Monday, 25 February 2013

MLM oh MLM...

MLM atau multi level marketing yg orang cakap kalau buat betul² boleh dapat duit..ada yang dari buat partime terus berhenti kerje buat full time sbb masyukkkk...aku pun nyaris tergoda dulu dengan satu jenis mlm ni iaitu hai-o marketing...kena wat loan sampai rm21k untuk ambik 10 biji penapis air...loan dah lulus cuma tunggu akaun aktif saje..tapi aku berpikir mampu ke aku untuk wat bisnes ni + jaga family...dah la kena attand perjumpaan memalam...so aku nekad kansel kan aje loan dan tak mo tak mo joint bisnes ni...insyAllah ada rezeki lain nanti...hari ni terbaca satu luahan seorg doktor yang menyampah giler kat mlm ni..aku copy untuk kat bawah ni.....

"MLM is evil!! It's not a sincere type of business or trading. From the get go, we can already see its pyramidal structure is going to bring out all kinds of forms of supression, opression and even slavery!! It's already banned and illegal in the US, in the UK it's in the process of being banned, the Europe...and one of the factors that brought down the Eurozone to its knees was MLM businesses..can you believe that?


Kalau org putih boleh nampak, kenapa org melayu tak boleh nampak? Nak kata bengap tak juga.. Pegi universiti jugak..
I hate this Hai-O thing, one of my family member Bankrap sbb mender MLM dajal ni..berutang sana sini..tertindas..
It is lurking with evilness, selling through indirect force and opression!
Yang atas2 upline tu jadi lintah darat sedut jer darah sampai kering..dasar mata duitan!! Bila org marah, counter attack, condemn, kata kat orang jgn dengki orang lain punya rezeki periuk nasik... Banyak cantik?? Yg korang ingat carik rezeki lagu tu halal sgt lah menindas, menipu orang lain??


Yang paling saya pantang, is MLM health products... Saya ni doktor kat hospital, tiap2 bulan dok jumpa patient masuk ward sebab liver failure, kidney failure, side effects sbb herbal products MLM-4life lah, alpha lipid lah, gluthathione la, transfer factor lah, herbalife lah, hydroxycut lah....memanglah kesian, nak marah pun ada, tapi diorang makcik2 pakcik2 tua yg tertipu dengan mala'un2 MLM ni...


Woii, orang MLM korang tak sedar ke yg korang jual tu bokeh mrmbunuh orang lain!! Sedar la sikit, kalau sabit kesalahan boleh consider second degree murder tau!!


Yg pakcik makcik ni dok la cari nafkah tiap2 bulan forking out huge amount of cash nak beli pil2 kesihatan MLM ni, when diorang tak sedar, lagi membahayakan kesihatan diorang...You tindas dgn bebanan cost beli barang tu, you tipu kata pil2 ni mujarab boleh sembuhkan penyakit mujarab, you bagi diorang masuk hospital pertaruh nyawa diorang!!


Aku cerita dua kes patient yg aku jumpa kat hospital ehh:

1. Patient ni dok makan warfarin, diabetic meds, segala maknika penyakit ada. Dia beli pill transfer factor baru seminggu, terus masuk hospital sbb bleeding besar haematoma kat kaki dia. Tengok2 INR sampai 8. Kidney failure pulak lagi. Sapa malaun MLM yg jual transfer factor tu mmg mangkuk ayun, kalau mati patient ni macam mana?

2. Patieng mmg ada penyakit buang pinggang sebab SLE, dah bertahun2 sihat walafuat dok mkn steroid dan immunosupressant, tetiba kena approach alpha lipid... Kata bagus utk buah pinggang bla2... Tiba2 patient jadi penat lelah tak boleh bernafas, letih lesu, kaki bengkak2...tak boleh tidor mlm sbb sesak nafas..tanya penjual MLM alpha lipid...boleh diorang kata 'dont worry, nanti hilang la tu, tu namanya HEALING CRISIS'....healing crisis mangkuk hayun kau... Patient tu dtg hospital dgn nephrotic syndrome, glomerulonephritis, acute left heart failure... Sapa nak tanggungjawab Nih??


Sesapa kata MLM tu bagus kalau buat betul2..,THINK CAREFULLY... How are my actions will affect others from here onwards??
Ko agak2 further down the line tu ada harmful effects tak??


Sesapa MLM nak mai promote kat saya or family saya... Be prepared, im going to grill you until youre fried, bone-dried until not an ounce of water droplets left in your body!!


Geram sangat2....first Hai-O, then transfer factor, then alpha lipid... Ni mende2 yg dah affect family member aku!!


Adik aku pulak nk beli corset premium beautiful apa ntah.. Ada teknologi FIR infra red, boleh bakar lemak.. WHAT A LOAD OF CRAP!!!
Toksah mengada...


Ada sesapa MLM yg tak puas hati, boleh message saya... Im ready.. "


Sekian.

Pada yang telah berjaya dalam mlm ni tahniah saya ucapkan...satu soalan je nak tanya..situasi kat atas pernah ke terjadi kat customer korang...??

notakaki:faktor penting nape aku takut nak meniaga sbb tak sanggup nak hadapi risiko...

