Tuesday 29 January 2013

aku dapat jawatan itu tapi...??


Dressing dah cantik berblazer bagai dan sedang menunggu giliran untuk ditemuduga..duduk atas sofa empuk..pergi temuduga di salah satu kementerian kerajaan...memamg dari dulu lagi apply jawatan dalam kerajaan tp tak sangkut² lagi...sedang menunggu untuk ditemuduga terpandang kawan aku berpakaian segak berkot biru...kawan satu course dulu...tiba² dia pandang aku dah ditegurnya aku..dan bila dia tahu aku datang untuk interview terus dia cakap aku konpem dapat sbb dia yang akan interview aku rupanya.....aku mmg dah hepi sangat bila dia ckap camtu tp...

-
-
-
-
-
-

aku MIMPI rupanya...

muahahaha....terjaga dari tido termenung kejap..alangkah bestnya kalau betul² aku dapat jawatan tu..tak kisah la jawatan apa asalkan dengan kerajaan..dapat berkhidmat untuk masyarakat oooo....



Monday 28 January 2013

Sedap dan lazat...sesekali boleh la..


hari ini isnin 28/1/2013 mula kerja selepas 4 hari bercuti...mood mmg malas lebih² lagi bila pepagi je dah timbul masalah dari supplier...4 hari cuti tp tak kemana² duduk umah membesarkan badan..nak mengemas tak blh lagi sbb keje² renovation belum siap...apa yang sedap dan lazat tu .hehehe...hari tu sewaktu pegi soping barang dapur tiba² terasa nak makan maggi..masa kat rak tu terpandang la produk baru yg selalu tengok si chef ismail tu duk promote dlm tv....so semalam tengah² keboringan dan kelaparan tu aku pun mula la mencuba...ummm sedap dan lazat....tp makan sesekali boleh la

mamee chef..yang ni perisa tom yam..sedap kau..boleh beli lagi lepas ni..cuba tengok dlam plastik atas tu..dlam tu ada daun warna hijau..tahu tak daun apa...daun limau purut tahu tak...tu yg buat perghhhh rasa tomyamnya...jenama maggi pun takde daun limau purut ni..gambar bwah tu bila dah siap masak..aku taruk sosej dan seafood cake..tak cukup plak...aku masak ni waktu petang semasa anak² aku g main sbb kalu tak diorg mintak jugak..bukan tak nak bagi tapi diorg dilarang sama sekali untk makan ni..tunggu habis blaja dulu baru bleh makan ye...

p/s : baru dapat gaji dah habis..huhuhu

Wednesday 23 January 2013

izara oh izara


hai la my doter ni..makin lama makin lasak..semuanya cepat..meniarap cepat merangkak cepat tumbuh gigi cepat berjalan cepat dan MEMANJAT pun cepat..dan semakin terer..aku yg sakit jantung menengoknya


mengalahkan budak lelaki...kat umah pengasuh suara dia la yg paling kuat kata pengasuhnya....ada sorg budak tu dah setahun lebih tapi berjalan pun tak pandai lagi...hohoho awk memang terer la dik...kecil² cili padi...dah besau nanti camana la gamoknya....fening fening...

Tuesday 22 January 2013

Tiba² mood nak balik kampung sangat tinggi...


lagi 2 minggu nak chinese new year maknanya lagi 2 minggu aku balik kampung...dulu rasa malas je nak balik tapi hari ni tetiba mood nak balik kampung sangat tinggi...tak sabar rasanya...rasa dalam kepala ni macam² nak buat...

antara benda² yang aku nak buat kat kampung nanti :

1) nak jadi waitress kat kedai mak yang baru je bukak  bln 11 thn lepas
2) nak tengok anak buah baru
3) nak suh mak masak kerisik jantung pisang
4) nak g beli tudung kat kedai murah tu..kalau cik somi rajin nak pergi situ ler..nak mencari tudung bawal je kali ni

dan aku akan cuba cuba cuba elakkan dari mendengar mak ayah adik kakak abang bercakap pasal politik sbb pendapat diorg tak sama dengan pandangan aku..soooo untuk elakkan dari hati aku mendidih baik aku C.A.B.U.T awal²..

