya...
ada satu je lagi jamuan raya kat opis
hari kamis ni dan the end....
macam² jadi raya tahun ni..suka dalam kedukaan....
acara wajib tiap² tahun ialah undangan makan² atau
open house atau menziarah sambil makan...
aku macam tak berapa gemor sket nak 
guna perkataan open house ni...bagi aku kalau open house kita kena
ajak semua yang kita kenal..rapat ke tak rapat ke...dan berskala besar...dan 
bajetnya pun besar...
tapi kalau jamuan makan² ni biasanya berskala kecik dan jemputan
pun biasanya terhad...kalau sesiapa yang ada invite aku untuk dtg umah
biasa aku akan tanya wat open house atau jamuan makan²..
kalau jawapannya open house bermakna aku nak dtg pum xpe
tak nak dtg pun xpe..sbb jemputannya ramai..tapi kalau jamuan makan
aku mesti akan datang sbb jemputan pasti terhad so
tak nak le membazir makanan yang tuan rumah sediakan tu....
ini pandangan peribadi aku saje
antara rumah yang aku suke pergi ialah rumah GM cik somi..
suke tengok rumah dia..dan suke tgk makanan² yang dihidangkan...menu utama
kambing tergolek golek...
curi² ambik gambo depan rumah org...
Akhirnya tahun ni berjaya jugak aku ambik gambo dpn rumah ni.
.tiap² tahun pegi tapi segan sbb cik GM selalu akan selalu escort 
sampai depan rumah...kali ni tak
sbb dia ada tetamu VVIP...ambik peluang le...kat tgh² rumah tu ada swimming pool...huhuhu
yang kedua rumah wajib yg aku pegi rumah jiran aku..dulu dia duk selang sebuah dari
rumah aku tapi bulan april ari tu dia dah pindah..beli rumah besau...mmg besau..bertingkek²
nuuuuu dekat bangi lake hills villa...rm1.5 juta katanya...tahun ni open house kat umah besau dia tu le...
datang menjemput siap pakai kad cam jemputan kawen gitu...

rumah cantik harga pun cantik
Tahun ni ada khemah cantik kaler²..3 biji...kat rumah lama khemah kecik je sebijik
xde kaler²...hehehe...menu utama sup gear box....peberet cik somi...layanzzzzzz...
Tahun ni tergerak hati nak ajak kawan² makan 
walaupun plan asalnya lain
sabtu lepas 23/8/2014 prepare le sikit² untuk santapan kawan² aku dan 
cik somi yang sekerat dua je tu...
antara kawan² yang tercipta pada tahun 2011 dan selepasnya

Kawan² bertarikh 2010 dan sebelumnya
Lupe plok nak ambik gambar menu² hasil air tangan kami suami isteri..
kalut memasing..maklum la hanya kami berdua je yang buat
semua benda dari A to Z....
next makan² kalau boleh nak guna catering and
pasang khemah at least sebijik...bulat mata cik somi muahahaha
toksah berangan katanya....kalau anak nak kawen boleh ler...
terima kasih buat kengkawan yang sudi hadir mencemar duli
ke rumah i hari tu...mana yang terkurang harap dimaafi....
insyAllah umur panjang kita jumpa lagi
tahun depan...

notahati : kecik hati..cik somi kata tahun ni xde holiday sbb semua bajet dah masuk dalam tabung
untuk renovate umah....huhuhu pasrah

Thursday, 21 August 2014

Potty Training


Potty training atau pun cara nak ngajar anak nak pegi tandas atau senang citer
tak nak bagi anak pakai pampers dah....si zara dah 2 tahun 6 bulan...
mmg elok sangat la nak train dia g tandas....tapi tak start pun lagi...
ahad hari tu temankan cik somi mencari alat² nak menukang..
tempat peberet kat THE LIVING DEPOT cawangan bangi....
masa duk merayau² kat dalam tu tetiba ternampak sesuatu yang
menarik perhatian...macam tahu benda ni..tapi nape nampak
pelik je....

tutup tandas jamban ha ha ha
ni la gerangan nya...mula² nampak mmg aku pelik..nape ada dua macam tu...
fungsi yang warna pink tu ialah utk budak² rupanya.
.ini namanya penutup tandas  2 dalam 1...
memang tepat pada masanya...mcam tau² je aku tgh nak training si zara poo poo dalam
tandas kan...sebenarnya memang plan nak cari bekas yang mcm dlam gambar bawh ni..
tak tahu nama apa

rasanya penutup tandas tu lagi praktikal...tak perlu dah aku nak tambah keje mencuci hasil
sisa² toksik kannnnn....tangkap sekeping dan pasang kat umah...
.sekarang zara masih dalam
peringkat berkenal-kenalan dengan benda ni...

my cute model...my buah hati pengarang jantung
sekarang tengah mengisi dada dengan ilmu potty training ni...
harap berjaya sebelum izara cecah usia 3 tahun...



notahati : nape byk sangat entry bulan august ni ye azizah che wan??