Monday, 18 February 2013

hepi besday sayang sayang mama

hepi besday sayang sayang mama Che Nubhan Sufi dan Che Nurizara Sofea...berkongsi tarikh yang sama tetapi berlainan tahun...rabak poket abah tengah² bulan...cuma agak terkilan sbb tak dapt nak buat besday party untuk si kecik izara yg baru berusia setahun tu...tapi cik somi dah janji tahun depan kita buat majlis..insyAllah..

Che Nubhan Sufi....Kehadiran dia mmg sangat² aku nantikan setelah keguguran dan mencuba hampir 2 tahun...saat² aku mengetahui kehadiran dia takkan aku lupakan sampai bila²...kepayahan mendapatkan dia membuatkan aku lebih menghargai dia...diusia 4 tahun bermacam karenah dia yang kadang² menghiburkan hati dan kadang² menyakitkan hati..mama sayang kamu..semoga menjadi anak yang bijak dan pandai ye sayang...


Che NurIzara Sofea....sikecil yang tidak pernah kujangka hadir dalam hidupku..disaat aku perlu melakukan operation tonsil rupanya dia hidup dalam rahimku...genap berusia setahun bermakna cukuplah setahun dia membesar dengan susu badanku...alhamdullilah..dan insyAllah sikecil terakhir ini akan aku susukan sepenuhnya dengan susu badanku sehingga dua tahun..gelagatnya yang baru dapat kaki cukup membuat aku pening..sesuai dengan sifat perempuannya dia cukup 'rajin' mengemas rumah dan almari pakaian dia..grrrrrrr...tensen tahu....kehadiran dia melengkapkan kehidupan aku suami isteri..terima kasih sayang...



Thursday, 14 February 2013

Status dividen wang simpanan


Sudah banyak kali aku dengar di telinga aku ni pasal halal haram dividen yang diperolehi dari wang simpanan..ada yang cakap halal la haram la dan boleh menimbulkan shubhah...yg banyak kali dipertikaikan ialah dividen ASB yang selalu dapat hujung tahun tu....terpulang pada pendapat dan kenyakinan masing masing ok...masa balik kg ari tu dapat la penyata dari koperasi felda iaitu koperasi yang terbesar dimalaysia *mmg patut pun najib duk sibuk letak kroni² dia dlm ni*..koperasi ni kalau istihar dividen mmg masyuk la kan...sebabkan cik somi ni anak felda so dia boleh la bukak akaun kat sini....tahun lepas dapat dividen 16% :)...nak citer kat sini bukan pasal duit cik somi dalam tu tp dibawah penyata tu ada satu statement yang menarik mata aku ni...
ni ler penyata tu..yg aku garis warna merah tu la yg best...jap jap aku zoom ye
seeee...tak perlu bayar zakat...
bukannya aku hepi sbb tak payah bayar zakat tp maknanya takde la haram kalau duit dividen tu aku belanja dan boleh mengelakkan rasa ragu² aku pasal duit dividen tu...zakat dah dibayar sebelum duit dividen diberi kepada pemegang syer...so tiada timbul isu zakat wang simpanan dah....

notakaki : malam ni nak mendonut kalau rajin...

Menggediks di kedai makan...

1st day keje setelah cuti berhari raya Gong xi fa cai...mmg penat + malas nk keje...duk kampung 5 hari mmg tak terasa sgt..rasa macm sekejap je...tp balik kampung kali ni amat amat amat berbeza dari yang sebelum ni....seronok dan best sbb dapt kutip pengalaman baru  'bekerja' di kedai makan...sesaje nak menyibuk di kedai makan my MIL....baru je dibuka pada bulan sebelas ari tu..tp sambutan boleh tahan le...dibuka seawal 7 pagi sehingga 12 mlm...kekadang sampai kul 3 pg gak ari tu sebab bebudak nak tengok bola...tp oleh kerana aku 'pekerja' yang berhemah aku muncul seawal 930 pagi dan balik selewat 1130 mlm...wpun aku hanya pekerja tempelan tp penat jugak...camane la adik aku tu jaga kedai tu..kalau aku mmg tak sanggup ler...tp aku tabik spring kat si tukang masak tu merangkap biras aku ..mmg terer r dia masak....
pandai tak aku berlakon..padahal mmg suh cik somi ambik gambo pun...
terer tak aku wat api..muahahaha...tp takut²sebenarnya tu,,yg sebelah tu le tukang masaknya..tetiba je dia campak apa ntah terus naik api..
selama kat kampung tu mmg melepak kat kedai ni je la..sampai aku kenal la sorg pakcik tu yg datang 4 kali sehari kat kedai tu...dan aku blaja nama air pelik² kat situ..air pok mat, air pok brahim, air sedap dan mcm² lagi la...makan makan dan makan aje le keje aku kat kampung...

nak balik kl semalam FIL bg anak² rm10 dan aku rm50..erkkk tu duit apa ye..takkan duit upah menyibuk kat kedai kot...hahahaha..nak balik lg la mcm ni...

sekian aksi gediks aku di kedai makan....

Template by:

Free Blog Templates