Wednesday, 18 June 2014

Hilang dan jumpa


Alhamdullilah...walaupun debaran sudah hilang tapi detik² tu masih terbayang depan mata...
kekandaku che wan mohd radzi hilang dilautan...
30 may my SIL call inform.."abng dah keluar kelaut pada 26hb tp masih belum pulang.."
setelah report polis dibuat maka heboh la semua media...pencarian bermula..hari pertama tiada berita
hari kedua kecewa...hari ketiga masih tiada kesan...doa sentiasa mengiringi..
solat hajat di seluruh masjid dan surau di kampung tiada henti...

http://www.bharian.com.my/bharian/articles/3nelayanhilangdiperairanPulauTenggolsejakIsnin/Article/index_html

http://www.utusan.com.my/utusan/Jenayah/20140602/je_08/Polis-guna-helikopter-jejak-3-nelayan-hilang
http://www.tv3.com.my/beritatv3/berita_terkini/Tiga_Nelayan_Hilang.html

dalam tempoh itu aku yang berada beribu batu dari mereka hanya mampu bertanya kabar..dalam hati 
betapa ingin aku berada di sana untuk bersama mereka andai ada sesuatu yang tak diingini terjadi...

alhamdullilah....6 may 2014 jam 5.32 pagi my SIL call dan bagitahu dapat info abang dah dijumpai..
berada di pengkalan seberang takir tapi belum sahih....kerana takut dipermain²kan lagi...
tergerak hati aku untuk cuba menelefon abangku..subhanAllah..talian yang aku call bersambung
sebelum ni dah banyak kali call tapi tak dpt
alhamdullilah..talian bersambut...serentak dengan tangisan dan jeritan aku disubuh hari..
dia selamat..11 hari hanyut di lautan sehingga ke perairan vietnam...
segera aku hubungi SIL memberitahu berita gembira ni..
sesudah subuh aku bergerak balik ke kampung...
alhamdullilah

http://www.sinarharian.com.my/semasa/3-nelayan-hilang-ditemui-di-perairan-vietnam-1.287299
https://m.malaysiakini.com/news/264813
http://www.astroawani.com/videos/show/buletin-awani/3-nelayan-ditemui-selepas-10-hari-hanyut-33130
http://www.sinarharian.com.my/edisi/terengganu/dengar-orang-mengaji-tengah-laut-1.287429

aku dan family beliau
dalam senyum melayan tetamu...
orang² kampung tak putus² datang berkunjung..pihak media yang membuat liputan
aku tahu dia sebenarnya kepenatan..
susut badannya namun ceria wajahnya...pengalaman yang memberi keinsafan..
alhamdullilah dan syukran padamu ya Allah...


notahati: bila dah rasa mula jadi parasit kat organisasi perasaan nak 'berpaling' makin membuak².. tidak diperlukan patutke
terus tebalkan muka

Wednesday, 28 May 2014

Alhamdullilah tapi serba salah...

bersyukur..ye firstly memang bersyukur...
bersyukur padaMu ya ALLAH yang memberi rezeki 
dan membuka ruang rezeki untuk hambaMu ini...
Dua hari lepas 26/5/2014 dapat surat dari company..surat pertama dan kedua....
surat pertama mengenai kenaikkan gaji tahunan dan surat kedua mengenai kenaikkan pangkat...
ye aku naik satu tingkat dari position aku sekarang...alhamdullilah...
tapi kenapa serba salah ?
Aku ditemukan dengan ruang rezeki yang telah mula menampakkan hasil...
terima kasih kepada pengantara itu....
walaupun mulanya aku berat hati tapi dengan sokongan encik suami
aku melangkah la jugak...
buat masa sekarang aku hanya buat secara part time...
aku letakkan target selama setahun..jika hasilnya memberansangkan aku nekad untuk buat secara
full time...dan alhamdullilah..
walaupun aku buat secara part time dan baru sebulan lebih aku dah mula merasa nikmatnya..
hasilnya boleh membuat aku "bernyawa" dengan lebih lega....
serba salah ??? ye aku serba salah bila encik bos naikkan pangkat aku...
sebab ?? jika tiada aral melintang diulangi jika TIADA ARAL MELINTANG dan projek aku ni succes aku nak buat secara full time la encik bos...dengan kata lain saya plak nak bagi incik bos surat..
takde kudrat aku nak buat 2 keje la incik boss...
huhuhu...mintak maaf ye...moga Allah permudahkan segala urusan...

