Monday 22 December 2014

eh...mahal ke..??


aishhh mana ada mahal..murah je...sbb tu kerajaan kita letak
6% je gst..sbb dia tahu rakyat malaysia ni kaya²...
pernah ke korang dengar ada rakyat malaysia ni takde rumah
pernah ke korang jumpa peminta sedekah kat malaysia ni
takde kan...tu sbb la kerajaan tak kisah nak naik kan
semua harga barang...dari barang keperluan sehingga la
barangan dalam kategori mewah...barang naik servis dan pekhidmatan pun naik
dan naik lagi dan naik lagi...maklum la rakyat malaysia ni kan kaya raya...
*dua tangan kat bahu mata pandang atas*

ini ada informasi dari org keje bank (cut & paste)
"2015 will be tough..ada yg kata...it may be worst that 1998 crisis..
kepada sahabat semua..kena bersedia..
buat yang merancang nak tukar kerja..kena buat penilaian semula
yg bercadang nak membuat pinjaman berhati²..
yg dah ada pinjaman..get ready"

banyak informasi yg boleh kita dapat melalui media sosial
selidik btl² samaada ianya fakta atau auta..
dengar dari dua² pihak kerajaan dan pembangkang
fikir dan nilai sendiri kebenaran....
beban poket masing² rasa....

gelombang kegawatan menjelang gst 2015 makin hampir..
kurangkan belanja dan banyakkan menyimpan
elakkan dari membuat hutang baru mahupun pinjaman...
atas nasihat dan pembacaan.. aku tangguhkan dulu niat
untuk tukar kereta...tukar kereta bermaksud aku menambah 
hutang baru...buat masa sekarang cuma kekalkan hutang
apa yang ada....sekarang ni aku rasa macam nak buat
satu bilik khas nak letak barang² untuk kegunaan akan datang..
nak beli siap² sebelum gst dilaksanakan pada april 2015...
contohnya...lagi 4 tahun izara nak masuk darjah 1..so aku rasa
macam nak beli  baju sekolah  beg alat tulis kasut seklh
utk aiman plak nk prepare uniform dia sampai dia tingkatan 5..
begitu jugak untuk ayuni dan sufi.....
beli dan simpan elok² 
dah save kat situ..ok tak idea aku...muahahaha


dan sebelum aku merasa beban gst next year 
aku membuat keputusan untuk langgar janji yg aku
buat dengan anak²...mmg result anak² tahun ni tidak
memberangsangkan..oleh sebab itu aku hukum diorg 
'no holiday this year'...tapi bila memikirkan mungkin tahun depan
kami tiada kemampuan lagi untuk membawa mereka bercuti
maka tahun ini kami akan bawa mereka bercuti jugak walaupun dah 
dekat nak buke sekolah pun...

semua rakyat malaysia takkan boleh lari dari gst ni
kau tinggal la kawasan bandar ke kampung ke hujung 
kat hujung peta malaysia ke...jangan harap boleh lepas...
ko org kuat gomen ke org kuat pembangkang ke 
tolak tendang terajang memang akan terpalit jugak..

yang kaya akan bertambah kaya dan yang
miskin akan bertambah miskin...itu fakta..

to all my friend it's going to be a tough year ahead..
semoga Allah mencukupkan rezeki kita semua dengan 
penuh barokah
amin..


notahati : tak jadi nk benti keje..harus sama² cik somi demi kelangsungan hidup..
janji Allah itu pasti..bila aku mula merasa betapa hebatnya janji Allah itu..buat aku menangis..

Monday 15 December 2014

MEREKA....

mereka tempat aku bergaduh
mereka tempat aku mengata
mereka tempat aku megumpat

mereka tempat aku bercerita
mereka tempat aku mengadu
mereka tempat aku bermanja
mereka tempat aku menangis
mereka tempat aku bergelak tawa

dengan mereka pernah aku merajuk
dengan mereka pernah aku terasa
dan kerana mereka kadangkala aku menangis..

dengan mereka aku mengumpat si polan
dan dengan si polan aku mengumpat mereka
dengan si polan aku penyampai berita mereka
dan dengan mereka aku penyampai berita si polan

buruknya mereka begitu la buruknya aku
baiknya mereka mungkin tiada baiknya aku
kekurangan mereka begitu juga kekurangan aku
kelebihan mereka mungkin tiada lebihnya aku

dengan mereka aku meminta pertolongan
dan dengan mereka aku menghulur pertolongan

apa yang ada pada mereka 
ada pada aku
tapi mungkin kurangnya aku
tiada pada mereka 

walauapapun sifat dan sikap mereka
itu la manusia yang tidak sempurna
mereka yang bernama sahabat
mereka yang menghiasi hidup aku
mereka koleksi terbaru aku
bermula 2011 hingga kini..

moga mereka tiada expired date
moga mereka kekal dalam
silaturahimku....
I REALLY APRECIATE ALL OF YOU
♥♥♥♥
amin...syukran jazilan..
mereka
mereka
mereka 