Wednesday, 20 August 2014

Nombor guna semula ??


bulan februari ari tu register kan no tel si anak bujang...
sekali ngan talian internet...
senang sket nak berhubung dengan dia....
disebabkan cik somi guna no celcom yang plan 5 + 1 tu so masa 
register no tu cik somi registerkan sekali dalam plan dia tu...
lepas 2 3 hari selepas tu macam² mesej yang masuk dalam phone tu...
kalau yang berkenaan tak kisah la...ini yang mengarut²..
baki loan perumahan la...balance kad kredit la..sejak bila plak la
anak aku tu wat benda alah tu semua....dah sah² ni no guna semula...hampeh 
sungguh la..menyusahkan dan sangat merimaskan...

hah lantak...aku kasi tunjuk itu no telefon tu semua...ari tu rajin le jugak aku reply 
salah nombor...skrg malas eh..habiskan duit aku je nak membayor...
dalam banyak² mesej yang dapat tu..tetiba ada satu mesej yang buat aku
seram sejuk..mengucap panjang ooiiii...

alaaaaa aimannnnnnnnn baca guna nada kassim selamat   
bila masa pulak kau terlibat
dalam kes² orang bunting ni.....
nak je aku telefon budak ni bagi tazkirah subuh..
tak pun bacakan talqin terus...nak nasihat² ni i tak reti....
apa² pun semoga budak ni selamat dan dpt settlekan probelm
dia dengan si azwan tu....
oiiiii cik celcom oiiii....apa cerita ni...service terbaek la kekononnya....
bila call service center dia cakap mmg no celcom kebanyakkannya ialah
no recycle...bila aku cakap masa register tu kan dah bagitahu nak no baru..
dia cakap kalu tak puas hati boleh buat pertukaran kat celcom center...
sonang je cakap eh....nak g sana satu keje plak heh...lupa plak nak tanya
kena caj atau tak..kalau dia ckp ada nasib kau la kena maki ye....
boleh tak nak tukar service telco tapi nak kekalkan nombor yang sama...
bosan dah dengan celcom....

Monday, 18 August 2014

♫♫ Tuhannnnn...jaga dia untukku..♫♫

oh batuk oh selsema nape kau menyerang aku..buat ilang mood aku je nak
celebrate besday cik somi...sabtu lepas bertarikh 16/8/2014 cik somi punya
besday....dalam keadaan tak sihat + penat sbb keje gagahkan jugak
untuk tidak menghampakan perasan cik somi... besday boy
balik keje aku ajak cik somi g makan dulu....dia cakap nak makan steak...
ok jugak..dah lama aku tak pekena sepageti ni...
dia ada nampak satu tempat steak kat seksyen 8....ok la..layankan je
sampai tempat yang dituju..oooo laman grill..milik chef zubir masterchef tuuuu.
melangkah masuk dalam restaurant tu..hmmmmm mmg classsssss la kan...
duduk then dapat menu....bukak je menu telan air liur..bukan tengok kelazatan 
gambar makanan dalam menu tu akan tetapi HARGANYAAAAAAA.....
aku ngan cik somi pandang memandang....tgk anak² dah excited memasing nak 
order makanan yang regenya boleh aku beli susu anak 2 3 bulan...
aku ckp ngan cik somi...maaf aku tak mampu
cik somi tak kisah pun sebenarnya...ingatkan harga biasa² jerrrrr 
even air pun xde yang harga bawah rm10..cik somi sengih aku pun sengih...
aku kira² mahunya rm300 - rm400 habis kalau nak makan satu family tu...
cik somi pun  tak sangka harga mcm tu.....
pelan² kami bangun dan angkat kaki C.A.B.U.T....hahahaha..first time
jadi macam ni..sib baik la mamat waiter tu tak tunggu kat meja...malu siutttttt
cik somi cakap ala bukan diorg kenal pun...
kami singah kat austin steak seksyen 7...harganya ok la...
dalam kemampuan aku le...
tanya cik somi nk hadiah apa....walaupun aku dah tahu
dia cakap nak alat mancing.....dah agak dah....lepas makan meronda mencari
kedai yang jual alat mancing ni...menjelajah dari bandar baru bangi sampai
le ke kajang...juling² bijik mata aku menengok harganya...akhirnya baru la
jumpa yang berkenan dihati cerewet gile...puas risik merisik pujuk memujuk dapat la tangkap 1...
harga untuk 1set lengkap rm1k++....makin demam aku...tapi bila memikirkan
ini la kali pertama dalam tempoh 17 tahun aku kenal dia aku nak bagi hadiah
yang sebegini harganya aku setuju je la...sebelum ni hadiah yg aku bagi tak
penah lebih dari rm500....tapi cik somi dah banyak kali bagi aku hadiah yang berharga emas le  
ikhlas ni ye...tulus dari hati isterimu ini...:)...mana la tahu ini kenangan terakhir aku untuk dia..
Heppy besday sayang...hanya abah dalam hati mama...andai kata ini hadiah terakhir mama
mana la tahu lepas ni mama dah tak keje ke
untuk abah...tak bermakna hilangnya sayang mama untuk abah...
mama berdoa ikatan dan kasih sayang kita akan sampai hujung nyawa..
♫♫  tuhannnn jaga dia untukkuuuu ♫♫
aminnnn....
Notahati : harap² renovate rumah kali ni tak ambik masa lama..mood nak mendeco deco sudah mariiii

