Monday 22 December 2014

eh...mahal ke..??


aishhh mana ada mahal..murah je...sbb tu kerajaan kita letak
6% je gst..sbb dia tahu rakyat malaysia ni kaya²...
pernah ke korang dengar ada rakyat malaysia ni takde rumah
pernah ke korang jumpa peminta sedekah kat malaysia ni
takde kan...tu sbb la kerajaan tak kisah nak naik kan
semua harga barang...dari barang keperluan sehingga la
barangan dalam kategori mewah...barang naik servis dan pekhidmatan pun naik
dan naik lagi dan naik lagi...maklum la rakyat malaysia ni kan kaya raya...
*dua tangan kat bahu mata pandang atas*

ini ada informasi dari org keje bank (cut & paste)
"2015 will be tough..ada yg kata...it may be worst that 1998 crisis..
kepada sahabat semua..kena bersedia..
buat yang merancang nak tukar kerja..kena buat penilaian semula
yg bercadang nak membuat pinjaman berhati²..
yg dah ada pinjaman..get ready"

banyak informasi yg boleh kita dapat melalui media sosial
selidik btl² samaada ianya fakta atau auta..
dengar dari dua² pihak kerajaan dan pembangkang
fikir dan nilai sendiri kebenaran....
beban poket masing² rasa....

gelombang kegawatan menjelang gst 2015 makin hampir..
kurangkan belanja dan banyakkan menyimpan
elakkan dari membuat hutang baru mahupun pinjaman...
atas nasihat dan pembacaan.. aku tangguhkan dulu niat
untuk tukar kereta...tukar kereta bermaksud aku menambah 
hutang baru...buat masa sekarang cuma kekalkan hutang
apa yang ada....sekarang ni aku rasa macam nak buat
satu bilik khas nak letak barang² untuk kegunaan akan datang..
nak beli siap² sebelum gst dilaksanakan pada april 2015...
contohnya...lagi 4 tahun izara nak masuk darjah 1..so aku rasa
macam nak beli  baju sekolah  beg alat tulis kasut seklh
utk aiman plak nk prepare uniform dia sampai dia tingkatan 5..
begitu jugak untuk ayuni dan sufi.....
beli dan simpan elok² 
dah save kat situ..ok tak idea aku...muahahaha


dan sebelum aku merasa beban gst next year 
aku membuat keputusan untuk langgar janji yg aku
buat dengan anak²...mmg result anak² tahun ni tidak
memberangsangkan..oleh sebab itu aku hukum diorg 
'no holiday this year'...tapi bila memikirkan mungkin tahun depan
kami tiada kemampuan lagi untuk membawa mereka bercuti
maka tahun ini kami akan bawa mereka bercuti jugak walaupun dah 
dekat nak buke sekolah pun...

semua rakyat malaysia takkan boleh lari dari gst ni
kau tinggal la kawasan bandar ke kampung ke hujung 
kat hujung peta malaysia ke...jangan harap boleh lepas...
ko org kuat gomen ke org kuat pembangkang ke 
tolak tendang terajang memang akan terpalit jugak..

yang kaya akan bertambah kaya dan yang
miskin akan bertambah miskin...itu fakta..

to all my friend it's going to be a tough year ahead..
semoga Allah mencukupkan rezeki kita semua dengan 
penuh barokah
amin..


notahati : tak jadi nk benti keje..harus sama² cik somi demi kelangsungan hidup..
janji Allah itu pasti..bila aku mula merasa betapa hebatnya janji Allah itu..buat aku menangis..

Monday 15 December 2014

MEREKA....

mereka tempat aku bergaduh
mereka tempat aku mengata
mereka tempat aku megumpat

mereka tempat aku bercerita
mereka tempat aku mengadu
mereka tempat aku bermanja
mereka tempat aku menangis
mereka tempat aku bergelak tawa

dengan mereka pernah aku merajuk
dengan mereka pernah aku terasa
dan kerana mereka kadangkala aku menangis..

dengan mereka aku mengumpat si polan
dan dengan si polan aku mengumpat mereka
dengan si polan aku penyampai berita mereka
dan dengan mereka aku penyampai berita si polan

buruknya mereka begitu la buruknya aku
baiknya mereka mungkin tiada baiknya aku
kekurangan mereka begitu juga kekurangan aku
kelebihan mereka mungkin tiada lebihnya aku

dengan mereka aku meminta pertolongan
dan dengan mereka aku menghulur pertolongan

apa yang ada pada mereka 
ada pada aku
tapi mungkin kurangnya aku
tiada pada mereka 

walauapapun sifat dan sikap mereka
itu la manusia yang tidak sempurna
mereka yang bernama sahabat
mereka yang menghiasi hidup aku
mereka koleksi terbaru aku
bermula 2011 hingga kini..

moga mereka tiada expired date
moga mereka kekal dalam
silaturahimku....
I REALLY APRECIATE ALL OF YOU
♥♥♥♥
amin...syukran jazilan..
mereka
mereka
mereka 

