Tuesday 13 January 2015

first day school 2015


semalam sessi persekolah 2015 akhirnya bermula setelah 
ditangguhkan selama seminggu kerana banjir...

maka dengan ini bermula la episod baru dalam aktiviti kehidupan
seharian aku.....kalau aku duk rumah tak keje ni siyes aku boring gile..
keempat² anak aku semua dah sekolah....

aiman dah tingkatan 1..sekolah baru uniform baru sessi baru..
ari ni ada test untuk tentukan aliran..mintak² dia dapat sains atau akaun
tak nak la sastera
bila tengok dia beruniform sekolah menengah terasa cepatnya
masa berlalu....rasa macam aku baru je habis sekolah...

ayuni dah masuk darjah 5...bertukar uniform jugak
tapi sebab bertukar jawatan..sebelum ni pengawas sklh
sekarang pembimbing rakan sebaya....

si sufi dah 6 tahun....pun bertukar sekolah dan bertukar uniform..
dulu kat taski darul ehsan yang dibawah kelolaan kerajaan selangor
sekarang aku hantar dia kat kompleks pendidikan islam bangi
dan semalam masa jemput dia balik nampak dia hepi sangat
pastu dia cakap

 "mama seronok la kat sini..kenapa mama
tak hantar sufi kat sini lama² dulu...sufi nak sekolah kat sini je la
lama lama lama lama "

mama pun tak tahu sebelum ni sayang....kalau tahu KPI ada 
ambik untuk 4 5 6 tahun memang mama hantar awak kat sini dah...
aku pun memang puas hati....sufi aku hantar sampai petang....dan
penjagaan yg diorg provide aku sangat puas hati..
tersusun dan sistematik...
so izara next year aku akan awal² booking kat sini....

ni la pakwe baru aku...sikit hari lagi aku kena mendongak tgk muka dia...
yg uniform oren tu sufi..hari pertama sekolah kopiah dah hilang...

 
ni gamba anak dara sulung aku ayuni..baru dapat ambik gamba ari ni sebb semalam dia
rushing g sekolah...
ni best friend aku...ayuni...kawan bergaduh kawan menangis..hehehe
suka benor warna purple..jam tangan pun warna purple...
tema bilik pun nak warna purple......nanti cari suami yang banyak
duit kaler purple ye..muahahahaha...

si izara pun tempat baru suasana baru dan mak² baru..
dari first day hantar sampai la hari ni menangis + meragam...
harap lama² dia akan ok...
dia pun dah mula aktiviti pembelajaran yang biasa²..
sesuai la dengan umur dia yang baru 3 tahun tu...

anak dah besau² maksudnya mak bapaknya dah tua² ler....

ok bai


2 tulisan ikhlas utkku:

Norma NML said...

umur dah makin meningkat tapi belum tua..hehe..btw seronok tgok ragam anak2 membesar kan Jah..

MizzTina said...

comel je ayuni, nmpk segak gitu..

Template by:

Free Blog Templates