Thursday, 14 August 2014

Eh..macam dah...

Firstly ini bukan entri untuk riak takbur sombong menunjuk² 
atau sepupu sepapat dengannya....bangga untuk diri sendiri ada la sket..
sebab aku berusaha dan aku dapat hasil daripada apa yang aku usahakan...
"eh..macam dah kurus la sket kau sekarang"...
itu la ayat yang menunjukkan
apa yang aku usahakan dah nampak hasilnya...
ayat dari org yang sudi menegur bukan aku yg syok sendiri ye...
memang aku mengalami penurunan berat badan..tp secara berperingkat...
28/4/2014 aku mula berusaha...bulan may dan june mula turun tp 
dalam 1kg - 3kg sahaja....mula turun mendadak masa
bulan 7..bulan puasa...ye la puasa = makin kurang makan...
berat badan asal aku masa bulan may ialah 70kg..dan sekarang 58kg...
total penurunan ialah 12kg....bukan nak kurus atau nak nampak cantik ke
tapi untuk mendapatkan berat badan ideal...sekarang BMI  23.5 dalam kategori normal
dan 25 ialah overweight...bila² masa aku blh cecah overweight tu..hehehe...
mula nekad untuk menurunkan berat badan sbb asyik naikkkkk je tak turun²...dah cecah 70kg nanges..
hari² duk mengadu kat cik somi....alhamdullilah dapat sokongan padu
dari cik somi....maka bermula la aktiviti aku...
mekasih cik somi sponsor kan benda alah ni..gambo slps gambo sblm xde
sehari aku akan berlari 2 hingga3km...bermula dari 28/4/2014 tanpa gagal
nampak benor nipunya..ada la jugak skip tp boleh dikatakan
tiap² hari le...
dah janji ngan cik somi akan berusaha hingga berjaya...kalau tak guna
benda ni cik somi kata dia nak campak dalam tong sampah..
bulan puasa  disebabkan aku payah nak pegi terawikh sbb si budak kecik
tu..ada 2 kali bawak g terawikh tak khusyuk aku nak solat
.mata asyik kena duk perati dia je...
jadi aktiviti ni aku buat jugak masa bulan puasa....bila siang perut kosong mlm dalm
kul 10 atau 11 aku bantai berlari..mungkin faktor itu la yang menyebabkan nampak
ketara penurunan tu...aku gumbira..akhirnya dapat aku buktikan dekat cik somi..
pelaburan dia ini berbaloi...
sekarang aku masih maintain buat ni tetiap hari.tipu lagik
.target aku utk dapatkan 55kg..so caiyok caiyok
lagi 3 kg je...tapi bahagian lengan ngan jari jemariku mmg susah nak kecik kot..:)
1.2 km dalam masa 12.20 minit...
masa mula² dulu nak cecah 1km tu makan masa 20 minit ko..hehehe...selain aku guna si treadmill
ni aku pun control makan gak..xde guna jugak kalau beria exercise tp melantak segala macam
mak nenek...air sehari 2 hingga 3 liter..itu wajib....
ada yang bertanya aku makan apa nampak kurus...bila aku cakap tak makan
apa² tp exercise...muka diorg macam caye tak caye je..cuba g tanya anak² aku tu
betul tak mak diorg ni duk berlari tetiap petang...
akhir kalam..tgh tunggu sorg hamba Allah ni tegur
aku dah kurus..sbb dia la manusia paling rajin hari² bisik kat telinga 
aku ...kau dah gemuk ...kau dah gemuk......

Template by:

Free Blog Templates