Tuesday, 27 May 2014

Jalan² jom heboh

mengisi keboringan hari ahad...kebetulan ada jom heboh kat putrajaya..
walaupun dah sedia maklum perisian program tu memang samaaaaaa je tapi tetap
pergi jugak mentabah redah panas terik mentari tu....
sampai sana mencari parking ke puncak nunnnnn di sana...menapak plak ke tapak jom heboh tu..
sebenarnya aku ada tujuan nak kesana kalau tak sori ler....tapi
dari mula² sampai dah surrender memusing tempat tu tak jugak
jumpa booth yang dicari..menengok dalm pesbuk kang main duk promote
boothnya diserbu orang ramai...
ok fine...xde rezeki aku nk mencuba produk tu..
dah penat berehat la kat booth banana..
masa tu si ben ngasri duk atas pentas memanggil² 5 pasangan ibu anak untuk naik atas pentas
si anak ara aku tu duk tarik² tangan aku maka jadi la aku salah seorg peserta ibu dan anak yg 
kekonon sweet bak kata si bell ngasri...
pertandingannya MAKAN....ini ditanggung beres...satu pack potato jacker..anak kena suap ibu makan..
sape habis makan dulu dikira menang...
juaranya tentu la KAMI...MAMA + AYUNI..yeayyyyy
si ayuni kalau boleh dengan plastik² tu nak bagi aku telan...ngggrrrrrrrr.....
ok dah menang si Bell ngasri hampeh kau ye  tu cakap la
"ok ..kita bagi tepukkan kat akak ni sebab berjaya menghabiskan makanan ringan ini 
lalu menjadi berat " sambil tu tangan tuju kat badan aku...cessss..nak kata aku gemuk r tu...
lantak ler...tapi satu kenangan yang tercipta sempena hari ibu...
antara kenangan jom heboh
lepas ni tobat tak pegi dah.. :)

Monday, 26 May 2014

24 may - besday ayuni


pagi 24 may :

ayuni : abah..ari ni besday ayuni
abah : habis tu nape :
ayuni : takde apa2 ke :
abah : tanya mama
aku : ' senyap dan terus berlalu'

tengahari 24 may :

aku : g siap² semua
sufi : nak g mana mama
aku : nak g makan kenduri

disebalik pintu ayuni berbisik ngan aiman " takde nak pegi beli hadiah ayuni ke ? "

ayuni sayang...mama ngan abah tak penah lupe untuk belikan sesuatu pada harijadi anak² ye...
selagi ada rezeki kami maknanya adalah rezeki kamu tu..reti... ♥
dipendekkan cerita dia dah lama dah merisik² nak kan MP3...
lepas kenduri tghari tu kami pun menerjah la ke mines...
berpusing² mencari sbb benda ni tak best dah sekarang ni tp dia nak jugak sebab menengok member dia pakai..muka dah masam dah bila aku cakap beli benda lain...
 akhirnya dapat la jugak benda alah ni....sessi ke dua makan²
nampak kenny rogers..macam besssstttt je...ok kita layann..
muka dah hepi bila dapat yang dicita...

selamat hari jadi yang ke-9 anak mama..semoga jadi anak yang sentiasa menyenangkan mama dan abah dunia dan akhirat..dan semoga Allah sentiasa melindungi kamu...

makin besar makin demand hadiah...mama ngan abah tepuk dahi lorrrrr

Wednesday, 21 May 2014

Kompang Formasi si anak bujang | Goodbye MD


Sunyi sesunyi sunyinya blog aku ni..tetiba rindu plak nak menulis....dalam kepala ni macam² mende nak ditulis tapi semua duk berlegar²  je..

back to the topik lor...ada apa dengan kompang ??..aiii ntah mcamana si anak bujang aku ni teraktif plak tahun ni nak berkompang...cikgu pilih katanya...
bila ditanya macamana cikgu boleh pilih awak dia cakap sebb result math dia bagus..apa² je la...
jangan leka duk berkompang aje belajar ntah kemana..nak upsr tahun ni...
lepas peringkat sekolah jadi juara seterusnya ke peringkat daerah...
masa bertanding peringkat sekolah aku takde la pegi tgk..
bila lawan peringkat daerah ni boleh la pergi tengok..alhamdullilah jadi juara lagi...
bulan august ni akan bertanding peringkat negeri pulak..tapi awal² aku nak inform dia cannot cannot cannot...upsr bulan september ye...suh je cikgu train orang lain..tp memang suke jugak tgk dia
aktif begitu...serius cantik pergerakan dan tempo kompang nya...