Wednesday 10 December 2014

kisah anak² hujung tahun..last part : sufi


Che Nubhan Sufi....permata yang begitu sukar untuk aku perolehi pejam celik dah 5 tahun umur dia....
budak manja dan lembut airmuka dia...
sikap dia mula aku dapat baca semasa umurnya 4 tahun
seusia dia mula kenal alam persekolahan...
aku sedikit terkejut bila tengok dia dalam acara sukan akhir 
tahun...begitu juga keputusan peperiksaan..
cuma untuk akademik aku tak boleh lagi nak menilai 
tahap kebolehan dia sbb macam ragu²..betul ke dia yang
jawab semua soalan dalam paper exam tu...atau cikgu tadika tu yang tolong jawab kan..hmmmm
dari segi sukan...yes..aku boleh jamin memang usaha dia sebab aku tengok depan mata..hehehe
dan satu perangai baru dia yang aku dapat kesan
ialah pantang dicabar atau tak boleh nak provoke dia lebih²..
masa mula belajar 1 2 3 aku sakit hati bila dia asyik tak dapat...
aku cabar dia..aku cakap "mama nak sufi pandai mengira kalau
tak jangan harap mama nak bawak pegi jalan²...jangan mintak apa²
dengan mama "
dan sekarang cuba suruh dia megira 1 ~ 100 memang lancar
dan yang best dari 100 ~  0 secara terbalik pun lancar...
pastu nak harmster la nak mandi kolam la..nak kasut la
nak itu la nak ini la..dan kalau aku tak kasi dia ungkit balik apa yang aku
cakap tuuuuuu..demam mama ni dibueknyo....
dan bebapa surah pendek pun dia dah lancar...
sekarang duk ngikut si aiman g surau tiap kali maghrib..
bila aiman g baca yasiin kat kenduri tahlil pun dia ikut.....

ni result exam baru ni...full mark pun ada tau...tu sbb macam meragukan..
tapi kalau cikgu yang tolong yang lain 20 org tu takkan cikgu tak tolong..
tapi boleh bagi kredit jugak atas usaha dia..:)..
sport pulak aku saje je cakap..sufi mesti jadi juara tau...
lari laju²...baru la anak mama kan....
then masa acara berlangsung..tu dia...acara perseorangan
semua dia sapu johan..berkumpulan je second...
masa acara berkumpulan tu team dia dah ketinggalan tempat ke 4 disebabkan
seorg girl ni yang slow motion je..dia yang turn last..dia pecut memotong
semua orang yes sufi yes..dapt la tempat kedua...hohoho yeahh..this is my son...


secara kesimpulannya..kalau dilihat prestasi dia sekarang
dia adalah gabungan aiman + ayuni....
akademik lebih kepada aiman dan sport lebih kepada ayuni....

my last doter izara..masih belum dapat kubaca....

Tuesday 9 December 2014

kisah anak² hujung tahun part 2 : ayuni


sambung dari part 1...kali ni pasal my second doter ayuni..
kalau ditengok wajahnya sebijik potostat muka aku...
anak perempuan sulung dan paling buat aku pening dengan
perangainya yang ala² lasak..yes dia memang lasak dan aktif..
jugak macam aku ler..hehehe...
kat sekolah dia agak aktif dalam sukan....tapi dari segi
akademik dia agak kurang..yang ni bukan macam
aku ye...hehehe..
paling teruk pencapaian dia ialah pada tahun ni...
menangis aku tengok result dia...

yang belah kiri result dia akhir tahun 2014...saje je aku kecikkan
gambo tu...yang sebelah kanan tu pencapaian terbaik dia masa
darjah 1...huhuhu..diulangi darjah 1...dan aku nekad next year
aku nak transform result dia jadi macam tu balik..insyAllah
moga dipermudahkan...

pencapaian dia dari segi sukan alhamdullilah boleh dibanggakan...


lompat jauh...lumba lari...every year mesti tempat pertama kedua atau ketiga..
pingat tu baru sikit aku ambik..banyak lagi dalam almari....
dan sekarang dia sedang training untuk badminton..wakil sekolah next year
coach dia personally call aku mintak aku izinkan
lepas aku bantah..aku nak dia tumpukan 100%
kat study...bak kata coach dia ayuni ada potensi besar
dalam bidang sukan...mula la ada sikit kembang hidung aku
tapi aku cakap jugak x boleh...then coachnya explain lagi
kalau dia cemerlang dalam sukan dan study
dia akan ada byk kelebihan untuk ke boarding school
berbanding dengan murid yg cemerlang dari segi akademik saje...
dan ayuni sendiri dah janji dia akan cuba...
ye ayuni..mama nak awak buktikan apa yang awak janjikan...
tapi aku masih perlu pantau perkembangan dia selalu...
semoga anak² mama semua cemerlang
harapan biasa bagi semua ibu bapa...
insyAllah berjaya..amin

Monday 8 December 2014

Shopping RM1212 di Lazada Malaysia [Contest]


Bismillahirahmanirahim...
pandang kiri pandang kanan kot² incik bos nampak..
mata dan ♥ ♥ bila nampak iklan lazada ni...


amende sebenarnya lazada ni..? ni website nak beli barang² online tu....nak shopping apa sebut je
konpem ada kat sini.....cer baca apa yang lazada nak wat kali ni...

 Lazada Malaysia akan mengadakan Online Revolution Lazada pada 12 December 2014 iaitu 12 hari sebelum perayaan Krismas. Lazada akan menawarkan promosi menarik serta tawaran eksklusif untuk pelbagai kategori selama 24 jam. Dapatkan apa yang anda inginkan musim cuti ini, dari telefon bimbit, tablet dan peralatan elektronik hinggalah ke fesyen, barangan rumah, alat permainan dan peralatan sukan.

memang selalu bukak web lazada ni tapi honestly tak penah beli..setakat jamu
mata je...bila nampak contest ni why not kita try kan...

apa yang aku duk selalu usha sepanjang tahun ni kat lazada...
salah satunya benda alah ni

aku panggil vakum malas hehehe..tapi nama bestnya ialah I-ROVA ROBOTIC VACUUM CLEANER (RM 479)
aku penah wat entry pasal cik robot ni dulu...masa tu sbb angan² nak beli
bila dapat bonus hujung tahun..
cuma sblm  ni tunjuk gambar lain sebb bajetkan..
tapi sebab nk jointcontest ni aku pilih le yang mahal sket..
lagi banyak function kan...
dan aku memang nak sangat benda ni sbbnya
ulang balik apa yang dah tulis dalam entry lama
vakum ni menyenangkan keje rumah terutma bagi isteri² yg berkerja..
hujung minggu byk keje nak kena settlekan..so sangat menjimatkan masa dan
boleh bagi kita lebih ruang untuk anak² dan diri sendiri lebih² lagi
untuk yang ada keluarga besar macam aku ni ha....