Wednesday 10 December 2014

kisah anak² hujung tahun..last part : sufi


Che Nubhan Sufi....permata yang begitu sukar untuk aku perolehi pejam celik dah 5 tahun umur dia....
budak manja dan lembut airmuka dia...
sikap dia mula aku dapat baca semasa umurnya 4 tahun
seusia dia mula kenal alam persekolahan...
aku sedikit terkejut bila tengok dia dalam acara sukan akhir 
tahun...begitu juga keputusan peperiksaan..
cuma untuk akademik aku tak boleh lagi nak menilai 
tahap kebolehan dia sbb macam ragu²..betul ke dia yang
jawab semua soalan dalam paper exam tu...atau cikgu tadika tu yang tolong jawab kan..hmmmm
dari segi sukan...yes..aku boleh jamin memang usaha dia sebab aku tengok depan mata..hehehe
dan satu perangai baru dia yang aku dapat kesan
ialah pantang dicabar atau tak boleh nak provoke dia lebih²..
masa mula belajar 1 2 3 aku sakit hati bila dia asyik tak dapat...
aku cabar dia..aku cakap "mama nak sufi pandai mengira kalau
tak jangan harap mama nak bawak pegi jalan²...jangan mintak apa²
dengan mama "
dan sekarang cuba suruh dia megira 1 ~ 100 memang lancar
dan yang best dari 100 ~  0 secara terbalik pun lancar...
pastu nak harmster la nak mandi kolam la..nak kasut la
nak itu la nak ini la..dan kalau aku tak kasi dia ungkit balik apa yang aku
cakap tuuuuuu..demam mama ni dibueknyo....
dan bebapa surah pendek pun dia dah lancar...
sekarang duk ngikut si aiman g surau tiap kali maghrib..
bila aiman g baca yasiin kat kenduri tahlil pun dia ikut.....

ni result exam baru ni...full mark pun ada tau...tu sbb macam meragukan..
tapi kalau cikgu yang tolong yang lain 20 org tu takkan cikgu tak tolong..
tapi boleh bagi kredit jugak atas usaha dia..:)..
sport pulak aku saje je cakap..sufi mesti jadi juara tau...
lari laju²...baru la anak mama kan....
then masa acara berlangsung..tu dia...acara perseorangan
semua dia sapu johan..berkumpulan je second...
masa acara berkumpulan tu team dia dah ketinggalan tempat ke 4 disebabkan
seorg girl ni yang slow motion je..dia yang turn last..dia pecut memotong
semua orang yes sufi yes..dapt la tempat kedua...hohoho yeahh..this is my son...


secara kesimpulannya..kalau dilihat prestasi dia sekarang
dia adalah gabungan aiman + ayuni....
akademik lebih kepada aiman dan sport lebih kepada ayuni....

my last doter izara..masih belum dapat kubaca....

Tuesday 9 December 2014

kisah anak² hujung tahun part 2 : ayuni


sambung dari part 1...kali ni pasal my second doter ayuni..
kalau ditengok wajahnya sebijik potostat muka aku...
anak perempuan sulung dan paling buat aku pening dengan
perangainya yang ala² lasak..yes dia memang lasak dan aktif..
jugak macam aku ler..hehehe...
kat sekolah dia agak aktif dalam sukan....tapi dari segi
akademik dia agak kurang..yang ni bukan macam
aku ye...hehehe..
paling teruk pencapaian dia ialah pada tahun ni...
menangis aku tengok result dia...

yang belah kiri result dia akhir tahun 2014...saje je aku kecikkan
gambo tu...yang sebelah kanan tu pencapaian terbaik dia masa
darjah 1...huhuhu..diulangi darjah 1...dan aku nekad next year
aku nak transform result dia jadi macam tu balik..insyAllah
moga dipermudahkan...

pencapaian dia dari segi sukan alhamdullilah boleh dibanggakan...


lompat jauh...lumba lari...every year mesti tempat pertama kedua atau ketiga..
pingat tu baru sikit aku ambik..banyak lagi dalam almari....
dan sekarang dia sedang training untuk badminton..wakil sekolah next year
coach dia personally call aku mintak aku izinkan
lepas aku bantah..aku nak dia tumpukan 100%
kat study...bak kata coach dia ayuni ada potensi besar
dalam bidang sukan...mula la ada sikit kembang hidung aku
tapi aku cakap jugak x boleh...then coachnya explain lagi
kalau dia cemerlang dalam sukan dan study
dia akan ada byk kelebihan untuk ke boarding school
berbanding dengan murid yg cemerlang dari segi akademik saje...
dan ayuni sendiri dah janji dia akan cuba...
ye ayuni..mama nak awak buktikan apa yang awak janjikan...
tapi aku masih perlu pantau perkembangan dia selalu...
semoga anak² mama semua cemerlang
harapan biasa bagi semua ibu bapa...
insyAllah berjaya..amin

Monday 8 December 2014

Shopping RM1212 di Lazada Malaysia [Contest]


Bismillahirahmanirahim...
pandang kiri pandang kanan kot² incik bos nampak..
mata dan ♥ ♥ bila nampak iklan lazada ni...


amende sebenarnya lazada ni..? ni website nak beli barang² online tu....nak shopping apa sebut je
konpem ada kat sini.....cer baca apa yang lazada nak wat kali ni...