p/s : mood-jiwa kacau dan serabut dengan bos yg tetiba bagi keje yg ntah apa²

Makan selepas makan


Pelik tak bunyi tajuk tu..tp tu la satu²nya tabiat yang paling susah aku nk tinggalkan...selepas makan nasik tak 
kira tengahari ataupun malam aku mesti mencari sesuatu untuk dimakan lagi....tak kira la buah atau kuih atau biskut atau roti atau keropok atau pun coklat...bila tak dapat aku jadi resah...macam ada yang tak lengkap...ada tak sesape yang seangkatan dengan aku ni....aku perlu meninggalkan tabiat BURUK ini kalau tak sampai bila² pun aku tak kurus...kalau aku mcam ni pakai la produk kurus harga ribu riban pun tapi kalau tabiat ni aku tak bleh tinggalkan so xde makna la kan...tak nak makan malam ??  laaaaaaaagiiii la aku rasa aku takleh buat...muahahaha.....

P/s : aku sangat gilerkan pasta...

Monday 21 January 2013

baru tumbuh gigi dah pandai berebut tab


ayoyo budak² zaman sekarang..tp mak bapak pun kalau tak ajar xde la diorg ni pandai kan...huhuhu...kisahnya my little princess izara berebut tab ngan si abangnya sufi...sampai menangis² bila dibagi tersengih² cam kerang busuk..hmmm baru je tumbuh gigi...giginya besau² ..dah la besau jarang plak tu...sungguh tak menawan...

idung kembang dan gigi kapok..tp ttap comel dimata mama...

notakaki: masih terbayang peristiwa 19/01/13

Sunday 20 January 2013

Tragedi 19 januari 2013....


Bukan tragedi berdarah bukan tsunami ttp tragedi aku eksiden lagi..huhuhuhu..lagi???? mcm dah byk kali jekan..mmg pun tp kecik kecik je la..kali ni BESARRRR PUNYA....kisahnya nak berhepi hepi la konon  sbb nak pegi lawan boling kat warta bangi nun...dalam xcited nak g sbb dah lama sesgt tak main boling tu setat kete..cantikkk je nak kuar simpang umah aku tu berdebummmm...aduhaiiii terpandang kete kat depan aku honda crv...oh my god kete aku..kemek teruk kat depan..hoda crv tu nampak cam calar sket je..ok ok tenang..matikan enjin turun...si pemilik crv tu dang dang tu jugak mintak rm1800 ngan aku sbb dia baru je tukar katanya..aku blur..aikkk calar canggitu je mitok rm1800...aku ngaku mmg kurang tahu pasal spare part kete ni..gulp aku  telan air liur dan call cik somi....so pemilik crv tu tak habis² membebel..awak langgar kuat la....anak dia tgh makan la..si baik anak dia tak terpelanting la...la kata aku langgar kuat tp anak dia tak terpelanting la plok.. aku cool dan diam aje...siyes aku igt dia dah gerak tadi sbb takde kete dan dengan anggapan aku tu dgn yakin la aku nak gerak tp rupanya dia tak gerak lalu gedegang le...cik somi datang kena beleber sebijik..sori cik somi dah nak jadi bukan sengaja...dalam kepala aku mana aku nak cekau duit nk bayor repair kete...dah le tgh mengorek untuk renovate umah yg terover bajet nih... cik somi cakap wat report polis kita claim insurans...tp si pemilik honda crv tu macam tak setuju dia cakap biasa org settle luar je bang...tp cik somi ttp berkeras nak wat report polis..pastu dia ckap lagi nanti abag kena saman maksimum tahu dan kalau abag hilang insuran note abag kena ganti lagi banyak..chewaaaahh aku kena la laling aku tu dokumen penting gitu takkan cuai punya...cik somi terus cakap tak pe kita report polis....samapai balai polis wat report honda crv tu cakap lagi kat polis officer tu "dia langgar kuat tadi'..eh eh lelebih plak ko ye...pastu kena g polis trafik kajang plak..lagi skali dia cakp kat sarjan tu 'dia langgar kuat tadi bang'..eh eh nak je aku sound "ah ah kuat sampai terbalik kete kau tu yg tercalar gitu tp kete aku yg kemek teruk"...mmg boleh hilang sabar tahuk..tp sbb salah aku jadi aku sabarrrrrrr...walaupun dah mendidih...


honda crv yang cedera 'teruk' sesangat tu..yg putih kat tong tu adalah hasil perlanggaran tu

ni kete wira aku yg cedera ringan  je

bak kata pemilik tu tong spare tyre tu kena tukar satu set tu sbb dia mintak rm 1800 ngan aku..dn aku mmg tak tahu rege benda alah tu..kalau ada sesape yg tahu cer komen sket...