barang kedua yang aku nak ialah dapur masak ni ha...

dapur nak masak...TRIO BUILT-IN HOB (3 BURNERS) (RM579)
gila tamak nak yang ada 3 burner khennn..hehehe...
anak ramai camni la..4 org je kot
tapi kira family besau la kan...campur aku dan cik somi dah 6 org.....
ada 3 burner cepatsket siap masak..
satu goreng ikan..satu goreng sayur satu lagi wat tomya..hehehe..
tapi sebab utama aku nak dapur masak ni sebabnya yang sekarang ni dah pecah..
huhuhu...sedeh...cuma pecah tu belum sampai tahap kritikal...dah lama pecah sejak dalam pantang
anak no 3 sekrang ni umur anak next year 6 tahun..nak ganti tapi tunggu dulu tunggu dulu..
tunggu dan tunggu dah nk masuk 6 tahun muahahaha....

nak total jap... RM 479 + RM 579 = 1058...ada balance lagi RM 154...
dalam wishlist memang nak 2 menda ni je..tapi alang² dapar RM1212 harus la
guna sehabis mungkin...perempuan kan..bagi RM sejuta pun settle...miahahaha...
ok ok...lagi satu aku nak beli ni untuk anak bujang aku yang 
dah nak jadi remaja tak lama lagi ni..

beg askar  ni...MEN OUTDOR MILITARY ARMY MOLLE ASSAULT TACTICAL BACKPACK LARGE RUCKSACK BAG  (RM150)
perghhhh....panjang giler nama..hehehe...kenapa aku nak beli ni..sebabnya aku dah tulis kat atas..
untuk anak bujang yang nak jadi remaja tak lama lagi....aku ni 2 bulan 
sekali mesti balik kampung..melawat parent..nuuuuu jauh di terengganu...dulu nak pack
baju satu beg semua sumbat sekali untuk 6 orang..sekarang ni byk songeh..almaklum la orang
dah nak berjiwa remaja gitu..tak nak campur sekali dah...dia nak pack asing²..
tapi aku ni ada kuasa veto kan...jangan harap ye..tapi dalam hati aku ni faham sebenarnya sebb
dia nak kan lebih privacy la kan dari adik²nya..maklum la jiwa remaja gitu..
hah anakku aiman kau hambik beg ni sebijik ko sumbat la apa ko nak sumbat dalam tu..
ucap terima kasih kat lazada tau...dah berangan menang la ni hikhikhik.

lagi RM4 je balance...hehehe...orait la kan...masih memenuhi syarat...
bestkan kalau betul² dapat ni secara FOC...kalau tak dapat bukan rezeki le tu.
tapi tak salah kalau mencuba..jom la pakat² cuba...tak rugi pun..meh klik sini
gud luck :)

Friday 28 November 2014

Maggie ketam - slero D timur


semalam mencari² tempat untuk meraikan si bujang..event tak dapt 5A tapi
aku sebagai parents rasa wajar untuk berikan dia sedikit penghargaan..
teringat entry cik ben ashaari yg selalu up entry pasal tempat makan² best..
salah satu tempat yg selalu aku baca slero D timur kat ayer@8..
so semalam dengan bantuan encik waze kami berjaya sampai dengan jayanya...
menu utama tentu la maggie ketam..
nak rasa sendiri ke-best-annya yang orang duk canang²...
anak² semua teringin nak order air buah..
sorang watermelon sorang orange jus dan aku carrot susu..
datang pelayan bawak tukul dengan penyepit..
sib baik aku dah tahu kegunaan benda alah tu..
tu pun baca kat blog cik yana ni..
dalam 15 minit makanan kami sampai...
tengok maggi ketam tu..hmmm nyum nyum..
mabeles r...sedap gilos....kepedasan + rasa + ketam nipah yang besau
banyak isi tau...rasa nak repeat lagi nanti..
tapi tunggu gaji le..rm38 semangkuk..huhuhu
tapi rasa amat amat berbaloi...

spagheti pilihan aiman dan maggi ketam ..
mula² ingat tak mampu nak habiskan maggi ketam tu
tapi tak cukup plak...sudahnya cik somi usik² plak...
sib baik ada order side menu kentang + sosej..
sosej yang besar dan panjang....lupa nk snap gambo
kedai ni kat ayer@8 putrajaya tu..guna waze
confirm sampai...kedainya kat bawah...nampak teh tarik place 
turun tangga kat sebelah tu...best lepak² sambil dengan ceramah 
dari masjid besi tu...
makan kat luar best..original aircond
si zara yang suka bergambar
si kecik zara ni pun layan maggie ketam yang
boleh tahan pedasnya tu...berselang seli sambil minum air
next boleh singgah cuba menu lain plak..
meh ore patta timor kita pakat g
slero D timur...



