Tuesday 30 September 2014

Uniform keje

Pening aku menengok uniform keje cik somi ni..
banyak bebenor...last week dapat lagi 9 lai...keje seminggu 
3 lai je pakai tp macam ada 5 org punya baju...
dulu uniform ni tak la menyerabutkan mata aku
sebb disimpan kat celah laluan masuk ke bilik
si bujang A aku tu...jadi tersorok tak nampak...
tapi bila dah rombak bilik baru ni..laluan tu dah hilang..
makan berlonggok² la atas kerusi malas baju ni.
uniform keje mmg aku tak campur dalam almari baju...
mencari idea kat mana nak letak uniform ni semua
nak tak nak uniform ni semua kena gantung..so kena cari rak
takmo almari..semak dah...pegi JJ dan sambar rak ni sebijik
gambar dari lazada.com...tapi sebijik cam ni la
balik rumah dan pasang letak dalam bilik sebelah 
almari baju..siyes semak mata memandang wehhhhh....
semak mata satu menyempitkan bilik satu....
kurenung² sudut bilik...kurenung² dalam rumah
cari port yang sesuai....lastly nampak almari baju..
hmmm 4 pintu...2 pintu aku punya...2 pintu cik somi punya...
kubelek² kutilik²...almari ni rupanya boleh pecah dua...dah 13thn
baru aku tahu...yg jadi penyambung cuma sekeping kayu kat atas...
yes yes idea sudah mari....almari tu aku asing jadi 2...letak almari
si zara kat tgh² dan letak rak tu kat atas...
dan baju tu tersorok dengan jayanya..
almari dah tua...dah 13 tahun usianya
yang tersusun kat blkg stok uniform cik somi + aku...
yg kat depan tu uniform yang nk ulang pakai kesokkan harinya..
tapi aku sangkut kat almari tu plak....habit....hehehe
mcm nampak kosong je aku sangkut sekali tudung
yang aku nk pakai sekali lagi sebelm dibasuh..tudung 2 kali pakai
baru i basuh..pemalas disitu....dulik aku
masalah selesai
notahati : tolong la tolonggggg jgn kata aku dah kurus..cakap aku dah gemuk  ye..
tak kecik hati pun...sebab aku dah makin malas nk exercise.
.seminggu nk wat 2 sessi pun malas....nak back to dulu..seminggu 7 - 8 sessi
tp dah hilang motivasi dah

Thursday 25 September 2014

Vakum


hari tu terpandang status update dr sorg kawn pesbuk pasal vakum ni..
meloncat² hati aku nak beli satu.....cakap kat cik somi
tp dia cakap tunggu yg kat rumah tu rosak dulu
kalau tak beli sendiri...huhuhu..
vakum yg kat umah tu mmg dah lama gile..seusia si aiman..
tu pun dapat free bukan beli pun...hati teringat²
terbayang² sampai sekarang...
ni rupa vakum tu yg jadi idaman kelbu...


memperkenalkan vakum robotic...
harap izara tak duduk atas robot ni  
pandang dari sudut positif...vakum ni menyenangkan
keje rumah...terutama isteri² yg bekerja
hujung minggu byk keje nak kena settlekan..so
menjimatkan masa dan boleh bagi kita lebih
ruang utk anak² dan diri sendiri
lebih² utk yg ada keluarga besar
mcm i ni....

pandang dari sudut negetif no no no no..
ni vakum org MALAS....

dah set dalam kepala bonus hujung tahun ni nak
sambar satu.....td duk menjamu mata kat lazada
terkenan pulak set pisau ni

kenan ngan stand pisau tu

aishhhh....semua kat lazada tu mcm cantik la
macam berkenan semua la..cuma
duit je yang xdo...