Thursday 17 January 2013

SubhanAllah...Alhamdullilah...Proud of myself

Kenapa aku bangga dengan diri aku????..pepagi tadi sambil makan makaroni goreng aku bukak facebook dan salah seorg member group kelab ibu menyusu telah share sesuatu yg ramai para ibu tidak pernah tahu  termasuk aku iaitu kandungan yg terdapat dlam  SUSU IBU !!!!..ini adalah hasil kajian cerdik pandai...dan kerana aku seorang ibu yang menyusukan anaknya maka sebab itulah aku BANGGA DENGAN DIRI AKU....
Water
Carbohydrates (energy source)
Lactose
Oligosaccharides (see below)
Carboxylic acid
Alpha hydroxy acid
Lactic acid
Proteins (building muscles and bones)
Whey protein
Alpha-lactalbumin
HAMLET (Human Alpha-lactalbumin Made Lethal to Tumour cells)
Lactoferrin
Many antimicrobial factors (see below)
Casein
Serum albumin
Non-protein nitrogens
Creatine
Creatinine
Urea
Uric acid
Peptides (see below)
Amino Acids (the building blocks of proteins)
Alanine
Arginine
Aspartate
Clycine
Cystine
Glutamate
Histidine
Isoleucine
Leucine
Lycine
Methionine
Phenylalanine
Proline
Serine
Taurine
Uridine diphosphate-N-acetyl-hexosamine (UDPAH)
Uridine diphosphoglucuronic acid (UDPGA)
Several more novel nucleotides of the UDP type
Fats
Triglycerides
Long-chain polyunsaturated fatty acids
Docosahexaenoic acid (DHA) (important for brain development)
Arachidonic acid (AHA) (important for brain development)
Linoleic acid
Alpha-linolenic acid (ALA)
Eicosapentaenoic acid (EPA)
Conjugated linoleic acid (Rumenic acid)
Free Fatty Acids
Monounsaturated fatty acids
Oleic acid
Palmitoleic acid
Heptadecenoic acid
Saturated fatty acids
Stearic
Palmitic acid
Lauric acid
Myristic acid
Phospholipids
Phosphatidylcholine
Phosphatidylethanolamine
Phosphatidylinositol
Lysophosphatidylcholine
Lysophosphatidylethanolamine
Plasmalogens
Sphingolipids
Sphingomyelin
Gangliosides
GM1
GM2
GM3
Glucosylceramide
Glycosphingolipids
Galactosylceramide
Theronine
Tryptophan
Tyrosine
Valine
Carnitine (amino acid compound necessary to make use of fatty acids as an energy source)
Nucleotides (chemical compounds that are the structural units of RNA and DNA)
5’-Adenosine monophosphate (5”-AMP)
3’:5’-Cyclic adenosine monophosphate (3’:5’-cyclic AMP)
5’-Cytidine monophosphate (5’-CMP)
Cytidine diphosphate choline (CDP choline)
Guanosine diphosphate (UDP)
Guanosine diphosphate - mannose
3’- Uridine monophosphate (3’-UMP)
5’-Uridine monophosphate (5’-UMP)
Uridine diphosphate (UDP)
Uridine diphosphate hexose (UDPH)
Lactosylceramide
Globotriaosylceramide (GB3)
Globoside (GB4)
Sterols
Squalene
Lanosterol
Dimethylsterol
Methosterol
Lathosterol
Desmosterol
Triacylglycerol
Cholesterol
7-dehydrocholesterol
Stigma-and campesterol
7-ketocholesterol
Sitosterol
β-lathosterol
Vitamin D metabolites
Steroid hormones
Vitamins
Vitamin A
Beta carotene
Vitamin B6
Vitamin B8 (Inositol)
Vitamin B12
Vitamin C
Vitamin D
Vitamin E
a-Tocopherol
Vitamin K
Thiamine
Riboflavin
Niacin
Folic acid
Pantothenic acid
Biotin
Minerals
Calcium
Sodium
Potassium
Iron
Zinc
Chloride
Phosphorus
Magnesium
Copper
Manganese
Iodine
Selenium
Choline
Sulpher
Chromium
Cobalt
Fluorine
Nickel
Metal
Molybdenum (essential element in many enzymes)
Growth Factors (aid in the maturation of the intestinal lining)
Cytokines
interleukin-1β (IL-1β)
IL-2
IL-4