menunggu giliran

enterprem..lawan lesung pipit ♥



ketika persembahan dan ketika diumumkan jadi JUARA !! yeayyyy

the end...no kompang² dah pasni yea....


oh my lovely lovely MD...dah balik japan dah..perkhidmatan dia kat malaysia ni dah habis...seorg MD yang murah senyuman dan baik...penggantinya sekarang macam kureng sikit.. Good bye my MD Mr Nagayama-san...hope can see you again....
peace yo..temuknya jari gua..huhuhu
the end....

notakakiku : makin lama makin busan....moga² projekku dapat hasil cecepat..amin

Friday, 14 February 2014

Bersalin : kerajaan vs swasta

yes akhirnya entry pertama pada tahun 2014..dah nak masuk hujung februari dah weiii...
berbalik pada tajuk..semalam terbaca berita kisah sedih ibu muda yang kehilangan anak kembar ketika proses melahirkan...dan paling sedih ialah akibat KECUAIAN...diulangi KECUAIAN kakitangan hospital KERAJAAN..link disini
dah banyak kali baca kejadian macam ni..semenjak aku belum kawen sampai la beranak pinak ni..
why keep repeating ???
dan kebanyakkan kisah berlaku dihospital kerajaan....macam takde improvement pun...mmg selalu sangat dengar kisah jururawat² yg kureng ajaq...
bila mendengar pengalaman kawan² yg bersalin kat hospital kerajaan buat aku takut..siyes takut..kerana hanya kecuaian mereka satu atau dua NYAWA akan terkorban...bukan boleh beli kat kedai weiiii...tapi mereka pandang bersalin ni macam perkara remeh/biasa...
dan alhamdullilah aku tiada pengalaman macam tu sbb aku bersalin di hospital swasta..mmg semua bil
syarikat husband aku yang tanggung dan aku tak perlu bayar sesen pun...
tapi mmg sebelum kawen lagi aku dah niat akan hanya memilih swasta walaupun kena keluarkan duit sendiri...sebab ada nyawa yang perlu diselamatkan..duit boleh dicari...
teringat kata² seorang teman aku " alah nape nak buang duit nak bersalin kat swasta rasa sakitnya sama je pun "
memang rasa sakit bersalin tu sama saje samaada di kerajaan atau swasta tapi 
keselesan dan kecekapan itu berbeza..

seumpama kita pakai telefon..nape nak guna telefon mahal²..walhal fungsi telefon tu sama je..
cakap hello kat sini kat sana pun tetap dengar hello..tapi apa yang kita nak dengan telefon mahal tu..sbb nak whatapp la nak we chat la nak ada internet la...

 lepas bersalin anak pertama aku dapatkan rawatan susulan di hospital kerajaan..
terasa nak menjerit & maki semua yang ada kat situ...lembap nak ma***
dan itu pertama dan terakhir aku dapatkan khidmat hospital kerajaan...dan aku bersyukur kerana tidak perlu ke sana lagi...
bukan nak berlagak aka riak atau seumpamanya tapi 
alhamdullilah dengan kelebihan dan rezeki yang diberi

apa²pun ajal maut ditangan tuhan..kita hanya mampu merancang dan DIA yang menentukan...


note: 18 feb..urusan keluarga dah jadi urusan makan angin..huhuhu

Friday, 20 December 2013

Pening arrrr...pening arrrr


memula meh tgk gamba budak tecik ni dulu
peace la kononnya tu...
pening tu disebabkan dak comel ni la....nak nenen nak nenen...huhuhu...lagi 2 bln 2 tahun..nak lepaskan susu nenen dia..mcm² dah buat tp tak jalan...
my mil cakap suh letak daun hempedu bumi..errkkkk...
nama pun tak penah dengar rupanya pulak macam mana...tak bagi kesian tgk dia nangis merintih syahdu nak nenen....dah la sekali bagi kena bukak dua² tetttttttt....
dah jadi tebiat sebelah tangan tak bleh duk diam...tapi pengalaman sepanjang menyusubadankan phewww dia merupakan memori terrrrrindah..hanya dia yang menyusu badan sepenuhnya dan paling lama...yg lagi 3 tu paling lama pun 5 bulan jew...tahniah utk diri aku
pening pening dah ni...tunggu balik kampung la baru carik daun hempedu bumi tu..
ni video dia merintih nak nenen tapi aku bolayan..

sori ye sayang mama..awak dah besar...gigi dah penuh..ngan gigi taring bagai...
tp mama saaaaaayang adik tau..


note : akhirnya harinya telah tiba...

Template by:

Free Blog Templates