notahati : alhamdullilah dengan rezeki yang berganda²...syukur ya Allah

Thursday 27 November 2014

kisah anak² hujung tahun ...part 1: aiman


hujung tahun bersamaan cuti sekolah bersamaan ada exam seblm cuti sekolah...
tahun ni anak sulung aku ambik upsr 13 thn dah aku kawen rupanya
result dapat pada 26 nov 2014 
3 org anak aku dah bersekolah...tinggal si bongsu je...
bayangkan kalau aku tak keje duk rumah  pastu bila si kecik aku ni dah
start masuk sekolah..sengsorg aku kat umah...kan ada yg beranak lagi ni..
ok dah lari topik ngeeeeee...
result upsr aiman dapt  3A dan 2B..A bagi subjek penulisan dan pemahaman..
walaupun ada sikit frust sbb dia yakin dia boleh dapat 4A..dan dia 
paling frust bila sains dia dapat B..sedangkan dia tak pernah jatuh dari gred A...
mungkin bukan rezeki dia...insyAllah usaha lagi dan perbaiki untuk exam yang lagi besar..
aku tengah pertimbangkan untuk buat permohonan untuk semakan semula..
yang paling aku lega bila subjek BI dia dapat B..
thank you sayang...proud of you.. 
untuk kelas agama KAFA dia dapat 7A 1B dalam UPKK
 (ujian penilaian kelas kafa)
bila aku renung dan fikir² dia lebih ke arah subjek agama...
dari cara dia setiap hari pun seolah² jiwa dia cenderung kepada agama..
sblm waktu maghrib dia akan bersiap ke surau blkg rumah...
solat berjemaah..kemudian balik rumah mengaji dan ajar sufi ngn izara mengaji.
.kalau berkesempatan dia akan ke surau balik untuk solat isyak...
kalau hari khamis mlm jumaat dia akan duduk kat surau tu sampai waktu isyak...
khatam quran aku dah tak ingat berapa kali
yang pasti dah berkali²....dan dia lebih mengenali jiran² sekeliling berbanding aku malu seh
mungkin naluri dia sebagai abang long banyak
keje² rumah yang dia bantu.....memang ringan beban aku..
walaupun lelaki dia tak penah bantah arahan aku dan senang
mengikut kata...dah nama pun belum akil baligh..
perangai budak² mesti la tak habis lagi...
dia berjiwa sensitif dan mudah mengalirkan airmata..
 sampai sekrang tabiat dia suka menggetel rambut tu tak hilang..
dari baby dia suka hisap jari sambil gentel rambut...

sedikit memori kejayaan dia...
dari segi sukan dan permainan dia kurenngggg menyerlah...
hanya satu kejuaraan yang dia pernah rangkul..
pertandingan kompang formasi...alhamdullilah ke peringkat negeri...


kiri : gambar di awal persekolahan..darjah 1...
kanan : stlh 6 tahun berlalu..tamat graduasi darjah 6
tamat sudah perjalanan di sekolah rendah...selepas ini alam remaja menanti...
semoga kejayaan milik dia
amin..


Friday 21 November 2014

anak dan pengasuh

Dari anak pertama sampai la yang bongsu masalah
nak cari pengasuh anak memang tenggelam timbul...masalah
biasa yg dihadapi ibu² yg berkerja...
sampai aku sendiri pun dah lupa sape yang penah 
jaga anak² aku sbb silih  berganti....
alhamdullilah tiada kejadian yang serius pernah berlaku...
cuma ada 2 3 peristiwa yang aku ingat
salah satunya masa taska ayuni  kantoi ngan aku
 ayuni tido kat luar antara grill & pintu masuk...siyes
menangis aku tgk anak aku tido macam org merempat tu...
bila aku komplen tp cam biasa pengasuh tu nak salahkan anak aku
then aku tukarkan terus ayuni ke tempat lain..
yang kedua bila sufi lahir..masa tu aku baru pindah ke rumah aku sekrg ni...
mcm biasa cari pengasuh & jumpa kat kawasan perumahan seblh..
jaga tak sampai sebulan aku tukar pengasuh bila
jari sufi tersepit dan bengkak dan menanah...baby ye baru 3 bln...
alhamdullilah jumpa pengasuh btl² blkg rumah....bila aiman masuk darjah 1
aku hantar ke tempat yang sama sbb pengasuh sekrg ni ada ambik
untuk transit...masa tu tak ramai bdk bawah jagaaan dia...
dan aku masih hantar ke tempat yang sama sehingga la
sekarang anak keempat izara yang dah berusia 2 tahun....
so kira aku ni pelanggan lama vs jiran la...
semalam balik dari keje cam biasa ambik izara dan sufi..
tetiba pengasuh bagitahu tahun depan dia dah tak boleh jaga
izara...alasannya sebab dia akan apply lesen dengan JKM..
so statusnya sekrg bertukar la ke pusat jagaan
dulu takde lesen
bila pusat jagaan syarat mesti jaga bdk 4 tahun ke atas..katanya...
sebelum tu aku ada inform dia yg tahun depan aku akan
hantar sufi ke komples pendidikan islam secara full day...
and seblm ni aku banyak kali jugak beritahu dia
beberapa issue bila aku tak puas hati dengan satu² perkara...
aku cuba untuk berfikiran positif bahawa dia memang 
terpaksa walaupun sebenarnya dia nak jaga anak aku
tapi fikiran negatif tu mesti ada...
pagi tadi aku cuba google tentang syarat² perlesenan
seperti yang dia bagitahu....
cuba klik link kat atas...sebenarnya dia boleh ambik kanak²
bawah 4 tahun tapi tak boleh melebihi jumlah yang dibenarkan...
so camana aku nak positif thinking....mungkin anak² aku tak
termasuk dalam kesukaan dia untuk dijaga...
mungkin sebab aku bayar dia murah...tapi itu dia yang tetapkan bukan aku..
atau mungkin aku ni dia tak suka sbb terlalu byk komplen...well itu hak
aku sebagai ibu bapa...bayar ye bukan free....aku dah anggap dia
macam family dah memandangkan aku ni takde sedara mara
kat sini...lagipun duduk setaman..ok la takpe..bisnes dah maju...bila
tengok pelanggan² dia semua pakai kete beso² made in luar negeri...
semalam kebetulan cik somi ada kat rumah...kami terus
ke rumah yang selalu sufi tunjukkan kawan dia ada kat situ
alhamdullilah dia sanggup jaga izara..dan dia mmg tak ramai jaga 
anak org pun...orgnya peramah dan muda lagi..umur 40 tahun anak 7..
tapi semua dah besar ye...yg sulung dah berusia 23 tahun...yang paling kecik
umur 9 tahun...so takde masalah bagi aku....dia pun dah lama jaga ank org...
ini kesimpulan yg aku buat bila pertama kali jumpa dia...cuma satu je aku
risau..izara dari usia 2 bulan dengan pengasuh sekarang..risau
jika dia buat perangai dan menyusahkan 'mak' barunya nanti..
semoga Allah permudahkan segalanya...