IL-6
IL-8
IL-10
Granulocyte-colony stimulating factor (G-CSF)
Macrophage-colony stimulating factor (M-CSF)
Platelet derived growth factors (PDGF)
Vascular endothelial growth factor (VEGF)
Hepatocyte growth factor -α (HGF-α)
HGF-β
Tumor necrosis factor-α
Interferon-γ
Epithelial growth factor (EGF)
Transforming growth factor-α (TGF-α)
TGF β1
TGF-β2
Insulin-like growth factor-I (IGF-I) (also known as somatomedin C)
Insulin-like growth factor- II
Nerve growth factor (NGF)
Erythropoietin
Peptides (combinations of amino acids)
HMGF I (Human growth factor)
HMGF II
HMGF III
Cholecystokinin (CCK)
β-endorphins
Parathyroid hormone (PTH)
Parathyroid hormone-related peptide (PTHrP)
β-defensin-1
Calcitonin
Gastrin
Motilin
Thyroid stimulating hormone (TSH) (also known as thyrotropin)
Thyroid releasing hormone (TRH)
Bombesin (gastric releasing peptide, also known as neuromedin 
Neurotensin
Somatostatin
Hormones (chemical messengers that carry signals from one cell, or group of cells, to another via the blood)
Cortisol
Triiodothyronine (T3)
Thyroxine (T4)
Prolactin
Oxytocin
Insulin
Corticosterone
Thrombopoietin
Gonadotropin-releasing hormone (GnRH)
GRH
Leptin (aids in regulation of food intake)
Ghrelin (aids in regulation of food intake)
Adiponectin
Feedback inhibitor of lactation (FIL)
Eicosanoids
Prostaglandins (enzymatically derived from fatty acids)
PG-E1
PG-E2
PG-F2
Leukotrienes
Thromboxanes
Prostacyclins
Enzymes (catalysts that support chemical reactions in the body)
Amylase
Arysulfatase
Catalase
Histaminase
Lipase
Lysozyme
PAF-acetylhydrolase
Phosphatase
Xanthine oxidase
Antiproteases 
a-1-antitrypsin
Basophils
Neutrophils
Eoisinophils
Macrophages
Lymphocytes
B lymphocytes (also known as B cells)
T lymphocytes (also known as C cells)
sIgA (Secretory immunoglobulin A) (the most important antiinfective factor)
IgA2
IgG
IgD
IgM
IgE
Complement C1
Complement C2
Complement C3
Complement C4
Complement C5
Complement C6
Complement C7
Complement C8
Complement C9
Glycoproteins
Mucins (attaches to bacteria and viruses to prevent them from clinging to mucousal tissues)
Lactadherin
Alpha-lactoglobulin
Alpha-2 macroglobulin
Lewis antigens
Ribonuclease
Haemagglutinin inhibitors
Bifidus Factor (increases growth of Lactobacillus bifidus - which is a good bacteria)
Lactoferrin (binds to iron which prevents harmful bacteria from using the iron to grow)
Lactoperoxidase
B12 binding protein (deprives microorganisms of vitamin B12)
Fibronectin (makes phagocytes more aggressive, minimizes inflammation, and repairs damage caused by inflammation)
Oligosaccharides (more than 200 different kinds!)
a-1-antichymotrypsin
Antimicrobial factors
Leukocytes (white blood cells)
Phagocytes




kat atas tu ialah senarai khasiat susu ibu..267 khasiat....aku nak letak jugak  semua wpun aku rasa entri aku ni akan terlebih panjang...aku pun pening membaca nama² khasiat ni...betapa banyaknya khasiat yg telah aku berikan utk anakku..cuma aku sangat² terkilan kenapa kesedaran ini datang lambat dan hanya si bongsu aku sahaja yang mendapat khasiat ini...wpun begitu better late than never..right....Semoaga Allah permudahkan my journey untuk menyusukan budak kecik kat bawah ni sampai umur dia 2 tahun..amin
ni muka budak yg selalu mintak nenen..sayang dia sangat²