Wednesday 24 September 2014

Tudung oh tudung


Dalam duk mengemas² tu baru perasan 
ada satu cabinet toyogo tak terusik lagi..
bila bukak je isi perut dua drawer atas hah ambik kau
bersusun tudung² aku kat dalam tu..bila masa ntah beli.hehehe
patut la cik somi menjeling je kalau aku nak beli tudung...
pening dah aku nk susun kat mana tudung² tu semua..
dah kurang pakai dah kan stok tuuuuu...
almaklum la...sekrg ni duk mengumpul AJ jeeeee...
duk search kat dalam group pesbuk
kami suka susun atur atau kssa...
mcm² gaya deme² ni duk susun tudung diorg...dan ada
yang aku tak penah terpikir pun...
kemas je ye...ni bukan almari aku
aku tak penah terpikir nk susun cam gitu....aku biasa susun  bertingkat²
maksudnya kalau bukak drawer tudung kaler apa yg duk kat bwh tak tahu..
tak penah terpikir nk susun tegak² kini..
tak lah bersepah kalau nak korek yg bawah..
boleh dipertimbangkan cara ni...
gambar kanan susun dalam bekas kecik²..hmm kureng setuju
tapi gambar kiri ok..mcam bagus je ideanya cuma nak
tebuk² dinding tu...haishhhh sayang rumah rasanya...
style belah kiri suka tgk sbb mcm satu almari dikhaskan untuk tudung je..
tudung segera aku dah banyak sedekahkan...
rasa sangat susah nak memeliharanya..huhuhu
yang belah kiri pun ok tp mcm memerlukan ruang yg strategik
kalau tak seolah² menyemakkan ruang je...
pening pulak mikir mana aku nak campak tudung tu..
nak bagi org sayang plak...
tujuan utama... cabinet toyogo tu aku nak halau
dia dari rumah...nak suh dia duk luar je...
malas eh nak mikir...tunggu weekend ni la sambung 
pikir balik...
mekasihnya geng KSSA sbb bagi i curik gambar...
notahati :  nape dia masih begitu sedangkan aku sudah tak seperti dulu....kecik hati sgt²...tapi tetap senyum

Monday 22 September 2014

Akademi Fantasia 2014...terlajak laris


Dulu di awal² musim mmg aku pengikut setia AF ni..lebih²
lagi masa mawi..mmg giler..konsert final sanggup g stadium shah alam tu wpun 
tak dapat tgk...masa cuti bersalin anak no3 aku layan pergi tgk live..
masa tu tahun 2009 kat bukit jalil...pegi berdua ngan cik somi..
anak² duk ngan bibik... tp AF mcm dah hilang sengat 
dan aku mmg dah kureng nk layan
untuk AF 2014 ni mula terbaca cerita² yg kononya student
kali ni menyengat dan mendapat rating yang sangat tinggi...
so semalam layan la tgk..dah konsert ke 3...hmmm macam biasa
je...cuma yg bestnya ialah dato' TERLAJAK LARISSSSS...
aku tak penah tgk iklan tu semua kat tv sblm ni..
cara dia promosi kan produk dia walaupun
kelakar tp itu yang buat nk tgk lagi dan lagi dan lagi...
D'herbs ni penaja utama AF musim ni..
dalam byk² produk yg aku tgk tetiba mcm terasa nak
cuba lipstik collagen tu ha...

terlajak larissssss...katanya
dpt gaji  boleh la g terjah lipstik ni...
duk gelak bila terigt iklan terlajak laris ni....
tukang lakonnya pengasas tu sendiri Dato' aliff syukri..
umur baru 27 thn dah dapat dato'...
mcm ala² patah pun ada orgnya....huhuhu
nanti nak intai² dia ada buat tak produk
untuk skincare...
blh try sekali.. muka ku diserang jerawat plak
parut lama pun tak hilang lagi...tensen

Saturday 20 September 2014

Motor

dua tiga menjak ni si aiman selalu merengek nak bawak motor
kalau aku suruh pergi kedai ke atau ambik adik dia ke mesti
mintak nak bawak motor..tapi aku tak kasi..ye la bila 
masa ntah dia pandai bawak motor..tapi dia cakap
dia dah pandai...bila masa dia belajar..
dia bagitahu belajar dengan kawan² dia..dan
kalau balik kampung pak long kasi je dia bawak
motor katanya....siyes aku tak penah nampak..sbb kalau balik
kampung pun dia mmg akan selalu hilang..berkampung
dengan sepupu sepapat dia...
so semalam dia nak bawak motor pusing² taman..
aku cakap bawak mama sekali kalau nak..
cik somi tak kasi aku naik tapi dia yang bonceng...
bangga giler riak air muka si aiman tu...
bawak motor keliling taman dengan abahnya...

muka riak aiman dan muka cuak cik somi
ok..mama percaya dah awak pandai bawak motor...
lepas ni boleh g kedai dan ambik adik awak balik sekolah
bila dah cukup umur nanti boleh ambik lesen
tapi jangan mintak hadiah motor sudah la ye...


notahati : aku ingin "masuk" situ balik tapi tiada siapa yang sudi "menarik" dan aku tak
mampu untuk ke sana sendiri sudahnya begini la kot aku selamanya..

