Monday 8 December 2014

Shopping RM1212 di Lazada Malaysia [Contest]


Bismillahirahmanirahim...
pandang kiri pandang kanan kot² incik bos nampak..
mata dan ♥ ♥ bila nampak iklan lazada ni...


amende sebenarnya lazada ni..? ni website nak beli barang² online tu....nak shopping apa sebut je
konpem ada kat sini.....cer baca apa yang lazada nak wat kali ni...

 Lazada Malaysia akan mengadakan Online Revolution Lazada pada 12 December 2014 iaitu 12 hari sebelum perayaan Krismas. Lazada akan menawarkan promosi menarik serta tawaran eksklusif untuk pelbagai kategori selama 24 jam. Dapatkan apa yang anda inginkan musim cuti ini, dari telefon bimbit, tablet dan peralatan elektronik hinggalah ke fesyen, barangan rumah, alat permainan dan peralatan sukan.

memang selalu bukak web lazada ni tapi honestly tak penah beli..setakat jamu
mata je...bila nampak contest ni why not kita try kan...

apa yang aku duk selalu usha sepanjang tahun ni kat lazada...
salah satunya benda alah ni

aku panggil vakum malas hehehe..tapi nama bestnya ialah I-ROVA ROBOTIC VACUUM CLEANER (RM 479)
aku penah wat entry pasal cik robot ni dulu...masa tu sbb angan² nak beli
bila dapat bonus hujung tahun..
cuma sblm  ni tunjuk gambar lain sebb bajetkan..
tapi sebab nk jointcontest ni aku pilih le yang mahal sket..
lagi banyak function kan...
dan aku memang nak sangat benda ni sbbnya
ulang balik apa yang dah tulis dalam entry lama
vakum ni menyenangkan keje rumah terutma bagi isteri² yg berkerja..
hujung minggu byk keje nak kena settlekan..so sangat menjimatkan masa dan
boleh bagi kita lebih ruang untuk anak² dan diri sendiri lebih² lagi
untuk yang ada keluarga besar macam aku ni ha....

barang kedua yang aku nak ialah dapur masak ni ha...

dapur nak masak...TRIO BUILT-IN HOB (3 BURNERS) (RM579)
gila tamak nak yang ada 3 burner khennn..hehehe...
anak ramai camni la..4 org je kot
tapi kira family besau la kan...campur aku dan cik somi dah 6 org.....
ada 3 burner cepatsket siap masak..
satu goreng ikan..satu goreng sayur satu lagi wat tomya..hehehe..
tapi sebab utama aku nak dapur masak ni sebabnya yang sekarang ni dah pecah..
huhuhu...sedeh...cuma pecah tu belum sampai tahap kritikal...dah lama pecah sejak dalam pantang
anak no 3 sekrang ni umur anak next year 6 tahun..nak ganti tapi tunggu dulu tunggu dulu..
tunggu dan tunggu dah nk masuk 6 tahun muahahaha....

nak total jap... RM 479 + RM 579 = 1058...ada balance lagi RM 154...
dalam wishlist memang nak 2 menda ni je..tapi alang² dapar RM1212 harus la
guna sehabis mungkin...perempuan kan..bagi RM sejuta pun settle...miahahaha...
ok ok...lagi satu aku nak beli ni untuk anak bujang aku yang 
dah nak jadi remaja tak lama lagi ni..

beg askar  ni...MEN OUTDOR MILITARY ARMY MOLLE ASSAULT TACTICAL BACKPACK LARGE RUCKSACK BAG  (RM150)
perghhhh....panjang giler nama..hehehe...kenapa aku nak beli ni..sebabnya aku dah tulis kat atas..
untuk anak bujang yang nak jadi remaja tak lama lagi....aku ni 2 bulan 
sekali mesti balik kampung..melawat parent..nuuuuu jauh di terengganu...dulu nak pack
baju satu beg semua sumbat sekali untuk 6 orang..sekarang ni byk songeh..almaklum la orang
dah nak berjiwa remaja gitu..tak nak campur sekali dah...dia nak pack asing²..
tapi aku ni ada kuasa veto kan...jangan harap ye..tapi dalam hati aku ni faham sebenarnya sebb
dia nak kan lebih privacy la kan dari adik²nya..maklum la jiwa remaja gitu..
hah anakku aiman kau hambik beg ni sebijik ko sumbat la apa ko nak sumbat dalam tu..
ucap terima kasih kat lazada tau...dah berangan menang la ni hikhikhik.

lagi RM4 je balance...hehehe...orait la kan...masih memenuhi syarat...
bestkan kalau betul² dapat ni secara FOC...kalau tak dapat bukan rezeki le tu.
tapi tak salah kalau mencuba..jom la pakat² cuba...tak rugi pun..meh klik sini
gud luck :)

0 tulisan ikhlas utkku:

Template by:

Free Blog Templates