Thursday 4 October 2012

Goyang baby (shaken baby syndrome)

Pada semua yg ada anak² kecik termasuk le diri aku sendiri....sejak my izara sofea dah pandai duduk ni suka sangat goyang²kan dia camni..bila tengok dia mengekek suke lagi la aku buat..sbb terhibur dengar dia gelak yg hingga ilang² sore...tp rupanya tindakkn tu membahayakan baby sebenarnya..tobat lps ni tak buat dah...Shaken Baby Syndrome (SBS) ini boleh mengcederakan otk bayi kerana pergerakkan kepala yang kuat dan boleh menyebabkan kecacatan otak yang lama, serius dan kekal pada bayi *nauzubillah*..
jom sama² kita elakkan dan amalkan pencegahannya..
  1. Jangan sesekali menggoncang bayi ketika anda marah atau untuk bermain
  2. Jangan memegang bayi anda ketika marah
  3. jikalau anda tidak dapat menenangkan bayi anda lebih baik anda tinggalkan bayi anda untuk sementara waktu didlm katil bayi atau kepada org lain aku nak tinggal kat sape ek..laki aku asyik xde je.
  4. Minta bantuan orang lain.
Reminder 1
Tangisan adalah satu²nya cara bagi bayi menyampaikan perasaan dan keinginannya.jika kehendak mereka tidak dipenuhi mereka akan terus menangis*mmg aku fil le..sbb selalu tak tahu izara nak apa*  tangisan bayi bukanla suatu bunyi yg terhasil secara rawak ttp merupakan satu bentuk komunikasi.sekiranya bayi anda kerap menangis itu merupakan satu petanda buruk.segera dapatkan rawatan kerana kita tidak tahu apa yg bayi sedang hadapi..

Reminder 2
Tangisan bayi sekiranya dibiarkan akan memberi kesan buruk terutamanya kepada bayi itu sendiri,ibu bapa bayi dan org² persekitarannya.

Reminder 3
Bayi yg dibiarkan menangis akan berhenti menangis dan akan menjadi semakin kurang menangis bukan kerana dilatih ttp kerana putus asa dengan ibu bapa sendiri.berkemungkinan dia akan membesar menjadi seorg yg pendiam dan pendendam...*gulppp*

~~kredit : Persatuan Ibu Muda Muslim~~

Wpun dah lebih 10 thn aku memegang titlle seorg ibu tp masih kurang pengetahuan rupanya aku ni....Maklum la zaman tu penggunaan internet ni terhad....g kedai buku beli novel je.....*agak² blh terima tak alasan nih :)*


1 tulisan ikhlas utkku:

MizzTina said...

ok, sy pun bru tau semua ni..

Template by:

Free Blog Templates