Friday 19 September 2014

Transformasi selesai


Aku penah buat entry pasal nak besarkan bilik si bujang aku tu..
oleh kerana keje² ubahsuai dah selesai fokus utama aku ialah
nak kemaskan bilik dia...plan asal katil double decker tu aku nak
potong dua supaya jadi single bed tapi cik somi kata
macam payah nak potong sbb kayu tu tebal...
maka termenung la cik somi sekejap....
pastu cik somi bagi idea untuk jadikan sebijik
katil yang bersaiz queen or king...boleh jadi ke ??
dannnnnn....hmmm aku bukan nak puji sbb dia
suami aku tapi siyes mmg aku kagum la dengan 
kekreatifan dan kebolehan dia...
dari katil double decker tu..dia bukak sana bukak sini
ketuk sana ketuk sini..screw sana screw sini...tiada sebatang paku
pun digunakan ye...dan

DARI INI

ni gambar dr gugel..lupa nk snap gambar sblm..tp lebih kurang gini la rupanya
KEPADA INI

katil 'baru'
tangga yang ada kat katil tu dah tak rupa tangga sebab ada alat²
kat bahagian situ cik somi ambik..jadi aku tong sampah kan ia...
ruang untuk letak buku yg kat tengah katil tu cik somi 
bukak dan kami gantung kat dinding..boleh la dia letak buku²


nanti nak kena vanish untuk bg nampak lg berseri....
satu hari aku ambik masa untuk selesaikan bilik si bujang ni..
bila dah kemas baru nampak dia lebih selesa..
dan aku tegaskan kat dia supaya jaga bilik sendiri 
supaya sentiasa bersih..baru hati senang nak belajar..
dan aku dah berikan tugas baru kat dia..
dia mesti sediakan baju untuk si sufi setiap kali waktu mandi...
sebelum ni aku yang sediakan....kalau dibiarkan si sufi
ambik sendiri alamatnya tiap² hari aku kena kemaskan
almari baju tu...
dan setakat ni dia buat dengan baik...
semalam aku ingatkan dia lupa tp dia dah
sediakan baju tidur si sufi sebelum pergi ke surau...terharu sehhh
bila dah selesai semua baru la lega rasanya hidup
next agenda nak pikirkan aktiviti untuk
cuti panjang nanti...



notahati : kusangka panas sampai ke petang rupanya hujan ribut petir topan di tengahari..
aku yang terlebih beria hakikatnya tak dipandang sebelah mata...so biarla masa menentukan
malu weiiii

Thursday 18 September 2014

Perubahan kecil-kecilan

Sebelum nak wat entry ni aku cuba gugel ada tak blog yang buat
cerita pasal ni...oh banyak rupanya..jadi takde salahnya aku nk mengabdikan kisah
ni disini..almaklum la...risau dikatakan meriak menbangga menunjuk ke apa...
ayat yg mungkin keluar
'rumah kecik ajenya pun...org yg umah bak istana pun takde nk tulis dlm blog..oh sgt negetif
fikiran aku ni'

alhamdullilah..setelah 12 hari bersesak² hidup dalam rumah seumpama
baru habis perang akhirnya dapat melegakan mata dan bernafas dgn tenang...
sempena public holiday 16 sept aku tambah cuti 
semata² untuk meng '5s'kan rumah 
Bila renovate  bahagian dalam rumah maka
setiap inci dan setiap barang yang ada dalam rumah kena lap dan dibersihkan..
tujuan utama buat renovation kali ni sbb nak besarkan bilik anak bujang..
kesian kat bdk²..bilik kecik pastu kongsi berdua...dah alang²
nk besarkan bilik diorg kami tukar la sedikit apa² yg difikirkan patut...
agak bersepah ye..gambar sehari sebelum keje dimulakan so byk brg kena alih dan longgok 
gambar 1 : disebelah kanan ialah bilik air kedua..dan sebelah kiri 
ialah bilik anak bujang pintu bilik air akan dipecahkan dan 
dibuat dibahagian hadapaan sbb nanti ruang 
kosong tu akan bersambung dgn bilik..



