Thursday 27 November 2014

kisah anak² hujung tahun ...part 1: aiman


hujung tahun bersamaan cuti sekolah bersamaan ada exam seblm cuti sekolah...
tahun ni anak sulung aku ambik upsr 13 thn dah aku kawen rupanya
result dapat pada 26 nov 2014 
3 org anak aku dah bersekolah...tinggal si bongsu je...
bayangkan kalau aku tak keje duk rumah  pastu bila si kecik aku ni dah
start masuk sekolah..sengsorg aku kat umah...kan ada yg beranak lagi ni..
ok dah lari topik ngeeeeee...
result upsr aiman dapt  3A dan 2B..A bagi subjek penulisan dan pemahaman..
walaupun ada sikit frust sbb dia yakin dia boleh dapat 4A..dan dia 
paling frust bila sains dia dapat B..sedangkan dia tak pernah jatuh dari gred A...
mungkin bukan rezeki dia...insyAllah usaha lagi dan perbaiki untuk exam yang lagi besar..
aku tengah pertimbangkan untuk buat permohonan untuk semakan semula..
yang paling aku lega bila subjek BI dia dapat B..
thank you sayang...proud of you.. 
untuk kelas agama KAFA dia dapat 7A 1B dalam UPKK
 (ujian penilaian kelas kafa)
bila aku renung dan fikir² dia lebih ke arah subjek agama...
dari cara dia setiap hari pun seolah² jiwa dia cenderung kepada agama..
sblm waktu maghrib dia akan bersiap ke surau blkg rumah...
solat berjemaah..kemudian balik rumah mengaji dan ajar sufi ngn izara mengaji.
.kalau berkesempatan dia akan ke surau balik untuk solat isyak...
kalau hari khamis mlm jumaat dia akan duduk kat surau tu sampai waktu isyak...
khatam quran aku dah tak ingat berapa kali
yang pasti dah berkali²....dan dia lebih mengenali jiran² sekeliling berbanding aku malu seh
mungkin naluri dia sebagai abang long banyak
keje² rumah yang dia bantu.....memang ringan beban aku..
walaupun lelaki dia tak penah bantah arahan aku dan senang
mengikut kata...dah nama pun belum akil baligh..
perangai budak² mesti la tak habis lagi...
dia berjiwa sensitif dan mudah mengalirkan airmata..
 sampai sekrang tabiat dia suka menggetel rambut tu tak hilang..
dari baby dia suka hisap jari sambil gentel rambut...

sedikit memori kejayaan dia...
dari segi sukan dan permainan dia kurenngggg menyerlah...
hanya satu kejuaraan yang dia pernah rangkul..
pertandingan kompang formasi...alhamdullilah ke peringkat negeri...


kiri : gambar di awal persekolahan..darjah 1...
kanan : stlh 6 tahun berlalu..tamat graduasi darjah 6
tamat sudah perjalanan di sekolah rendah...selepas ini alam remaja menanti...
semoga kejayaan milik dia
amin..


2 tulisan ikhlas utkku:

Norma NML said...

alhamdulillah..sejuk perut mamanya kendong 9 bulan..ciri2 abg long yg sgt baik...try apply SBP aliran agama Jah...hubby akak selalu ckp..biar miskin ilmu dunia janji kaya ilmu akhirat...lagi afdal :-)

MizzTina said...

tahniah aiman..beruntung akak dpt anak sulong mcm aiman, mmg penuh ciri abang tu..sejuk perut akak mengandungkan aiman..

Template by:

Free Blog Templates