hari ini tepat 6 ptg berakhir la pkhidmatan pengasuh sekarang...
aku ucapkan terima kasih dan mintak halalkan segala 
makan minum...maafkan terlebih dan terkurang dan terkasar bahasa
semoga bisnes dia terus maju dan maju....
kosong  - kosong...ok bai







notahati : hati aku makin lama makin kosong kosong kosong....mimpi plak yang pelik²..apakah... ???

Monday 3 November 2014

UPAH + POSTAGE



sejak kenal dengan tudung AJ ni baru dengar istilah ni..
dulu masa ambik subjek marketing tak penah dengar..

" satu istilah baru yang digunakan bila seseorg tu
tolong pergi beli barang untuk seseorang yang tak boleh
pergi beli sendiri" ...

muahahaha..aku tak reti nak wat ayat..
ni tafsiran ikut pemahaman aku la..
macam lebih kepada perkhidmatan...tolong menolong gitu
tapi ada upah..dan kalau ko nak pos sila bayar kos pos
aku tolong beli dan tolong pos untuk kau...
sekarang ni aku nampak yang buat camni para²
peminat tudung AJ...sbb susah nak dapatkan stok tudung 
disebabkan CS *concept store yg jual brand AJ *  tak banyak cawangan
kat malaysia ni....
tapi baru ni aku jumpa org dah start guna konsep upah + postage
untuk barangan IKEA / DAISO...maklum la bukan semua negeri ada ikea /DAISO
dan sambutan amat amat amat menggalakkan.....
cuma untuk barangan kaca sahaja dia akan COD...
yang order bukannya org jauh..kajang ada bangi ada putrajaya ada...
mungkin diaorang susah dan ada masalah lain
yang sebabkan diorg takleh pegi sendiri tapi dalam hati teringin
sesangat nak barang tu....
kalau tudung AJ upah setiap helai dalam
rm2 ~ 3...untuk barangan ikea/daiso ni diorang ambik
upah 2 jenis barang rm5..kalau 4 barang rm10 dan seterusnya...
dan kos postage pembeli bayo ler....
bijak bijak jugak diorg ni.....barang ikea tak perlu
ko nak qc check yang macam sekarang seller AJ buat
sehari suntuk kat CS atau Mobile store...pastu kalau terlepas pandang
defect dan terpos kat customer kena *$*)$_*%$# plak...
kat ikea ko dah habis ambik barang terus bayar dan pos...
panjang betul pikiran diorang ni....


berbaloi ke wat meniaga macam ni..???...tepuk dada tanya selera..


Saturday 1 November 2014

oh ibu bapa mertua ku

kali ni nak up entry pasal ibubapa mertua ku...
mereka ini la yang aku ada sekarang..tempat aku menumpang kasih
walaupun tak sama macam ibubapa kandung sendiri...
alfatihah untuk arwah cik dan ayah aku...
walapun status ibubapa mertua ni adalah sama dengan ibubapa kandung
tapi keserasian itu pasti berbeza dengan ibubapa kita yang
membesarkan kita...walaupun *byk ye walaupun*  dah hampir 13 tahun
aku kawen tapi sebab aku ni merantau di key ell jadi tak byk
sangat masa aku bersama dengan diorg...
balik kampung baru ni sebenarnya teringin nak makan makanan
yang memang aku tak tahu buat dan payah nk jumpe yang
sedap macam mek ibumertuaku  masak...
kerisik jantung pisang dan solok lada...perghhh..telan air liur je..
segan aku nak bagi tahu...nape segan ??kan  aku dah kabo
aku ni pemalu sket..muahahaha....mmg ler dah 13 tahun kawen
tapi tetap terbatas percakapan tu....nak manja² rasa tak kena..
dalam hati ni tetap rasa was² boleh ke nak wat macam tu macam ni...
alah bukan aku sorg la aku rasa...contoh kalau masa pantang...ko rasa
selesa mak sendiri jaga atau mak mertua jaga.....
tu sebab aku rela je berpantang sorg² kat key ell lepas 
arwah cik aku takde...tapi mek tetap dihati..dia je yang aku ada
untuk aku cium tangannya dan aku peluk sebagi pengubat rindu...
satu lagi mek aku ni sporting....dan macam aku sket perangai..
skeeeeetttt je...suka berjalan.....i love you my mek...hehehe

cam terer je main boling kan...action jew lebih...ahak ahak

seeeee...mek aku ikut kami g main boling tuuuuuu...
aku suh dia baling dia kata toksey aku...hehehe....

ayah mertua aku pulak susah sikit nak ikut berjalan...
bukan susah sikit la,,susah banyak...kalau kes² kecemasan 
sahaja baru la dia ikut...sayang nak tinggal lembu kambing kebun tu....
rumah aku yang kat key ell ni pun sekali pun dia tak jejak lagi...
sedey tau... tapi ada satu benda yang aku tak penah lupa...
masa mengandung si zara...aku balik kampung..
masa tu ada buah salak banyak..
aku duk makan la sikit²..ada sehari tu aku cari nak makan dah habis..
sebak weh...rupanya ayah aku ni perasan....tiba² petang tu dia bawak
balik buah salak tu..banyakkkkkk...bila ada anak² buah aku yang
nak ambik dia siap cakap " tok soh usik la mokteh mung nok make tuh"...
touching tau ayoh...mekasih ayoh i love biu toooo

gamba ni dah cantik tapi background tak cantik plak..kalu tak boleh frame kat umah
gamba ni kat kedai makan yg baru berusia 2 tahun...biras aku yang tukang
masak....aku balik lepak kedai ni je la...sejak ada kedai ni la aku
dah kureng merasa air tangan mek.....selalu makan air tangan biras aku
tu je plok...anak² aku suke la...order macam²...sib baik balik
sekali sekala..kalau tak lingkup ayoh su tu...
semoga mereka dipanjangkan usia dimurahkan rezeki..amin