Wednesday 16 January 2013

Semoga cepat pandai

InsyAllah...aminnnn...semalam si sufi yang baru mula sekolah tahun ni kat tadika darul ehsan bawak balik buku² yg mcm ala² buku teks..dan ada macam jadual waktu...dah macam standard sekolah rendah plak...mungkin ini cara tadika tersebut untuk membiasakan mereka dengan alam persekolaham..dah la suasana dlam kelas pun mcm darjah satu...hari  ni kalu ikutkan jadual kelas sepatutnya kena bawak sebijik aje tp nak jugak diangkutnya semua...puas aku terangkan tp dia tak paham...anak diusia 4 tahun baru nak kenal huruf takkandia paham perkataan jadual waktu..yg dia tahu buku tu dia punya dan dia nak bawak semua....hari tu masa awal persekolahan dia ckp nak pergi sekolah..masuk minggu kedua bila aku cakap jom pergi sekolah...dia jawab sufi dah pegi sekolah lah..hmmm dia igt sekolah tu pergi sekali je...puas le aku nak mencari ayat untuk menerangkan pasal sekolah  ada hari cuti ada hari sekolah..perkataan cuti pun agaknya dia tak faham...solutionnya aku cakap kalau aiman ngan ayuni pergi sekolah sufi pun kena pegi sekolah...
hari pertama persekolahan
cikgu kata ada lagi yang tak dpt...
aku target menjelang hujung tahun ni kalau dia dah boleh membaca aku nak buat pulut kuning sedakah kat surau....ini nazar aku...semoga Allah permudahkan segalannya...

Tuesday 15 January 2013

Sama tapi tak serupa..


Alhamdullilah diam tak diam dah sebulan my lovely sister dapat baby first dia..syukur walaupun agak berusia Allah masih mengurniakan rezeki ini pada dia...dan aku tumpang gembira kerana akhirnya dia ada halatuju hidup setelah hampir 4 dekad menyendiri...so apa yg serupa tapi tak sama ye..??cer tgk nih..


dilahirkan pada tahun yang sama tapi dibulan yg berbeza...baju yang sama tp jantina beza tau..muahahahah...yg kiri tu le anak buah baru aku si Muhammad Amirul Ashraf nama dia...baru berusia sebulan..yg kanan tu si bongsu aku izara sofea..tu gambar masa dalam hari..skrg dah pandai bawk kete tahuk....tp sekali imbas macam ada persamaan plak budak dua org neh...tp xleh nak kapelkan la sbb aku tak suke kawen sepupu ni lagi pun izara dah ada yang punya...kan ummi kannnn..

Alahaiiii anak omak....

bebudak sekarang mmg cepat benar belajarnya..yang peliknya benda yang bukan mak bapak ajar pun tetiba je dia pandai...pengaruh kengkawan lagi hebat rupanya...si bujang aku yg baru berumur 4 tahun nih tersentap jantung aku jap menengoknya...dia duk ralik main game kat tab..ok itu perkara biasa tapi bila aku datang dekat nk nengok apa yg duk ralik sangat tu...ish ish ishhhh..mana ko dapt game ni dik...


nampak tak game apa tu...jap jap aku kasi dekat sket
ok dah clear sket..dlam game tu ada pompuan tak pakai baju..konon²nya nk kena hiaskan la si gigurl tu...yg mainya si  sufi yg kena marah ayuni..sbb apa sbb keje dia la download game yg macam² tu...sib baik pompuan tu pakai spender..apa nama game tu pun aku tak tahu..ish ish ish alahaiiii anak omak...

gambar ni xde kena mengena dengan entri..sesaje letak...