 Lazada Malaysia akan mengadakan Online Revolution Lazada pada 12 December 2014 iaitu 12 hari sebelum perayaan Krismas. Lazada akan menawarkan promosi menarik serta tawaran eksklusif untuk pelbagai kategori selama 24 jam. Dapatkan apa yang anda inginkan musim cuti ini, dari telefon bimbit, tablet dan peralatan elektronik hinggalah ke fesyen, barangan rumah, alat permainan dan peralatan sukan.

memang selalu bukak web lazada ni tapi honestly tak penah beli..setakat jamu
mata je...bila nampak contest ni why not kita try kan...

apa yang aku duk selalu usha sepanjang tahun ni kat lazada...
salah satunya benda alah ni

aku panggil vakum malas hehehe..tapi nama bestnya ialah I-ROVA ROBOTIC VACUUM CLEANER (RM 479)
aku penah wat entry pasal cik robot ni dulu...masa tu sbb angan² nak beli
bila dapat bonus hujung tahun..
cuma sblm  ni tunjuk gambar lain sebb bajetkan..
tapi sebab nk jointcontest ni aku pilih le yang mahal sket..
lagi banyak function kan...
dan aku memang nak sangat benda ni sbbnya
ulang balik apa yang dah tulis dalam entry lama
vakum ni menyenangkan keje rumah terutma bagi isteri² yg berkerja..
hujung minggu byk keje nak kena settlekan..so sangat menjimatkan masa dan
boleh bagi kita lebih ruang untuk anak² dan diri sendiri lebih² lagi
untuk yang ada keluarga besar macam aku ni ha....

barang kedua yang aku nak ialah dapur masak ni ha...

dapur nak masak...TRIO BUILT-IN HOB (3 BURNERS) (RM579)
gila tamak nak yang ada 3 burner khennn..hehehe...
anak ramai camni la..4 org je kot
tapi kira family besau la kan...campur aku dan cik somi dah 6 org.....
ada 3 burner cepatsket siap masak..
satu goreng ikan..satu goreng sayur satu lagi wat tomya..hehehe..
tapi sebab utama aku nak dapur masak ni sebabnya yang sekarang ni dah pecah..
huhuhu...sedeh...cuma pecah tu belum sampai tahap kritikal...dah lama pecah sejak dalam pantang
anak no 3 sekrang ni umur anak next year 6 tahun..nak ganti tapi tunggu dulu tunggu dulu..
tunggu dan tunggu dah nk masuk 6 tahun muahahaha....

nak total jap... RM 479 + RM 579 = 1058...ada balance lagi RM 154...
dalam wishlist memang nak 2 menda ni je..tapi alang² dapar RM1212 harus la
guna sehabis mungkin...perempuan kan..bagi RM sejuta pun settle...miahahaha...
ok ok...lagi satu aku nak beli ni untuk anak bujang aku yang 
dah nak jadi remaja tak lama lagi ni..

beg askar  ni...MEN OUTDOR MILITARY ARMY MOLLE ASSAULT TACTICAL BACKPACK LARGE RUCKSACK BAG  (RM150)
perghhhh....panjang giler nama..hehehe...kenapa aku nak beli ni..sebabnya aku dah tulis kat atas..
untuk anak bujang yang nak jadi remaja tak lama lagi....aku ni 2 bulan 
sekali mesti balik kampung..melawat parent..nuuuuu jauh di terengganu...dulu nak pack
baju satu beg semua sumbat sekali untuk 6 orang..sekarang ni byk songeh..almaklum la orang
dah nak berjiwa remaja gitu..tak nak campur sekali dah...dia nak pack asing²..
tapi aku ni ada kuasa veto kan...jangan harap ye..tapi dalam hati aku ni faham sebenarnya sebb
dia nak kan lebih privacy la kan dari adik²nya..maklum la jiwa remaja gitu..
hah anakku aiman kau hambik beg ni sebijik ko sumbat la apa ko nak sumbat dalam tu..
ucap terima kasih kat lazada tau...dah berangan menang la ni hikhikhik.

lagi RM4 je balance...hehehe...orait la kan...masih memenuhi syarat...
bestkan kalau betul² dapat ni secara FOC...kalau tak dapat bukan rezeki le tu.
tapi tak salah kalau mencuba..jom la pakat² cuba...tak rugi pun..meh klik sini
gud luck :)

Template by:

Free Blog Templates