Friday 21 November 2014

anak dan pengasuh

Dari anak pertama sampai la yang bongsu masalah
nak cari pengasuh anak memang tenggelam timbul...masalah
biasa yg dihadapi ibu² yg berkerja...
sampai aku sendiri pun dah lupa sape yang penah 
jaga anak² aku sbb silih  berganti....
alhamdullilah tiada kejadian yang serius pernah berlaku...
cuma ada 2 3 peristiwa yang aku ingat
salah satunya masa taska ayuni  kantoi ngan aku
 ayuni tido kat luar antara grill & pintu masuk...siyes
menangis aku tgk anak aku tido macam org merempat tu...
bila aku komplen tp cam biasa pengasuh tu nak salahkan anak aku
then aku tukarkan terus ayuni ke tempat lain..
yang kedua bila sufi lahir..masa tu aku baru pindah ke rumah aku sekrg ni...
mcm biasa cari pengasuh & jumpa kat kawasan perumahan seblh..
jaga tak sampai sebulan aku tukar pengasuh bila
jari sufi tersepit dan bengkak dan menanah...baby ye baru 3 bln...
alhamdullilah jumpa pengasuh btl² blkg rumah....bila aiman masuk darjah 1
aku hantar ke tempat yang sama sbb pengasuh sekrg ni ada ambik
untuk transit...masa tu tak ramai bdk bawah jagaaan dia...
dan aku masih hantar ke tempat yang sama sehingga la
sekarang anak keempat izara yang dah berusia 2 tahun....
so kira aku ni pelanggan lama vs jiran la...
semalam balik dari keje cam biasa ambik izara dan sufi..
tetiba pengasuh bagitahu tahun depan dia dah tak boleh jaga
izara...alasannya sebab dia akan apply lesen dengan JKM..
so statusnya sekrg bertukar la ke pusat jagaan
dulu takde lesen
bila pusat jagaan syarat mesti jaga bdk 4 tahun ke atas..katanya...
sebelum tu aku ada inform dia yg tahun depan aku akan
hantar sufi ke komples pendidikan islam secara full day...
and seblm ni aku banyak kali jugak beritahu dia
beberapa issue bila aku tak puas hati dengan satu² perkara...
aku cuba untuk berfikiran positif bahawa dia memang 
terpaksa walaupun sebenarnya dia nak jaga anak aku
tapi fikiran negatif tu mesti ada...
pagi tadi aku cuba google tentang syarat² perlesenan
seperti yang dia bagitahu....
cuba klik link kat atas...sebenarnya dia boleh ambik kanak²
bawah 4 tahun tapi tak boleh melebihi jumlah yang dibenarkan...
so camana aku nak positif thinking....mungkin anak² aku tak
termasuk dalam kesukaan dia untuk dijaga...
mungkin sebab aku bayar dia murah...tapi itu dia yang tetapkan bukan aku..
atau mungkin aku ni dia tak suka sbb terlalu byk komplen...well itu hak
aku sebagai ibu bapa...bayar ye bukan free....aku dah anggap dia
macam family dah memandangkan aku ni takde sedara mara
kat sini...lagipun duduk setaman..ok la takpe..bisnes dah maju...bila
tengok pelanggan² dia semua pakai kete beso² made in luar negeri...
semalam kebetulan cik somi ada kat rumah...kami terus
ke rumah yang selalu sufi tunjukkan kawan dia ada kat situ
alhamdullilah dia sanggup jaga izara..dan dia mmg tak ramai jaga 
anak org pun...orgnya peramah dan muda lagi..umur 40 tahun anak 7..
tapi semua dah besar ye...yg sulung dah berusia 23 tahun...yang paling kecik
umur 9 tahun...so takde masalah bagi aku....dia pun dah lama jaga ank org...
ini kesimpulan yg aku buat bila pertama kali jumpa dia...cuma satu je aku
risau..izara dari usia 2 bulan dengan pengasuh sekarang..risau
jika dia buat perangai dan menyusahkan 'mak' barunya nanti..
semoga Allah permudahkan segalanya...

hari ini tepat 6 ptg berakhir la pkhidmatan pengasuh sekarang...
aku ucapkan terima kasih dan mintak halalkan segala 
makan minum...maafkan terlebih dan terkurang dan terkasar bahasa
semoga bisnes dia terus maju dan maju....
kosong  - kosong...ok bai







notahati : hati aku makin lama makin kosong kosong kosong....mimpi plak yang pelik²..apakah... ???

1 tulisan ikhlas utkku:

Norma NML said...

itu lah dilema ibu2 yang bekerja macam kita ni...semoga pengasuh baru tak byk kerenahnya :-)

Template by:

Free Blog Templates