Monday 14 January 2013

Kurangkan bercakap...Boleh ker??

InsyAllah boleh....ini bukan azam tahun baru aku ok tp cuba untuk buat perubahan..kenapa??? sebab aku dah bosan penat letih bila ada percakapan aku yang tidak menyenangkan *siyes aku tak tahu pun ada org yg tak senang hati* hati orang akan dijadikan bahan untuk menghanjingkan dan memerli dan diumpat...itu mmg dah lumrah bila ada benda yang aku tak senang pasal kau dan kau tak senang pasal aku...sebb semua orang tak sempurna...jika ada yang terrrrlanjur berckp bangga kau pikir riak..jika ada terrrrrlepas cakap kau ckap mulut longkang...puhhhh penat tau...dan lebih² lagi bila ada si tukang sampai yang tak berbayar.."aku nak cakap kat kau je tp kau jgn ckap kat dia plak..bla bla bla bla..." seeeeee itu la muqodimah si penyampai yang tak berbayar aka talam dua muka...jadi solutiannya kurang kan berckp dan jangan jangan jangan percayakan org 100%....rambut sama hitam*kalau yg ada kaler lain tu maafkan saya ye* tp hati lain² maaaa..badan lain² perasaan lain² ok....latihan aku untuk kurang bercakap mulai sekarang 14/1/2013 pukul 1700...hehehe...babai


Friday 11 January 2013

RM5 cukup tak??

"mama kantin sekolah air dah naik harga..nasik pun dah naik harga..." kata si abang
"a ah mama..bihun, nasik dah jadi rm1..dulu rm0.50 je...air dah naik rm0.50 dulu rm0.30" kata si adiknya
aku dan cik somi saling pandang memandang...air yg gelas ciput tu je jadi rm0.50??...zaman sekarang zaman duit..zaman aku dulu g sekolah rendah bawk rm0.30 je sekolah rendah rm0.50..alhamdullilah dapat je isi perut..tp sekarang jangan harap le...aku dan cik somi pun tak tahu nak kasi berapa..kang bagi sket tak cukup plak..sian plak lapa bebudak tu..so kami decide nak bagi rm5 sorang untuk sekolah agama dan sekolah petang....itu pun tak tahu le cukup ke tak....cukup ke takkkk???aku dan cik somi dah berkira² sehari Rm10..seminggu RM50...sebulan Rm200...gaji naik berapa ek??? tak campur lagi si sufi yg sekolah tadika tu..wajib rm1 sehari...aku pun g keje belanja makan tak sampai Rm5 sehari..sib baik la dapat subsidi makan rm2 dari kompeni...huhuhu membantu la sagt subsidi tu ye.duit ooo duit..nak dapat sakit nk habiskan cepat je...awal² sekolah ni mmg kena standby duit lelebih..kang balik dari sekolah ada je kena beli buku itu buku ini....nak kena beli baju persatuan lagi...tak masuk permainan..kena beli bat ping pong le kena beli raket badminton le.....macam² daaaaaa....tak pe la untuk anak² blaja kan..dah itu memang tanggungjawab mak bapak...
kan best kalau camni...
hehehe petik aje dari pokok

notakaki:umah tak siap lagi..janji 2 minggu je..skrg dah 3 minggu dah weiii...

Thursday 10 January 2013

I love u stupid..Melur jelita


bukan aku yang jatuh cinta lagi ok...itu ialah tajuk novel hasil nukilan si melur jelita...semalam semasa membaca blog mamaqist ada dia buat review pasal novel ni...dan akibat terpengaruh dengan citer dia makaaa...

Taraaaaa

sudah berada di tangan gue...
terima kasih si daun keladi daku ucapkan kepada adik manis Nuruzzana kamaruddin kerana sudi menerjah ke alamanda semalam...*akak tahu ko nak makan pizza kar sane*
boleh tahan giler tebal..tp kalu konpem best mmg 3 hari je siap ler..*baca quran pun tak gitu..ish ish ish*
nanti kalau dah siap baca daku plok buat review neh...kalu daku rajin le...

notakaki: tak sabar nk balik kg raye cine ni..nak beli tudung bebanyak..

