Tuesday 5 August 2014

aidilfitri 2014@1435H..part 1


Salam aidilfitri buat semua..maaf zahir dan batin andai tersalah bicara tersalah laku...
sedikit catatan untuk aku renungkan buat ingatan diri aku dan jadikan panduan 
buat semua yang terbaca blog ni...
aidilfitri 2014 tercatat satu memori sedih, duka, pilu yang akan menjadi sejarah dalam hidup aku...
dikala hati tengah bergembira riang ria 
untuk menyambut lebaran *walaupun sedikit sedih sbb kali pertama beraya di perantauan*
kami sekeluarga dikejutkan dengar berita pemergian anak saudara aku yang berusia
24 tahun..anak kakak sulungku...pada malam raya 27 julai 2014@29 ramadhan 1435h
alfatihah kepada abdul halim helmi..hanya bacaan alfatihah yang mampu diberikan
walaupun hati teringin melihat dia buat terakhir kali...
apa yang dikesalkan cerita disebalik pemergian arwah...pada awalnya diceritakan
beliau pergi selepas berbuka didalam bilik terkujur kaku...
cerita sebaliknya..beliaupergi menemui pencipta-Nya dengan
mencabut nyawanya sendiri.....
ditemui tergantung didalam bilik tidur selepas berbuka...
airmata mengiringi selepas aku mengetahu cerita
sebenar dari kakak² yang lain..*kakak aku langsung tak berckp dgn aku slps hal pembahagian harta*
tolong la ibu² diluar sana...jangan amalkan
pilih kasih antara anak²...walaupun mereka berbeza dari segi
paras rupa / kepandaian / tingkah laku waima atas sebb
apa sekalipun..anak² anugerah Allah..samaratakan kasih sayang
kita kepada semua anak² kita...
apa yang berlaku dimasa hadapan bukan kita
yang menentukan...jangan biarkan anak² kita memendam perasaan..
memandang serong terhadap kita sbg ibu bapa....lebih meyedihkan
disaat akhir sblm dia dikafankansepenuhnya tiada seorg pun
 adik²nya malahan ayah kandungnya mahu
melihat wajahnya buat kali terakhir...semua urusan diuruskan
sepenuhnya oleh pihak hospital..seolah² dia tiada saudara tiada beribu ayah...
tiada setitik airmatapun yang tumpah dari mata kakakku...subhanAllah..apa yang 
telah arwah buat sehingga menimbulkan suasana begini pada perjalanan akhirnya...
aku bercerita bukan untuk membuka aib sesiapa...supaya boleh dijadikan iktibar
panduan dan ingatan buat yang bernama ibu bapa...
arwah dikatakan seiras anakku sufi ketika kecil..
.

semoga apa yang terjadi dijadikan iktibar untuk aku....Ya Allah...
hanya kau yang mengetahui apa yang tersurat dan tersirat...
kau ampunkanlah dosa arwah dan ringankalah azabnya..

amin...

2 tulisan ikhlas utkku:

Norma NML said...

Innalillah..sedih baca kisah arwah..walau dalam keadaan mcm manapun arwah 'pergi' semoga Allah ampunkan dosanya..sama2 lah berdoa supaya ibubapanya redha dan maafkan segala kesalahan arwah..pjg lagi perjalanan arwah kat sana..

azizahchewan said...

tu la kak norma..terkilan sangat² dengan kakak saya tu...arwah pernah saya jaga masa kecik bila kakak sy pergi ngajar...apa yang arwah pendam mungkin dah sampai tahap tak tertanggung cuma akal dia mungkin tak mampu nak membantah apa yang dia buat...semoga Allah ampuni dosa² arwah..

Template by:

Free Blog Templates