gambar 2 : bilik air pertama khas utk mandi..sebelahnya
 ialah tandas awam  yang tak pernah aku gunakan sepanjang 
aku duduk kat rumah ni..sgt benci ruang itu..juga akan
diubahsuai..dah la duduk kat tgh² alam...bilik air tu akan dipecahkan
termasuk lah pintu gerbang itu..

gambar 3 : bilik air tgh jugak cuma ambik dari blkg..yg gambar 2 dari depan

tadaaaa....dah siap..masih perlu dikemaskan ye

tile yang warna biru kat dinding mmg dah sedia ada kat situ..
.mmg tak kenan jugak tapi nak buang tu kena tambah RM..
jadi biarkan je dulu..sbbkan tile tu aku decide kena
cat warna biru jugak utk keseluruhan dinding tu..
wpun kecik je renovate tp pening jugak nak pilih 
tile utk bilik air, warna/pattern pintu tandas, corak syiling dan lain²..
dan paling aku puas hati dan sangat sangat suka ialah bilik air...

coklat temanya....my pebret kaler le...
ini puji diri sendiri ye..puas aku gugel mencari ilham..bilik air sekangkang kera je pun
bilik air ni panjang tp kurang lebar...2 + 1 jugak..mandi dan tempat membuang...
aku tak benarkan sama sekali cik somi menebuk apa² disini 
selain paip/shower sahaja
so semua aku main tepek² je....tempat berus gigi/sabun/sangkut baju tuala/ubat gigi
semuanya made in DIY...cuma nak cari tooth dispenser tak jumpe lagi...
igtkan tak kukuh tp kukuh ye...puas aku tarik nak tukar tempat
tapi xleh...
kesian kat cik tikus dah tak boleh  
berjoget lambak berguling guling hindustan atas syiling rumah.
kitaorg dah blok semua jalan masuk..tu tujuan utama pasang
syiling kapur cenggitu...
InsyAllah kalau ada rezeki aku nak renovate bahagian depan
rumah plak...

atap biru rumah aku...atap merah rumah jiran sebelah
kalau² dapat duit terpijak nak pecahkan pintu pagar tu...
bumbung rumah warna biru tu sgt mencemar mata aku...dah bertukar
kaler....nak buat mcm jiran aku tu..angkat tinggi bumbung dan
pasang batu merah...moga² dipermudahkan..amin
perlu kumpul duit dari sekarang...


notahati : oh encik bizz..cepat² settlekan problem u dan releasekan duit i ye...
notahati1 : pelaburan mana lebih berbaloi ..tambah rumah atau tukar kete atau tambah anak : )

Thursday 11 September 2014

memboriakan AJ


AJ ialah aidijuma..aidijuma ialah Datin aidijuma...shortnya ialah
AJ yang digunakan sebagai trademark tudung bawal dia...
sejak dua menjak ni virus apa yang melanda
suka sangat dengan tudung AJ ni...yang paling best bila
adik beradik kawan² opis   lain mak lain bapak juga
terkena virus ni...paling suka bila masing² beli design sama
pastu pakai sama²....erti kata lain memboriakan suasana
opis...pastu mesti ada la yg suke menegur...

'eh eh sama la tudung korang hari ni' - ini suara org bkn islam
' korang ni ada kumpulan marhaban ke ' - ini suara org islam berlainan jantina 

bukan tujuan nak menarik perhatian ye tapi rasa sangat²
best bila boleh boria sesama setiap hari dan yang pasti 
berlainan kaler dan design...tak la mcm pakai uniform
sama je kaler tiap² hari....
tapi yang tak bestnya bila...

uhuk uhuk
bila ada design baru hati melompat² nak beli
tapi pasrah...takpe takkan lari gunung dikejar...

boria dimajlis aidilfiri...pembekal virus tu ada dalam ni..hehehe

sesaje boria..memang cun la..suke
AJ batik...belakang tu name company..so we oulssss awek kilang
bukan gomen wpun pakai batik
AJ daisy bersama pau kacang merah...
bila dah boria maka kegilaan nak bergamba sama² mcm jadi wajib
antara koleksi gamba² yang cun..
itu la antara barisan pesakit yang terkena virus AJ ni...
dah masuk tgh bulan virus ni cool sket..
bila hujung bulan virus ni akan menggila balik...
yang penting i love AJ....
and you too my fren



notahati : dulu aku ada seseorg yg aku blh luahkan rahsia hati..tp ribut taufan melanda..dan dia
hilang..alhamdullilah.kini ribut itu telah pergi diganti sinar mentari dan aku dapat dia kembali..