Wednesday 9 January 2013

Rumah ku syurgaku

AWAS !! ini bukan entri menunjuk² yang aku banyak duit renovate umah
hari ni kebizian menyiapkan segala report untuk audit iso esok..cam biasa le nak audit baru nk update data....ini sambungan kisah merenovate rumah tu..ok la pintu semua dah siap..sekrg proses nak memilih tile untuk menghias umah tu...ni pengalaman pertama renovate umah jadi A to Z serah kat kontraktor je..kami hanya hulur duit je..semalam si kontraktor tu bawak le tile yang nak dipasang...sekali tgk ada satu tu macam tak berkenan..hari ni terus tak datang buat umah... alasannya kena pergi beli tile baru..hmmm..adoiyaiii...aku nak cecepat siap..mcm makin lambat je
no 1 untuk bilik tidur utama / no 2 utk porch umah / no 3 untuk  pintu masuk utama
yg no 2 tu aku tak berkenan sbb gelap..nanti jadi gelap umah aku..aku mintak tukar kaler sederhana cerah sket..pastu yg no 3 aku rasa tak sesuai utk letak kat pintu masuk..aku suh dia letak kat tempat santai..so kontraktor tu kena cari lagi satu tile utk letak kat pintu masuk dan tukat yg no 2 tu...kalau aku pergi sendiri kat kedai alamak mesti rambang mato la..macm nak pilih corak untuk buat grill umah ni ha..dibaginya katalog tebal gile..dah berpusing mata aku nk memilih..last² aku pilih yg ni sbb dah tak larat nak selak katalog

no 1 untuk tingkap bilik dan no 2 untk pintu utama..
fuhh melayang duit derrrr...siyes mmg lari budget...kena g korek kat tempat² yg boleh korek...xpe le perlaburan masa depan..so pengajarannya ialah standbykan periuk besar wpun nak masak nasik sket...hehehe

notakaki : tetiba rindu kat my princess izara....

Tuesday 8 January 2013

My first step..Yiiiihaaaa !!!

saya baru berumur 10 bulan..tp sekarang saya dah boleh jalan...♫lalalalala♫...seronoknya saya.....gamaknya itu le yang dia cakap kalau dia boleh bercakap...ye la nak oiiii..dah boleh berjalan ye..bagus²...habis la satu rumah kau round kau sepahkan..takpe takpe untuk pembelajaran...masa dia memula dapat lutut *merangkak* habis satu rumah dia sapu..sekarang dah dapat kaki hmmmm kena la letak barang setinggi mungkin..gitu le perangai bebudak...heiiii please watch me..
tateh tateh tateh...success
ok cayam..tahniah...lepas ni tolong mama kemas dapur ye...

Monday 7 January 2013

Mimpi / gemuksss

walaupun tidur aku tak berapa nak lena mlm tadi tp sempat jugak bermimpi...dlm mimpi tu aku telah disahkan hamil anak kembar tp yang peliknya anak kembar itu mempunyai tumbesaran minggu yang berlainan..satu dah 3 bln@12 week dan satu lagi 1bln@4 week..hehehe..camne blh jadi berlainan gitu.. pegi la tanya syaitonirojim yang buat mimpi aku jadi macm tu...tp peknen lagi??? oh tidak..aku sudah tutup buku...dah cukup korum dah..2boys and 2 girls...
pasal gemuks ni pulak alkisahnya satu pakcik seopis aku..dari mula aku naik keje lpas habis pantang duk ratib pasal badan aku gemuk..suruh aku diet la tahan makan la..pipi aku dah bulat la...mcm²..ok aku tahan sabar sbb aku hormatkan dia sebagai org TUA..tu sbb aku ckp pakcik...bila dia duk sok sek sok sek dengan bebudak yg aku tak kenal pasal badan aku ni ok aku masih sabar sbb perasaan hormat aku sbb dia TUA,...tp aku rasa hari ni perasaan hormat aku tu kat dia aku dah letak kat tapak kaki aku ni...mmg tunggu time je dia ni nak kena maki dengan aku..dah nak hampir setahun kot dia duk ratib pasal badn aku ni..apa yg dia susah hati atau tak puas hati pun tak tahu..mcm la mlm² dia tido dia peluk aku..hellooo laki aku pun xde bising² tahu...

