Friday 19 September 2014

Transformasi selesai


Aku penah buat entry pasal nak besarkan bilik si bujang aku tu..
oleh kerana keje² ubahsuai dah selesai fokus utama aku ialah
nak kemaskan bilik dia...plan asal katil double decker tu aku nak
potong dua supaya jadi single bed tapi cik somi kata
macam payah nak potong sbb kayu tu tebal...
maka termenung la cik somi sekejap....
pastu cik somi bagi idea untuk jadikan sebijik
katil yang bersaiz queen or king...boleh jadi ke ??
dannnnnn....hmmm aku bukan nak puji sbb dia
suami aku tapi siyes mmg aku kagum la dengan 
kekreatifan dan kebolehan dia...
dari katil double decker tu..dia bukak sana bukak sini
ketuk sana ketuk sini..screw sana screw sini...tiada sebatang paku
pun digunakan ye...dan

DARI INI

ni gambar dr gugel..lupa nk snap gambar sblm..tp lebih kurang gini la rupanya
KEPADA INI

katil 'baru'
tangga yang ada kat katil tu dah tak rupa tangga sebab ada alat²
kat bahagian situ cik somi ambik..jadi aku tong sampah kan ia...
ruang untuk letak buku yg kat tengah katil tu cik somi 
bukak dan kami gantung kat dinding..boleh la dia letak buku²


nanti nak kena vanish untuk bg nampak lg berseri....
satu hari aku ambik masa untuk selesaikan bilik si bujang ni..
bila dah kemas baru nampak dia lebih selesa..
dan aku tegaskan kat dia supaya jaga bilik sendiri 
supaya sentiasa bersih..baru hati senang nak belajar..
dan aku dah berikan tugas baru kat dia..
dia mesti sediakan baju untuk si sufi setiap kali waktu mandi...
sebelum ni aku yang sediakan....kalau dibiarkan si sufi
ambik sendiri alamatnya tiap² hari aku kena kemaskan
almari baju tu...
dan setakat ni dia buat dengan baik...
semalam aku ingatkan dia lupa tp dia dah
sediakan baju tidur si sufi sebelum pergi ke surau...terharu sehhh
bila dah selesai semua baru la lega rasanya hidup
next agenda nak pikirkan aktiviti untuk
cuti panjang nanti...



notahati : kusangka panas sampai ke petang rupanya hujan ribut petir topan di tengahari..
aku yang terlebih beria hakikatnya tak dipandang sebelah mata...so biarla masa menentukan
malu weiiii

1 tulisan ikhlas utkku:

MizzTina said...

bgs², sgt kreatif!!

Template by:

Free Blog Templates