Wednesday 10 September 2014

Untuk terakhir kali....

Entry yg terdelay hampir seminggu...
Tajuk posting macam seram je.....macam suspen je...
sebenarnya nak story pasal besday si anak bujang...
6 september hari tu genap la 12 tahun umurnya..pejam celik
sekejap je..tahun depan dah masuk remaja...
pastu tak lama lagi aku dapat menantu
dah masuk remaja secara rasminya title 
budak² tu dah takde..sooo remaja dah
tak layak dapat hadiah okey...itu
perjanjian kami suami isteri...anak² akan diraikan
besday dan diberikan hadiah sehingga berusia 12 tahun sahaja
after that no more hadiah²...anak² pun dah sedia maklum..
ini bermakna ini la kali terakhir si bujang ni dapat hadiah dari kami
atas nama harijadi...
tapi kami postpone dia punya hadiah..
kami akan berikan setelah mendapat result upsr nanti..
jika result dia memuaskan hati kami maka dia akan
dapat dua hadiah...satu hadiah sempena harijadi dia
yang terakhir kali
dan satu lagi atas pencapaian dia...tapiiiiii
kalau result dia so-so saje..maka dia hanya akan dapat
satu hadiah sahaja.....
walaupun dia nampak macam frust tapi dia menerimanya
dengan redho nangis
tapi kami ni xde la kejam sangat....esoknya kami bawak
dia dan adik²nya merayau² ke putrajaya....dan...
bukan 1 tapi empat jenis kek ye..walaupun sepotong je :)
dah hampir sama saiz dengan aku dah..hmmm..tayang lesung pipit ye..:)
lepas lepak² situ kami merayau² melihat matahari terbenam
kemudian teringin pulak nk memanjat puncak roket
tu..bak kata anak aku la...
si bongsu aku
saje pilih nak tepek gambar ni sbb aku rasa sweet ...sila muntah :)
Bukan bermakna selepas ni bujangan aku ni
takkan dpt hadiah lagi...mungkin akan diberi atas sebab
lain seperti kejayaan dia dapat 9A
dalam pmr atau 10A dalam spm atau
dihari konvokensyen dia ke..
tinggi angan mak kau ni nak oi....takpe berangan
tak rugikan sape pun...
moga jadi kenyataan...amin

Friday 5 September 2014

Bilik si bujang

Sekarang dalam proses menyambung bilik tido
anak bujang yang dua kerat tu....rumah kecik ada 3 bilik je..alhamdullilah
satu bilik untuk aku..satu utk gigurl gigurl dan satu untuk boboy boboy
masalahnya bilik si boboy boboy ni kecik pastu share berdua....
pastu asyik gaduh memanjang...terutama bila nak tido..berebut tempat tido..
katil mmg double decker tp masing² nk tido bawah..sudahnya
pukul 3 - pagi mesti sebelah izara tiba² ada org....
InsyAllah tak lama lagi siap la besarkan bilik si boboy boboy ni...
kalau lepas ni bergaduh lagi bila nak tido 
aku suruh dua² tido atas jalan raya....
sekarang ni tengah menggoogle mcamana nk susun atur bilik diorg...
masalah utama sekarang ialah katil...masing² mmg tak nak tido atas..jadi
kena asingkan katil..habis tu xkan aku nak buang katil double decker tu...
jadi solution sekrg ialah katil tu potong dua..sib baik blh potong
sebab dari kayu...tapi macamana nak potong and nak kasi katil tu nampak
macam xde cacat hasil dari potong tu..itu kemudian pikir....
idea² yg ada dkt cik goggle ni mmg aku langsung tak terpikir..
kreatip and inovatif...
yang ni pilihan pertama...mmg kreatif  dan cantik

yang ni pilihan kedua...


yang ni ke - 3
tapiiiiiiiii semua pilihan diatas hanya dpt direalisasi kalau ada
ongkosnya...muahahaha...sekarang hanya mampu gunakan
apa yang ada je..kita DIY..pusing sana sikit sini sikit..
asalkan nampak bersih dan kemas pasti selesakannnnnnnn....

notahati : cuci kete kat kedai dan hantar baju ke dobi termasuk dlam aktiviti org kaya ke..konpius

Template by:

Free Blog Templates