Thursday 14 November 2013

Swasta vs Kerajaan vs separa kerajaan

lama tak mencoret to my little diari ni..bizi keje makin membanyak...
ape benda yg swasta dan ape benda yang kerajaan dan amende plak separa kerajaan...
3 kategori bagi golongan yang bekerja...
swasta : syarikat persendirian samaada berhad / berhad
kerajaan : gomen la..si pemerintah negara/negari malaysia
separa kerajaan : separuh swasta dan separuh kerajaan atau GLC
ok straight to the point...penah tak dengar ayat² kat bawah ni :
1) wahhh kerajaan umum penyelarasan gaji ....untung la
2) wah wahhh kakitangan kerajaan naik gaji lagi..banyak plak tu...
3) untung la sape keje GLC..dapat bonus banyak
4) orang keje kerajaan kenaikkan tahunan beratus²...keje baru 2 3 tahun tp basic kalah kita yg keje dah belas² tahun ni...
perasan tak ayat² ditujukan pada yg keje kerajan dan GLC saje...dan setiap ayat  tu ada sambungan kat belakang tu : " diorang naik gaji/bonus banyak tu duit sape duit dari mana..duit kita tau yang duk bayar cukai ni...kita yang keje swasta ni jugak melopong tgk je..tp diorg yang dapat lebih² "
perasan tak...sambungan ayat tu biasanya dibuat oleh yg bekerja swasta....lebih² lagi sekarang ni harga barang/perkhidmatan semua naik...
motif aku citer  ni  sbb aku keje swasta dan cik somi keje ngan GLC...dan tak dinafikan kenaikkan tahunan dan bonus mmg berganda dari  yang keje swasta atau pun kerajaan...so bila terdengar ayat² camni..faham² sendiri la...
kakitangan kerajaan/GLC naik gaji atau bonus point tinggi bukannya mereka yang menentukan..toksah la duk nak membebel² pasal kita yang membayar tp mereka yg dapat hasil bagai sbb..
staf gomen/GLC ini hanya la badan pelaksana yang menerima arahan dari tangan² yg diatas sana nun...diulangi PELAKSANA
 kena bayar cukai mahal ka bayar barang/perkhidmatan mahal ka takde kena mengena dengan pekerja² gomen/GLC ini...
 mereka pun rakyat malaysia yang jugak membayar sama apa yang ditetapkan oleh "tangan² itew"...
berbalik pada perkara asas...rezeki masing² ok..
dan oppssss aku penah last year terlepas cakap psl cik somi dapat bonus blablabla (sekali dgr mcm riak wpun tiada niat sebegitu) terus jadi bahan kutukan sampai sekarng..tahun ni diam ok :)
sekian

p/s  : nak g holiday tp dimana ???

Template by:

Free Blog Templates