Wednesday 29 October 2014

resdung oh seduan oh sinus


kisah balik kampung lagi..cuti deepavali + awal muharam...
asal plan cuti panjang ni nak berfamily day bbq tepi pantai tapi
tak jadik sbb rentetan hujan lebat dan amaran angin
kencang hujan lebat oleh kerajaan malaysia...
so lepak kat kedai MIL je la...skrg kalau balik kampung mmg berumahtangga
kat kedai makan tu je..sbb FAMIL mmg duk situ dah jarang² balik rumah..
tgh duk layan tv nampak la story pasal org tgh buat perubatan
seduan ni..yang perasap muka guna corong tu...borak² dengan adik cakap
aku tak tahu yg aku ni ada seduan ke tak...teringin pulak nak buat mcm tu...
tetiba adik cakap dia ada benda alah tu..dan dia tahu camne nk guna..
apa lagi...jom le buat...

ramai peminat cilik kat tepi² tu
tgh kena perasap tu tiba² rasa something tersumbat kat lubang hidung...
bila tanya adik dia cakap ulat seduan keluar...bila dia sebut ulat
aku dah terbayang macam ulat sampah tu..terus menjerit dan tegak berdiri sambil
sapu² muka...bula roma pun ikut berdiri....kih kih kih..
rupa²nya bkn ler ulat yg bergerak tu...mcm habuk² kayu tu je..dan bukannya
bergerak pun..cuma berkumpul kat lubang hidung tu...
banyak jugak weiiii....bukan lubang hidung je lubang telinga pun ado...
2 keping gambar tu lps dah siap...guna dua corong..dan corong kedua 
paling banyak hasilnya..weeeeeeeeeee......
masa dalam proses tu mmg muka gatal dan dalam corong tu
terdengar macam letupan² gitu..adik aku kata tu ulat tgh terbako...
so persoalannya aku ada seduan atau resdung atau sinus ke ???
sbb tak penah pun ada tanda² muka gatal pun..
jerawat tu biasa la..muda remajakan dan keturunan kot...
lepas ni nak mencari corong ni..cik somi request
buat kat muka dia pulak...

pasar minggu aka pasar malam


cuti deepavali company bagi cuti 5 hari...first time aku balik kampung
tak payah apply cuti...dan dah berapa tahun
aku balik kampung memang takkan jumpa hari
kamis..sbb apply cuti biasa hari jumaat isnin dan selasa so hari kamis masih di kl la kan..
ada apa dengan hari kamis...kat kampung aku di dungun nun pasar malamnya hari kamis..
sebut pasar malam la sejak jadi org key ell ni...sebelum ni pasar minggu....
nape panggil pasar minggu aku pun tak tahu...
so balik kampung ari tu aku ambik la peluang ke pasar minggu tu...
banyak kenangan kat sini...dan kawasan persekitaran mmg langsung tak berubah..
walaupun jalan² utama dah 100% berubah  dengan bangunan² batu membiak²..
dengan pizza hut kfc mcdonald watson mydin dan terbaru marry brown..
dulu menda² alah ni umur 18thn baru aku jumpa kat kl ni...

aku kembali bersama generasi aku...

antara kenangan yang kekal dalam ingatan aku ni....
dari sekolah rendah hingga ke sekolah menengah setiap hari jumaat pagi
aku akan bangun dan ke tapak pasar minggu ni...
buat apa ??? mengintai² dari hujung ke hujung jalan dan berdoa
moga² adalah aku terjumpa duit barang seposen dua..sedih
mendoakan supaya org hilang duit ???...
apa la yang aku faham ketika tu.....begitu la aku dulu...
sangat susah untukmendapat duit belanja...
dan masih ingat bagaimana riangnya rasa jika terjumpa
duit walaupun seposen dua..kalau seringgit dua lagi la..
penah aku terjumpa sekeping note rm50....
habis semua kengkawan aku belanja....
ambil iktibar dari sini aku tak nak anak² aku jadi
mcm aku seolah² pengemis menyelongkar sampah² mencari duit..
tp tak bermakna aku mewahkan diorg dgn duit ringgit..masih berpada²
cuma seboleh mungkin aku akan penuhi keinginan mereka kerana
aku tahu bagaimana perasaan jika apa yang kita nak
tak mampu kita dapat...
to my 2A2S...jangan ambik kesempatan pulak ye...
banyak lagi nk story pasal balik kampung...
tapi takde masa..bizi sangat² bizi..bizi mendonload korean movie..hehehe


notahati : confession done...lega sket  moga kawan aku tu ikhlas disebalik senyum  dia
walaupun lepas tu aku dapat something yang maybe 'balasan'..