Tolong siapkan pintu dulu boleh tak??

Tahun baru 2013 ada le rezeki sket nak merenovate rumah yg sekangkang kera tu *alhamdullilah*....besarkan master bedroom sket pastu pecahkan main door tukar pakai pintu kayu dah tak nak pakai sliding door kaca pastu wat tempat santai petang² pastu tukar atap yg dah kopak sana sini tu dengan siling kapur...kontraktor start wat 22/12 ari tu...sekrg ni masih dlm progress ler...bilik ok dah siap sambung dan minggu lepas ari jumaat 4/1/2013 diorang start pecahkan main door tu..so bila duduk kat jalanraya tu mmg akan nampak terus kedalam umah le...rumah aku tu terletak di tepi jalan yg merupakan jalan utama mak bapak lalu untuk ambik/hantar anak ke sekolah dan tempat bangla² dan nepal² lalu untuk  ke pasar malam.....

ni tgh memecahbelahkan pintu umah aku...
dlm keadaan mcm ni la aku anak beranak tido  mlm tu..langsir tu aku yg gantung sendiri..
alkisahnya kuigtkan sempat le siap dalam satu hari rupanya tidak...aku kat tempat keje dah tak senang duduk memikirkan mcmana la mlm ni aku dan ank² nk tido...cik somi dah la keje petang kul 12mlm  baru balik....sesampai dirumah kontraktor tu hanya pasangkan grill lama untuk tutup pintu tu dan ikat pakai dawai..oh my god oh my god..mmg tak lelap le aku mlm tu...sampai le cik somi balik kul 12..mengantuknya tuhan saje yg tahu...esoknya sabtu punnnnn tak siap jugak lagi..dan ahad punnnn tak siap jugak lagi..tp 2 hari ni cik somi ada...dan situkang tu ckp hari isnin baru boleh pasang pintu dan insyAllah siap le pintu tu...tapi tapi tapiiiiii cik somi tel cakap tukang tu tak datang ari ni..sbb ada urusan lain dan kalu urusan tu siap awal baru le dapat dtg umah aku....HELLLOOOOOO..."SIAPKAN PINTU DULU BOLEH TAK"...huhuhu..dah berapa malam aku tak tido lena nih....help help...

Friday 4 January 2013

Masuk darjah satu:sila register on line ye !

entry pertama untuk tahun 2013....lepas ni nak capai target satu hari satu enti..bleh ke...mcm² sebenarnya nak citer tp mood tarak..balik rumah 4 askar dah menunggu + penat...alkisah pepagi tadi datang le akak sorg ni berjumpa aku mintak nolong registerkan anak dia untuk masuk darjah satu tahun depan...aku pun bertanya la kan kalu pergi sekolah pun blh register..tp akak tu cakap skrg dah tak boleh...tak dilayannya kalu datg sekolah nak register anak..ko kena register online...ayoyoyoyo....agak² ye la kan sape yang wat peraturan camni.....hello hello tak semua rakyat mesia ni tahu + pandai guna komputer atau internet...agaknya org buta IT ni tak sekolah la ank² diorg ni ye...kesian.....akak yg mintak nolong ni pun kategori yg hanya tahu pegang stereng forklift dan tak reti bab² on line kebenda nih...ok la at least dia blh mintak tolong bebudak opis aku le tu buatkan..habis tu yg duduk pendalaman sabah sarawak tu yg tak keje camne la kan...sedih le aku mikir...tahu le zaman skrg sume canggih sume nk cepat tp buat le pilihan samaada  bolh register online ataupun datang sendiri ke opis...habis tu bebudak pejabat yg kat skolah tu amende kerjanya....tp kalu ada sesetengah sekolah je yg buat bolayan mcm ni..SILA MAAFKAN SAYA (dua tangan rapat didada kepala tunduk)..

bai bai

notakaki: main door umah dah kena pecah dan tak sempat siap ari ni...cik somi balik kul 12....harap² jgn le ada yg ambik kesempatan..


Template by:

Free Blog Templates