Thursday 11 October 2012

Lelaki boleh jadi DAYUS...???

Lelaki jadi dayus...??? apa maksud dayus ni ye..jom tanya mr google:
Dayus bermaksud suami membiarkan isteri berterusan melakukan perbuatan
maksiat terhadap Allah SWT dan meredhainya.Ini selaras dengan maksud
hadis Rasulullah SAW. "Orang dayus tidak masuk syurga ". Amal ibadat suami
yang dayus terserah kepada Allah SWT.
Antara ciri-ciri orang dayus ialah;
i. Redha isteri tidak menutup aurat.
ii. Suami redha isteri tidak mematuhi perintah Allah seperti puasa, solat, zakat dan sebagainya.

Selepas aku menggodek² dalam internet ni maka secara kesimpulannya dpt la aku rumuskan betapa ramainya lelaki akan menjadi dayus apabila :
  1. membiarkan kecantikkan aurat, bentuk tubuh isterinya dinikmati oleh lelaki lain sepanjang wakt pejabat(jika bekerja) atau di luar rumah ..errr cik somi seluar mama byk yg dah ketat...bg duit boleh nk beli seluar baru.. 
  2. Membiarkan isterinya balik lewat dari kerje yg tidak diketahui bersama dengan lelaki apa dan siapa serta apa yg dibuatnya dipejabat dan siapa yg menghantarnya....ok yg ni aku lulus..sbb aku pegi keje drive sendiri... blik keje kul 530..kul 600 dah sampai umah..
  3. membiarkan aurat isterinya dan anak perempuan dewasanya terlihat(terselak kain) semasa menaiki motor atau apa jua kenderaan sepanjang yg menyebabkan aurat terlihat....InsyAllah lepas ni akan lebih berjaga² menjaga aurat terutama rambut.ayuni pun aku dah latih pakai tudung skrg...
  4. membiarkan anak perempuannya berdating dengan tunangnya atau teman lelaki bukan mahramnya...benda ni byk sgt terjadi sekrg..insyAllah anak² perempuan aku akan aku didik supaya tidak jadi begini..buat arwah bapaku maafkan izah sbb selalu gak dating ngan boypren masa dulu²
  5. Membiarkan anak perempuan berdua²an dengan pasangannya dirumah kononnya ibu bapa sporting yg memahmi...sori ye ayuni dan izara..mama tak sporting...dont u ever do tat..harus kena didik dr awal nih..
  6. Menyuruh, mengarahkan dan berbangga dgn ank perempuan dan isterin memakai pakaian seksi di luar rumah..Alhamdulliah setakat aku idup ni tak penah pakai seksi² lg kecuali seluar ketat yg nampak bentuk kaki...errrr sekali lg..cik somiiiiii..mitak duit bleh nk beli seluar longgar..hehehe
  7. membiarkan anak perempuannya memasuki akademi fantasia, mentor, gang starz dan yg sepertinya sehingga mempamerkan kecantikkan kpd jutaan manusia bkn mahram...hehehe masuk dlm list jugak..dannn NO NO No ye ayuni izara..masuk master chef bolh la...
  8. Membiarkan isteri bersalin dengan dibidani oleh doktor lelaki tanpa terdesak dan keperluan yg tiada pilihan...tp skrg ni byk doktor lelaki..camne..tp alhamdullilah terima kasih to Cik somi sbb mewajibkan doktor perempuan  yg jd bidan mama
  9. Membawa isterinya dan ank perempuan utk dirawati oleh doktor lelaki sedangkan wujudnya klinik dan hospital yg mempunyai doktor wanita..Alhamdullilah setakat ni mmg dptkan rawatan kat doktor perempuan saje..
  10. Membiarkan isteri pergi kerje menumpang dgn teman lelaki sepejabat tanpa sebarang cemburu...
  11. Membiarkan isteri kerap berdua²an dgn pemandu lelaki tanpa sebarang pemerhatian...
Akan tetapi harus diingat :Kedayusan ini hanya akan tersabit kpd lelaki jika maksiat yg dilakukan oleh isteri atau anaknua secara terbuka dan diketahui olehnya..jika berlaku secara sulit suami tidaklah bertanggungjawab dan tidak sabit dayus kepada dirinya "

Kalu suami tahu isteri dan anaknya buat mcm tu tp tak buat apa² pemikiran yg ada dlm otak aku ialah "dah kena manderam la tu.."hehehe

Kalu ciri² diatas dibaca betul² dan aku pusing persekitaran dan pengalaman aku..hmmmm berapa ramai lelaki dayus yg aku telah jumpe rupanya...tp selagi bernama manusia mmg tak lepas dari buat kesalahan..terpulang pada diri sendiri..terlalu ramai yg aku jumpa isteri bercinta dengan suami org/bujang dan suami bercinta dengan isteri org/bujang....Dunia sudah akhir zaman.. Semoga Allah menghindari perkara sebegini dalam hidup aku..aminnnn

Notakaki: Teringat cerekarama "jujur aku dayus"

2 tulisan ikhlas utkku:

MizzTina said...

kak, suruhla depa masuk akademi alquran.. msuk masterchef pun bergaul dgn lelaki.. hah, acane tu..ehehe.. sowi kak, gurau je

Dee Z said...

tepuk dada tanya IMAN... rambut sama hitam hati lain2 dan kubur masing2... kalau rs2 subahat elak2kanlah drpd terlibat. Kita yg tentukan arah perjalanan hidup kita.

Template by:

Free Blog Templates