Tuesday 22 September 2015

OBGYN



obgyn sebut obijin  singkatan bagi perkataan obstetrics and gynecology...
kalau doktor² paham yg amat la istilah ni...
istilah yang dikaitkan dengan masalah kesihatan perempuan....
details klik sini

sekarang ni tengah layan drama korea yang tajuk obstetrics & gynecology doktor...
ni citer lama tp bila terpandang tajuknya macam menarik je terus la layan...
episod demi episod buat i lebih memahami dan mengetahui byk masalah²
perempuan yang mungkin i dapat...
gerun...takut...kagum...bangga semua ada....

ada penyakit yang langsung i tak tahu wujudnya akan risiko
perempuan boleh dapat....lakonan pulak real habis....
sgt elok kalau cik somi dapat layan sekali...
biar dia tahu betapa besarnya pengorbanan si isteri melahirkan zuriat...

dirobek perut lapisan demi lapisan...
mungkin hilangnya nyawa siibu demi anaknya...
berjenis² penyakit yang mungkin kaum wanita hidapi.....
byknya darah yang mengalir demi penyambung warisan..
tapi dia tak minat plak citer korea nih....

walaupun ada selingan kisah² cinta itu biasala..
takkan nak duk dalam operation room ajer kan....

bila tengok drama ni teringat arwah cik yang melahirkan aku..
betapa aku pernah sakiti dia
betapa aku pernah buat dia menangis
betapa aku pernah buat dia terluka...
belum sempat jasanya kubalas...dia dijemput penciptanya...
really miss her...alfatihah

Wednesday 16 September 2015

kenapa che ta ???

awat che ta awat duk kecoh satu malaysia ni....hehehe
che ta kena herdik dan cik tak pun sentap....hahaha..
eh cik ta awak tu dah umur 40+++ sentap juga mehhhh...
well nama pun manusia kan....tak perlu kira usia pun..
kena herdik or dlm kata lain kena tengking 
oleh si edry yg tetiba tinggi kan suara
dek kerana tak puas hati dengan pendapat cik ta tentang studentnya
oleh kerana cik ta ni artis maka kecoh
 la seantero malaya.... maka dengan sentapnya cik ta maka 
dia pun annouce menarik diri
dari jadi juri rancangan AF2015....sah² la kengkawan yg comolot
ngan cik ta or edry ada yg tumpang sekaki tak tegur or
 masam muka sesama mereka dan buatkan
nasi tambah utk renggangkan lagi hubungan mereka...
eh macam ada link dengan aku je.

dan nanti si edry dan cik ta pun mesti pelik nape si polan dan si polan ni
jauhkan diri dari diorg sedangkan yang gaduh sentap ni hanya mereka berdua
eh macam ada link lagi dengan i  kisah u ni cik ta ☺

si edry pun ko tu lagi muda dari cik ta tak reti nak
hormat org yang lagi tua dari kamu kah...dah terasa diri tu
aje ke yang betul.....tak reti²
mintak maaf.....lagi nak wish all the best...
well ego manusia ni...perangai manusia ni tak mengenal
usia okeh..tak payah la ada bunyi² ala dah tua pun
nak sentap²..dah tua pun nak gaduh²...
cermin diri...fikir dan cari apa sebabnya dulu....
mungkin nak mengajar...mungkin nak elakkan dari
sesuatu musibah yang lebih buruk dari jadi...so lebih baik la
cik ta undur kan je diri...nanti terbagi kritikan yang buat
edry lagi panas mau perang tak habis....
kita kat sekeliling wak lek wak peace je...
tak payah nak tumpang semangkuk plak...
apa² pun rozita che wan 
eh nama mcm nak sama gak nih..i azizah che wan ☺☺☺ 
tp wajah i iras² bayang u pun takde..
dont worry i tetap minat u..suka tengok u walaupun
u guna bulu  mata palsu untuk nampak cantik....

Wednesday 9 September 2015

Keperluan baru


bagi sesetengah org.. dulu benda ni dalam kategori bukan 
keperluan dalam erti kata lain kehendak or tak penting pun
tapi atas "kecemerlangan" pemimpin kita yang mentadbir negara
kita dengan bijaksananya..benda ni dah bertukar jadi keperluan
bagi sesetengah orang ler....








ni ler benda alah tu....kena tambah bajet bulanan untuk top up
benda alah ni...bagi yang sebelum ni mmg wajib ada atas sbb tempat
keje hari² lalu tol mmg dah tak kesah dah..
tapi bagi i yang tak pernah beli pun benda ni atas sebab
jarang guna mmg la i kesah....kena beli sebab sesekali je nak ke kl
sesekali je balik kampung dan sesekali je nak g cuti²....
kenapa plak wajib beli ???
sebab sekarang ni semua tol dah takde lorong tunai dah...
wajib guna touch n go nih...
dah la beli kad tu siap² dah potong gst dari jumlah kad tu...
nak mengkayakan poket org yang dah sedia kaya...

then pagi ni i ada terbaca satu blog yang bagi tips 
macamana nak membolehkan mykad kita berfungsi 
seperti touch n go...
details kat sini

panjang jugak caranya tapi boleh la dari
duk asyik nak kena gst ajer....

Tuesday 8 September 2015

father & son


rasa baru je lagi kawen...tapi bila tgk gambar pakwe
berdua ni......laaaaaa anak ngan ayah rupanya....
ayahnya tu husband i ler

sama tp tak serupa...lesung pipit tu ambik i punya

baru je dia i timang²...sedar² dah 13 tahun dah
gambar ni baru i ambik 6 september lepas
sempena hari dia dilahirkan.....
saiz baju saiz kaki saiz seluar semua dah
lebih kurang ayahnya...cuma size pinggang je tak sama...
bila berdiri dengan i memang dah beza dah..
namanya pun anak lelaki...tak lama lagi i nak kena
dongak bila bercakap dengan dia



ni sessi penyerahan "sila kayuh basikal pergi sekolah"
lepas ni manja² lagi mintak mama hantar lagi mama bagi sebijik..
no more alasan ye...dulu kata basikal lama berat..penat..guna tenaga byk
lpas ni no more alasan ye...alasan hujan je diterima...

memang berat hati nak bagi dia berbasikal ke sekolah
tapi bila pikir dia  ke sekolah secara berjemaah
 dengan kengkawan setaman so lega sket i rasa...
lagi pun memang dia nak basikal fixie ni...ringan & laju katanya...

air muka budak belum baligh vs dah baligh... ☺☺☺☺
apa² pun semoga terus cemerlang dunia akhirat...
ingat cita² tu.....biar selari dengan usaha....insyAllah berjaya..
genggam hasrat untuk diri sendiri..mama & abah hanya mampu berdoa
che nabihan aiman...i know u always visit my blog

Template by:

Free Blog Templates