Thursday 16 October 2014

sakit hati + menyampah = zikir² {abaikan}

menyampah sakit hati simpton yang tetiba menyerang aku...walaupun dah cool 
sket tptetap nak wat gak entry ni....semalam kat umah cam biasa menggodek 
pesbuk...tetiba terpandang la satu story yg tetiba muncul kat wall aku 
walaupun date status dah lama...status salah seorg dari friendlist pesbuk aku..
.aku tak kenal dia...cuma add sebab dia ni peniaga online
...dia mengamuk pasal bil letrik dia ...ok ok..lantak kau la kan....
ni dia punya status
ko nak ngamuk nak maki silakan sila sila....pastu dia cuit tang sini


seeeeee....nape tetiba suis hati aku tetiba terjaga.....cik kak...
satu je satu je aku nak tanya..ko dah dapat bil yang kau rasa tak patut tu ada 
tak ko ambik tindakkan yang perlu.. kalau aku pun dapat bil yang tetiba luar 
biasa sila ambik tindakkan  ye..check meter check bil sama tak...
tengok data² bil tu...kalau ada salah buat la aduan..tak perlu nak maki² pun... 
dannnnnn yang buat keje baca meter tu manusia ye manusia...
ko tak pikir ke manusia tu mungkin terrrrrrsalah baca ke....
beratus² meter sehari nk kena check...takde manusia yang perfect pun....
dan mungkin dia ada masalah kete nak kena tarik ke...
igt anak² dia kat rumah ke....bini dia sakit ke...kucing dia nak beranak ke....

even kat tempat aku keje ni pun selalu ada mistake...
salah key in la....qty 100 jadi 10000 la...salah
hantar barang la...salah kira la...salah taip la....macam² la....tapi relek je pun
pastu kau up status yang nampak silap ko..

nampak tak nampak..ko sendiri yang cuai...
takkan ko baru hidup kat malaysia ni...tak paham lagi ke semua
 dokumen yang kau berurusan dengan kerejaan WAJIB simpan elok²..
.lepas tu sendiri susah la pastu kau up pasal staf tnb dapat bonus kaw²....
ko nak maki g maki orang yang bagi bonus tu 
sila salahkan tangan² yang diatas nu...takkan staf tnb yang dapat 
bonus kaw² tu nak pergi merayu
 'tolong latolong la bagi kami bonus sebulan je tak pun setengah bulan je' ...
orang bodoh je yang tolak rezeki...bukan fakta adil  ke tak adil..
bukan pasal tarif letrik naik dan naik dan naik dan naik dan rakyat yang membayar bil..
kononnya membayar untuk staf tnb dapat bonus kaw²...perghhhhh...
penat dah penat...asal letrik naik kaitkan dengan bonus byk..asal berlaku silap bil je kaitkan
dengan bonus banyak.....pejuangkan la hak memasing...takkan bil letrik ko tersalah tersilap ko up
status dalam pesbuk pastu jadi magic bil letrik ko dah back to normal...

baca ni sket


nape aku membebel panjang pasal ni...sebab aku wife kepada staf tnb yang ko
 cakap dapt bonus kaw² tu...tapi cik somi i bukan keje baca meter ye
....yang baca meter tu atau yang g repair kalau umah blackout ialah TNB DISTRIBUTION...cik somi i TNB GENERATION...tukang wat kuar letrik..... walaupun cik somi keje tnb 
bila dapt bil salah baca  ko ingat pasrah je kami g bayor...
kami g komplain ok...settle.. takde guna kable kecik ke beso ke...
ni minyak naik ni ko tak merepek plak staf 
petronas dapat bonus kaw²...
ok..dah penat...sekian...


notahati : aku 'derhaka' pada salah seorg kawan opis aku...dari hari itu aku gelisah rasa serba salah...tengah mencari kekuatan untuk buat pengakuan kat dia...

Tuesday 14 October 2014

Pepahat oh pepahat


Ahad lepas ke bagan lalang...tak plan apa pun...abang cik somi ada kursus
kat LKIM camar laut bagan lalang nu..dia mintak tolong antarkan...
mulanya aku tak nak pegi sebab sakit kepala tak sudah²..
tapi cik somi pujuk jugak suruh pegi sbb tak berasa sedap 
mata memandang bila orang datang jauh² tp kita macam
ada je alasan...lebih² abang sendiri...
so ku gagahkan jugak....pastu muntah² sebab
jalanraya macam ulau kena palu....
tak pasal² abg ipar aku syak aku bunting..huhuhu....
sampai sana pukul 810 malam...alang² dah sampai sana
mencari ikan bako le jawabnya....
aku dah google dah siap² apa yang best...
hmmmm tetiba macam nak try si pepahat tu...tak penah makan
seumur hidup...hasil google pepahat tu sedap masak bercili...
orang kata pepahat ni rasa macam lala atau kerang tu...
bila dah sampai aku tengok macam menarik....
satu telan dua telan tiga telan...masuk yang keempat tetiba
terpandang rupa pepahat tu yang panjang jari telunjuk aku ni..warna putih
kat hujung ada warna hitam dah macam mulut...terus aku terbayang
ulat sagu yang kat sabah sarawak nu.....terus potong selera aku..

sori cik pepahat...i tak leh geng dengan u
yang ni bukan baru sampai tp yang tak habis...cik somi pun kureng 
jugak dengan pepahat ni....lepas ni mmg tak makan dah...
tapi sotong celup tepung memang mabeles...sedap seh...tak dang
nak ambik gamba licin dulu...
ari tu pegi main terjah je tak tahu kedai yang 
terbest terpopular tersedap....geng opis baru bagitahu kedai
yang wajib singgah kalau kesana
lepas ni kalau ke sana lagi boleh le cuba 


notahati : dah tahu manusia tuuuuuu tak bleh simpan rahsia berwaspada la ye...no komplen²

Wednesday 8 October 2014

Tapai raya haji 2014


Belum terlewat nak ucap selamat hari raya haji 2014....tahun ni tak balik
kampung sbb cik somi kene keje...rugi plak rasa..company cuti 4 hari
tp terperap kat umah....mak mertua korban sekor lembu untuk
anak cucu dia..hmmmm sad sad sad....
2 hari sebelum raya dapat wasap dari group family..
deme² tu pakat wat tapai reramai....
balik keje cik somi cakap teringinnnnn plak nak makan tapai...
pastu ngajok nya aku buat tapai ..seumur hidup ni tak penah buat tapai tahu
tak cik somi sayang....huhuhu...tapi sbb dia dah ngajok aku on je la...
just beli pulut ngan ragi je pun...daun pisang cantas yg kat dpn
umah je...nak cari daun getah kat sini dlm mimpi ada la...
aku tanya dia daun pisang tak semua blh pakai kan..
dia cakap kalau jantung blh makan maknanya boleh le guna...
ok ok...malam tu gigih la aku mengukus pulut kul 10 mlm..
sebelum tu merendam pulut dah 2 jam...
dah siap kukus kena tunggu sejuk dulu baru boleh tabur ragi...
sudahnya kul 1130 mlm baru start membungkus...

gigih cik somi melayor daun pisang suh lembik...pastu membungkus...
sib baik wat sekilo je jadi tak la lama sangat nak membungkus tu....
dapat la sebekas penuh warna pink tu...
orang kata wat tapai ni banyak pantang larang...
aku bantai je...malas eh nak ambik tau pasal pantang larang tu..
malas dah nk google....
kena tunggu 2 hari baru boleh tengok hasilnya...
maknanya hari ahad malam le...
hari yang ditunggu² telah tiba...siyes berdebar² lain macam...
aku keluarkan dari bawah almari...hmmmm wanginya bauuuuu...
cik somi dah sengih...dia cakap dah terasa manis sampai ke tekak...

bungkus ngan kain batik..feeling² macam arwah cik buat...
selepas bukak tu cik somi pun rasmi....dan hasilnyaaaaaa

v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v


huhuhu...so tak payah r tunjuk gamba....
kelako² tgk muka cik somi masa dia rasa... tak sampai satu saat
keluar balik dari mulut...muahahaha....
firtst and lasssst...tak mo buat dah lepas ni...


notahati : sangat² lega bila kakak ipar aku cakap tak jadi nak g berchalet & berbbq tepi pantai...kureng gemo

Tuesday 30 September 2014

Uniform keje

Pening aku menengok uniform keje cik somi ni..
banyak bebenor...last week dapat lagi 9 lai...keje seminggu 
3 lai je pakai tp macam ada 5 org punya baju...
dulu uniform ni tak la menyerabutkan mata aku
sebb disimpan kat celah laluan masuk ke bilik
si bujang A aku tu...jadi tersorok tak nampak...
tapi bila dah rombak bilik baru ni..laluan tu dah hilang..
makan berlonggok² la atas kerusi malas baju ni.
uniform keje mmg aku tak campur dalam almari baju...
mencari idea kat mana nak letak uniform ni semua
nak tak nak uniform ni semua kena gantung..so kena cari rak
takmo almari..semak dah...pegi JJ dan sambar rak ni sebijik
gambar dari lazada.com...tapi sebijik cam ni la
balik rumah dan pasang letak dalam bilik sebelah 
almari baju..siyes semak mata memandang wehhhhh....
semak mata satu menyempitkan bilik satu....
kurenung² sudut bilik...kurenung² dalam rumah
cari port yang sesuai....lastly nampak almari baju..
hmmm 4 pintu...2 pintu aku punya...2 pintu cik somi punya...
kubelek² kutilik²...almari ni rupanya boleh pecah dua...dah 13thn
baru aku tahu...yg jadi penyambung cuma sekeping kayu kat atas...
yes yes idea sudah mari....almari tu aku asing jadi 2...letak almari
si zara kat tgh² dan letak rak tu kat atas...
dan baju tu tersorok dengan jayanya..
almari dah tua...dah 13 tahun usianya
yang tersusun kat blkg stok uniform cik somi + aku...
yg kat depan tu uniform yang nk ulang pakai kesokkan harinya..
tapi aku sangkut kat almari tu plak....habit....hehehe
mcm nampak kosong je aku sangkut sekali tudung
yang aku nk pakai sekali lagi sebelm dibasuh..tudung 2 kali pakai
baru i basuh..pemalas disitu....dulik aku
masalah selesai
notahati : tolong la tolonggggg jgn kata aku dah kurus..cakap aku dah gemuk  ye..
tak kecik hati pun...sebab aku dah makin malas nk exercise.
.seminggu nk wat 2 sessi pun malas....nak back to dulu..seminggu 7 - 8 sessi
tp dah hilang motivasi dah

Thursday 25 September 2014

Vakum


hari tu terpandang status update dr sorg kawn pesbuk pasal vakum ni..
meloncat² hati aku nak beli satu.....cakap kat cik somi
tp dia cakap tunggu yg kat rumah tu rosak dulu
kalau tak beli sendiri...huhuhu..
vakum yg kat umah tu mmg dah lama gile..seusia si aiman..
tu pun dapat free bukan beli pun...hati teringat²
terbayang² sampai sekarang...
ni rupa vakum tu yg jadi idaman kelbu...


memperkenalkan vakum robotic...
harap izara tak duduk atas robot ni  
pandang dari sudut positif...vakum ni menyenangkan
keje rumah...terutama isteri² yg bekerja
hujung minggu byk keje nak kena settlekan..so
menjimatkan masa dan boleh bagi kita lebih
ruang utk anak² dan diri sendiri
lebih² utk yg ada keluarga besar
mcm i ni....

pandang dari sudut negetif no no no no..
ni vakum org MALAS....

dah set dalam kepala bonus hujung tahun ni nak
sambar satu.....td duk menjamu mata kat lazada
terkenan pulak set pisau ni

kenan ngan stand pisau tu

aishhhh....semua kat lazada tu mcm cantik la
macam berkenan semua la..cuma
duit je yang xdo...

Template by:

Free Blog Templates